SHAPAKAT CONSULTANTS
Alamat : 34-1A, Blok 12,
Jalan Pahat J 15/J,
Dataran Otomobil, Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Contact :
LAr. WAN MOHD HATTA WAN ABDULLAH
ILAM No. 0000158
Tel : 03-7831 9107
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rupanya Nak Buah Manis Dan Lebat Kena Tabur Garam
Isi Kandungan
TogglePokok berbuah lebat. Tapi, kenapa buahnya tak berapa sedap macam beli kat kedai ye? Baja dah macam-macam letak. Tapi hasinya sama je. RUpanya, bukan baja jawapannya, Cuba tabur garam. Ari tu aji no moto. La ni garam pula? Garam yang dimaksudkan bukan lah yang digunakan dalam masakan. Tetapi garam pertanian.
Nak tahu apa kebaikan garam epsom ni, Jom baca artikel perkongsian oleh Fig Farm yang dikongsikan di dalam FB page milik nya
1.Meningkatkan Percambahan Benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel Benih
📍CARA GUNA:
1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah
atau campuran 1 – 2 sudu gaul dgn tanah semaian
2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi makan kepada pokok, sambil menambah Epsom garam kepada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
📍CARA GUNA
1sudu 1pokok tabur pada tanah sekelilng pokok
3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu @ ke tanah)
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari Pasu ke tanah…Pokok akan layu (terkejut) kerana akar pokok mungkin tercedara ketika proses pengalihan tersebut untuk mengelak ini berlaku boleh guna Epsom salt
📍CARA GUNA:
Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah
4. .Daun kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun menguning mereka. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun sihat.
📍CARA GUNA:
Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
5. Elak Daun kerinting (POKOK CILI)
Mencegah Leaf Curling dengan Epsom Salt, daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
📍CARA GUNA :
2sudu + 4ltr air Siram pada daun sebulan sekali
6. Mengelak Perosak Tanaman
Elak Siput,ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik didalam bekas hydroponic
Perlu diingat bahawa Epsom garam larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan epsom salt
📍CARA GUNA:
TABUR tempat yg bermasaalah
7. Manis Buah
Tabur Epsom Salt pada pokok buah-buahan ,pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
POKOK ANGGUR Dan Pokok buah buahan
📍CARA GUNA
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
Tabur 1sudu setiap pokok 1bulan sekali
8. Baik untuk Pokok Tomato menjadikan buah lebih Manis
📍CARA GUNA:
2 sudu setiap 4ltr siram setiap 2 minggu.
9. Untuk Melebatkan Buah (CILI) Buah lebih besar, lebih pedas,
Pokok cili Perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.
📍CARA GUNA:
Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2minggu sekali
10.POKOK ROSE lebih cantik Bunga lebih besar
Guna Epsom Salt untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat, daun lebih gelap
Guna ketika awal penanaman , ketika Nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Cara Buat Anda Yang Teringin Nak Deko Rumah Ala Inggeris
Dekorasi rumah bergaya Inggeris menawarkan gabungan yang elegan antara keanggunan klasik dan keselesaan yang menawan.
Dengan fokus pada perabot yang berkualiti tinggi, warna-warna yang hangat, dan perincian klasik, gaya ini membawa sentuhan warisan tradisional ke dalam ruang moden.
Bagi memulakan dekorasi, anda boleh mempertimbangkan beberapa elemen yang klasik dan tradisional. Berikut adalah beberapa panduan umum:
- Warna: Gunakan warna yang hangat dan lembut seperti krim, putih tulen, biru lembut atau hijau zamrud. Warna-warna ini membawa rasa keselesaan dan kehangatan kepada ruang.
- Perabot: Pilih perabot yang bersifat klasik dan tradisional. Misalnya, sofa Chesterfield yang berkulit dan kerusi bergaya wingback adalah pilihan yang baik. Kayu gelap seperti mahoni atau oak sering digunakan untuk perabot bagi memberikan kesan mewah.
- Tekstur: Tambahkan tekstur dengan menggunakan kain seperti baldu, sutera dan tweed untuk permaidani, langsir dan hiasan meja. Sisipan-keluar atau corak bunga-bungaan juga sesuai untuk menambahkan corak dan tekstur.
- Perabot & Hiasan Dinding: Gantungkan lukisan atau tirai klasik, cermin berbingkai besi dan papan papan lama di dinding untuk menambahkan elemen klasik dan keunikan.
- Karpet: Letakkan karpet besar yang berat dan berbunga di bawah meja makan atau di ruang tamu bagi menambahkan lapisan dan mengisi ruang dengan keselesaan.
- Perincian Kecil: Berikan perhatian kepada perincian kecil seperti lampu meja bergaya antik, vas tembikar dan hiasan dinding seperti jam atau lukisan.
- Penghijauan: Tanam pokok-pokok hijau dalam pot atau letakkan bunga-bungaan segar dalam vas untuk menyegarkan ruang dan menambahkan sedikit kehidupan.
Semoga panduan ini membantu anda dalam mencipta dekorasi rumah bergaya Inggeris yang menawan!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Goflex Design & Reno
Goflex Design & Reno
Alamat : 19-G Sierra Zentro 1, Jalan Sierra 10/2, Bandar 16 Sierra 47110 Puchong, Selangor, Malaysia
No. Tel : +6019-245 5437
Facebook : https://www.facebook.com/goflexdesignandreno/
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI