Hujan lebat awal pagi semalam mengakibatkan kejadian bencana tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Ampang.
Hal ini turut dikongsikan oleh penyampai radio Sharifah Shahirah berkenaan bencana berkenaan. Malah, selebriti ini sempat memuat naik hantaran berkenaan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.
Penyampai Sinar FM Situ berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan kediamannya.
“Next to our house Taman Melawati.
“Semoga dipermudahkan urusan. Anak-anak kawan kita duduk situ. Jadi depan mata kawan anak kita tadi ni.
Pukul 9.40 pagi kita hantar anak pergi kolej lalu situ tadi,” kongsi selebriti mesra disapa Shiera itu.
Terdahulu, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar terhalang susulan dilanda banjir kilat pada pagi Selasa.
Menerusi video yang tular, kejadian menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan. Beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk akibat aliran air deras dari bukit.
Beberapa penduduk turut memuat naik video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.
Mesti Baca: Kenali Tanda-Tanda Awal Tanah Runtuh atau Mendap di Sekeliling Anda. AWAS!
Baca Lagi Di Sini: 5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Artikel Menarik: Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu
IMPIANA: Semoga dipermudahkan segala urusan terutamanya buat pemilik kediaman di sekitar Melawati yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh ini.
Sumber: Instagram Sharifah Shahirah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
2021 Warna Lebih Berani Jadi Pilihan Akzonobel
Setiap tahun, seluruh syarikat cat di dalam dunia akan menghasilkan warna mengikut trend. AkzoNobel turut tidak ketinggalan dalam menghasilkan warna untuk trend 2021. Pengeluar cat Dulux yang mendapat tempat dihati pelanggan sejak bertahun lagi, membuatkan ramai yang menantikan apa warna trend untuk tahun hadapan. Agak anda apa warna tahun kali ini? Kelompok tona warna apa yang menjadi pilihan Dulux tahun 2021 ini. Jom kita lihat warna apa yang menjadi pilihan dunia. Mana nak tahu kalau nak tukar cat rumah ikut trend 2021.
Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) telah dilancarkan sebagai Warna Tahunan untuk AkzoNobel, peneraju cat dekoratif dan salutan serta pengeluar cat Dulux. Ia adalah nada warna bumi yang neutral dan lembut untuk memberi kita keberanian untuk menerima perubahan.
Di kala pelbagai peristiwa dan pengalaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini menjadi perkara biasa, tidak hairanlah jika ramai yang berasa semakin hilang keharmonian dengan dunia moden. Menurut kajian trend global kami yang meluas, manusia sekarang perlu merasakan bumi yang mereka pijak. Apabila kita boleh berasa selesa dengan perkara-perkara yang ringkas/mudah/sederhana, kita berkeyakinan untuk mengekspresikan diri sendiri, berpegang kepada apa yang kita percaya dan membuat hubungan baru dari masa lalu dengan masa hadapan.
“Tahun ini, kami memilih Warna Pilihan yang boleh memberi kita asas kukuh sewaktu berada dalam tempoh yang menggoyahkan. Brave Ground adalah nada warna yang meneguh dan menyeimbangkan, sambil menghubungkan kita kembali dengan bumi. Warnanya lembut dan semula jadi neutral. Ini membangkitkan kestabilan, perkembangan serta potensi di samping mewujudkan rasa ketenangan,” kata David Teng, Pengurus Besar Kluster, AkzoNobel Decorative Paints Southeast Asia Pacific.
“Penyelidikan trend tahunan yang kami jalankan bersama pakar reka bentuk terkemuka diterapkan dalam perniagaan cat dan penyalut kami,” kata David Menko, Ketua Pegawai Pemasaran AkzoNobel. “Pasukan reka bentuk kami menggunakan cerapan itu bagi menghasilkan warna dan kemasan yang menjadi ikutan dan sesuai dengan kehendak pasaran, untuk pelanggan kami bagi cat hiasan, seni bina, aeroangkasa, automotif, pengguna elektronik dan penyalut kayu.”
Warna-warna neutral seperti Brave Ground boleh tampil menyerlah secara bersendirian atau membantu warna lain untuk tampak berseri. Palet warna pelengkap pula direka sepusar warna berkenaan untuk menjadikan ia mudah digunakan dan mencapai penampilan yang tepat. Empat palet akan membantu pengguna cat hiasan memilih warna yang menjadi ikutan dengan penuh yakin: palet Expressive, Trust, Timeless dan Earth.
Empat palet warna yang terbina dari Brave Ground mengambil nada warna neutral ini dalam arah yang sangat berbeza. Memenuhi keperluan yang mengkhusus, setiap palet membolehkan pengguna berasa cukup yakin untuk mengekspresikan diri mereka dengan warna:
- Warna palet Expressive menyerlah dengan nada merah dan merah jambu yang diseimbangkan oleh kelembutan semula jadinya – memberikan keberanian untuk anda menjadi diri sendiri.
- Palet warna Trust membawakan rona bumi dari seluruh dunia untuk mendorong kolaborasi dan rasa kekitaan – menawarkan ketenteraman dalam hubungan.
- Palet warna Timeless meraikan yang lama dan yang baru dengan nada kuning, kuning kecoklatan dan neutral lembut – memberi inspirasi untuk membina masa lalu.
- Palet warna Earth menghubungkan kita ke dunia semula jadi dengan gema nada biru, hijau dan coklat dari laut, langit dan tanah – memberikan kita keberanian untuk menyesuaikan diri
“Apabila pengguna berusaha untuk mengubah wajah kediaman mereka, mereka temui keyakinan dalam kepakaran dan bimbingan warna dari kami,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Estetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya penyelidikan warna global menjadi agenda utama kami setiap tahun.”
Sebagai tambahan kepada Cat Hiasan, lain-lain perniagaan yang bersandarkan kepada warna, seperti Automotif dan Salutan Istimewa, Salutan Serbuk dan Salutan Kayu, menggunakan palet yang serupa. Setiap perniagaan menyesuaikan palet salutan mereka mengikut kemahuan pelanggan dari segi warna, tekstur dan permukaan. Banyak pasaran yang memanfaatkan Warna Tahunan, termasuklah pengguna dan spesifier, aeroangkasa, automotif, pengguna elektronik, perabot, peralatan domestik, kabinet, pengeluar produk lantai dan binaan serta industri seni bina.
Menko menambah, “Warna memainkan peranan yang penting dalam dunia ini – ia membantu kita mengekspresikan diri sendiri. Warna Tahunan pula membantu kami berkongsi minat terhadap cat untuk menolong pelanggan dan pengguna kami membezakan diri dan produk mereka.”
Untuk keterangan lanjut mengenai Warna Tahunan 2021, kunjungi https://www.akzonobel.com/en atau ikuti #CF21 di media sosial.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Isteri Diminta Berhenti Kerja Sebagai Engineer, Suami Balas Jasa Dengan Hadiahkan Rumah Setiap Kali Anniversary
Besar jasa seorang isteri yang sanggup berhenti kerja apabila diminta suaminya untuk menjaga keluarga dan bersusah payah bersama. Bagi suaminya, jasa ini tidak terbalas. Apa yang cuba Muhd Farid lakukan cukup membuatkan semua wanita rasa sangat dihargai.
4 tahun yang lalu,
Aku melamar kawan baik aku di zaman Universiti menjadi isteri aku,
Aku gentle berjumpa ayah isteri aku ini menyatakan hasrat di hati ingin menikahi anaknya sebelum menghantar rombongan keluarga,
Time ni isteri aku bekerja sebagai Engineer Intel di Penang,
Aku plak bekerja pencacai di Singapore,ahahaa..
Memang hubungan ketika ini secara jarak jauh sebelum dan selepas berkahwin.
Time ni memang aku tak da budget nak kahwin secara besar-besaran,
Buat majlis pun 1 belah pihak sahaja iaitu belah pihak perempuan.
Janji kahwin !!!
Part hantaran plak, orang sibuk viral kalau kelulusan Degree minima RM 15,000.
Aku rileks je nego mintak RM 8,000 je,
Mujur isteri aku tak kisah dan terima kewangan aku ketika itu.
Mas kahwin aku bagi 6 Dinar emas yang aku kumpul sejak mula bekerja.
Dalam masa yang sama, timbul 1 idea untuk beri hantaran sebuah rumah kepada isteri aku ini.
Aku mintak dokumen dari isteri aku,
Dan aku carikan sebiji rumah untuk beliau sebagai backup untuk diri dia sendiri.
Kos deposit + kos lawyer + baik pulih rumah + kemasukan penyewa semuanya di uruskan oleh aku.
Nak belikan kereta memang bukan keperluan memandangkan dia ada kereta kebal arwah atuk dia.
Time ni memang strungle habis, ikat perut * buat OT + side income, sebab kumpul deposit rumah + duit kahwin sebab tak mengharapkan Personal Loan.
Alhamdulillah kami di kurniakan cahaya mata setahun kemudian.
Time tu aku mintak dia berhenti kerja dan aku menyara keluarga seorang diri.
Duduk di rumah kecil jenis 2 bilik 1 bilik air.
Gaji tak besar tapi cukup untuk kami sekeluarga hidup.
Kami hidup macam rakyat marhaen biasa.
Ini kisah 4 tahun lepas.
Alhamdulillah tahun ni, aku di kurniakan lagi cahaya mata yang baru,
Dua-dua lelaki,
Oklah boleh meneruskan perjuangan aku nanti.
Rumah yang aku berikan pada isteri aku,
Aku mintak dia jual,
Sebab dah masak ranum.
Untung RM 130,000 dalam tempoh 4 tahun.
Dimana kalau nak simpan sendiri secara manual perlu menyimpan sekitar RM 2708/bulan. (Boleh ke korang konsisten menyimpan macam ni)
Kalau aku belikan dia kereta time tu, agak-agak mesti dah separuh harga kereta isteri aku ni.
Terpulang kepada dia nak buat apa duit itu,
Beli handbag LV,
Beli mini cooper cash,
Simpan sahaja dalam ASB,
Beli rumah lagi dan lagi,
Melancong ke Oversea,
Beli emas sampai lengan,
@ apa sahaja.
Sebab setiap tahun pun aku masih hadiahkan dia sebuah rumah sempena anniversery dan besday dia. 2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar. Dalam masa yang sama, pasif income dia jugak setiap bulan ??
Tak perlu ikut cara aku 100% tapi ambik ilmu yang cuba aku sampaikan dan praktiskan dalam kehidupan rumah tangga korang.
*Gambar kenangan ketika kami masih bertiga sebelum muncul pihak keempat.
Kami pernah hujan basah bersama ketika menunggang motorsikal suatu ketika dahulu dan isteri aku sanggup korbankan hanya aku sahaja yang memakai baju hujan ketika itu memandangkan hanya ada 1 baju hujan sahaja.
Sumber FB : Muhd Farid
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kediaman Mewah Tular Bukan Kepunyaan PUTRI ARIANI, Rupanya Milik Usahawan Tersohor Jakarta Rudy Salim
Tahniah diucapkan kepada Putri Ariani yang kini mencipta nama di persada antarabangsa apabila berjaya memduduki tempat keempat dalam pertandingan pencarian bakat terkenal, America’s Got Talent baru-baru ini.
Sebelum ini tular di media sosial pendedahan tentang kediaman mewahnya yang dikongsikan di saluran Youtube MAIA ALELDUL TV menyaksikan kedua-dua Youtuber berkenaan terpesona malah cukup kagum dengan rumah agam yang didiami Putri.
Mewah, luas dengan bernuansa rona putih, rupa-rupanya kediaman itu bukanlah milik Putri Ariani seperti yang digembar gemburkan. Kediaman mega persis istana itu sebenarnya milik usahawan tersohor Indonesia, Rudy Salim yang mengakui menyediakan kediamannya tersebut untuk memudahkan urusan Putri untuk berlatih.
Terletak di kawasan Pluit, Jakarta Utara jelas Rudy, “Ini merupakan kemudahan yang disediakan untuk Putri bersama keluarga sebagai tempat tinggal sementara yang digunakan bagi mempersiapkan Putri untuk konsert Wanita Hebat yang diadakan pada 14 Julai 2023 yang lepas.”
Kediaman gah dengan tiga tingkat itu yang unggul dilihat cukup menawan disimbah warna putih selain pemilihan konsep klasik moden kontemporari yang cukup menyejukkan mata yang memandang.
Di sudut ruang tamu pula, kelihatan tidak banyak perabot yang diletakkan, hanya ada sofa dan kerusi namun cahaya yang melimpahi sudut tersebut menerusoi jendela menyaksikan kediaman tersebut mendapat pencahayaan yang natural, melengkapi sudut ruang tamu berkenaan.
Ruang tangga pula dilihat antik dihiasi oleh besi-besi yang diukir digabungkan dengan lantai seramik bermotif berwarna krim dan coklat tampak mewah dan menawan. Kediaman ini juga dikhabarkan memiliki roof top yang luas.
Untuk rekod, menurut Wikipedia Rudy Salim merupakan usahawan Indonesia berketurunan Tionghoa-Indonesia dan merupakan presiden perusahaan otomotif Prestige Motorcars. Rudy bersama Raffi Ahmad merupakan pemilik kelab sepak bola RANS Nusantara FC.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI