Bagi yang suka membeli belah atas talian, ni lah masanya untuk anda nikmati keistimewaan bila membeli belah atas talian. Bila shopping dapat balik mata ganjaran, seronok bukan?
MMspot merupakan sebuah Platform Ganjaran Digital dengan jutaan pengguna di rantau asia. Hari ini, MMspot dengan bangganya memperkenalkan aplikasi pengendalian mata ganjaran yang pertama di Malaysia. Aplikasi ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pengunjung luar negara mengalami sendiri aplikasi terbaru ini.
Bagi memberi peluang kepada pengguna menggunakan aplikasi ini secara ekslusif, MMspot telah melancarkan pek permulaan dikenali sebagai “SATAY”. Pengguna boleh melanggan pek permulaan ini dengan harga RM100 sahaja dan mendapat e-Baucar bernilai RM300. e-Baucar ini boleh digunakan di platform-platform rakan kongsi MMspot. Melalui penggunaan e-Baucar di platform berkenaan, pengguna boleh meraih lebih banyak mata ganjaran.
Pada masa yang sama, mata ganjaran terbabit boleh ditukar semula kepada e-Baucar. Melalui ekosistem MMspot, nilai e-Baucar akan meningkat dua kali ganda dengan sistem penukaran mata ganjaran e-Baucar dikenali sebagai e-VCP. Pengguna boleh menikmati sekurang-kurangnya 10% rebat jika menggunakan e-Baucar tersebut. Pengguna juga boleh melakukan pemindahan e-Baucar kepada kawan dan ahli keluarga. Pengguna MMspot juga boleh membeli-belah secara senang hati, lebih jimat di samping meraih lebih banyak mata ganjaran. Ia secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan gaya hidup komuniti MMspot.
Dengan data pengguna yang dijana melalui komuniti “SATAY”, MMspot juga berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak syarikat pengendalian mata ganjaran yang lain pada masa hadapan. MMspot yakin dengan aplikasi yang baru dilancarkan ini, dapat membantu pengguna mengendali baki mata ganjaran mereka yang terbiar atau sudah lama tidak digunakan.
MMspot juga ingin mengambil kesempatan ini memperkenalkan platform-platform rakan kongsi sedia ada di aplikasi mereka :
Platform Beli-Belah Atas Talian – Mbooster e-Baucar (eVM)
Hiburan & Konsert – MacpiePro e-Baucar (eVP)
Platform Makanan & Minuman – JioBuddy e-Baucar (eVJ)
Hartanah – Ridgez e-Baucar (eVR)
Pendidikan – Evetag e-Baucar (eVE)
Platform Beli-Belah Di Luar Talian – JioJioGo e-Baucar (eVV)
Automotif – VeTag e-Baucar (VCV)
Pelancongan – GoTogether e-Baucar (eVT)
MMspot juga membantu mengendali dan menguruskan mata ganjaran bagi salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Mcalls. Pengguna Mcalls boleh mendapat mata ganjaran sebanyak 7% jika tambah nilai secara sendiri.
Untuk makluman lanjut, sila layari laman web MMspot di mmspot.com.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kempen Global Menunjukkan Bagaimana Silestone® Telah Berkembang Berkat Teknologi HybriQ+®
Selasa, 26 April 2022, Cantoria (Almera) – Generasi baharu mahukan dunia yang lebih mampan dan cara hidup yang lebih berperikemanusiaan. Beginilah cara Cosentino melihatnya, dan ia telah mengubah sepenuhnya Silestone® melalui pembangunan teknologi HybriQ® dan HybriQ+® proprietarinya. Sama seperti ia merevolusikan ruang dapur lebih 30 tahun yang lalu dengan komitmennya terhadap warna, reka bentuk dan prestasi yang tiada tandingannya, jenama itu kini menerajui ke arah kemampanan dalam ruang yang telah menjadi pusat tumpuan kediaman kami.
Silestone® oleh Cosentino melancarkan kempennya yang paling relevan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah pendekatan ini dan dengan kuasa menjadi jenama terkemuka dunia bagi permukaan dapur dan permukaan selama tiga dekad. “Changing The World From The Kitchen” meraikan bagaimana jenama itu telah berkembang melalui inovasi kemampanan yang menerajui industri dan merupakan kempen khusus pertama sejak penjenamaan semulanya pada 2021.
Jenama global memerlukan dunia yang lebih mampan, mesra alam dan kemanusiaan untuk kita semua dengan menggunakan contoh HybriQ® dan HybriQ+®, gabungan ketara antara inovasi dan kemampanan. Kempen itu membayangkan dapur sebagai tapak revolusi hebat seterusnya yang akan mengubah dunia. Inovasi yang mengganggu, seperti HybriQ®, untuk mencetuskan pergerakan ke arah perubahan yang mesti dikongsi bersama. Menyedari dan komited, bermula di rumah kita dengan perubahan kecil yang, apabila digabungkan, menghasilkan revolusi besar.
“Dengan HybriQ+®, kami sekali lagi akan menerajui industri kami dan menunjukkan contoh yang baik.” Kami melakukan sesuatu yang lebih baik dan berbeza dengan harapan menjadikannya perkara biasa. Komitmen terhadap kemampanan ini membolehkan kami menghantar mesej transformasi kepada pelanggan, kolaborator, penentu dan, sudah tentu, pengguna akhir kami. “Perubahan untuk membina dunia yang kami inginkan, untuk menyediakan penyelesaian kepada isu masa depan, dan itu mempunyai pusatnya di ruang dapur,” kata Damián Granados, Naib Presiden Pemasaran Global Kumpulan Cosentino.
“Changing The World From The Kitchen” debut dalam kempen digital dengan tiga versi spot (59″, 40″, dan 30″) yang akan diedarkan dan disetempatkan di 21 negara, dengan jumlah 385 buah dalam semua format. Kempen ini akan tertumpu terutamanya pada media sosial, dengan penekanan khusus pada Instagram, walaupun ia akan disiarkan di televisyen di beberapa negara. Pasukan pemasaran Cosentino, agensi Wünderman-Thompson, dan penerbit Fight Films bekerjasama serta-merta, yang diarahkan oleh Ida Cuéllar.
Teknologi Silestoneinnovative ® HybriQ+® mewakili komposisi produk dan kaedah pengilangan yang sepenuhnya baharu, dengan proses pembuatan mampan yang baru diperkenalkan yang menggunakan 99 peratus air guna semula, 100 peratus tenaga elektrik boleh diperbaharui, sifar sisa air, dan sekurang-kurangnya 20 peratus bahan mentah kitar semula.
Kemampanan wujud bersama dengan keindahan unik dan sifat tiada tandingan Silestone® yang sentiasa menentukan jenama dengan HybriQ+®. Silestone® baharu mengekalkan semua sifat dan pensijilannya dari segi ketahanan, prestasi dan kebersihan, sambil mengembangkan pilihan estetiknya berkat penggunaan mineral premium dan penggabungan bahan kitar semula dalam komposisinya.
Untuk meneroka kempen baharu Silestone®, lawati,
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sembang-Sembang Jantung Sewaktu Pandemik
Dalam menjalani kehidupan masa kini dalam era norma baru ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kesihatan semakin merosot kerana tekanan yang mungkin kita sendiri tidak perasan dalam situasi yang membinggungkan. Kali ini IMPIANA kongsikan inisiatif NESTLE OMEGA PLUS dalam membantu masyarakat dalam menangani masalah jantung. Sihat bermulanya dari rumah.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia terpaksa ‘berkurung’ di rumah bagi membendung wabak COVID-19, sekaligus memburukkan lagi pelbagai masalah kesihatan yang serius. Penjagaan kesihatan jantung anda adalah mustahak, lebih-lebih lagi sewaktu wabak bermaharajalela. Dalam pada itu, individu dengan penyakit dan masalah jantung sedia ada, nampaknya lebih berisiko mengalami gejala atau komplikasi parah sekiranya dijangkiti COVID-19.
Menurut Persekutuan Jantung Sedunia1, hal ini kerana sistem imun penghidap penyakit jantung biasanya lebih lemah, menjadikan mereka lebih terdedah kepada komplikasi virus yang parah. Semakin banyak kajian menunjukkan, ramai bekas pesakit COVID-19 mengalami kerosakan jantung walaupun tiada sejarah penyakit jantung atau tidak dimasukkan ke hospital.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati kolesterol tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, menjejaskan 8 juta atau 40% orang dewasa di Malaysia2. Malahan, serangan jantung telah menjadi pembunuh No.1 negara kita selama lebih 15 tahun.
Dr. Rohith Stanislaus, Pakar Kardiologi dari Institut Jantung Negara berkongsi, “Kita dapat menyaksikan satu trend umum bahawa paras kolesterol di Malaysia semakin meningkat seiring kenaikan kadar penyakit arteri koroner dan serangan jantung.”
Penyakit jantung koronari berlaku apabila plak terdiri daripada kolesterol, lemak, kalsium dan sisa lain termendap pada saluran jantung. Pengumpulan plak inilah yang menjadi penyebab utama serangan jantung, yang tercetus apabila saluran tersebut tersumbat sepenuhnya dan menyekat bekalan darah ke jantung.
Meskipun statistik nampaknya suram, sinar harapan masih ada. Menerusi pilihan kita sendiri, kita sebenarnya mampu mengawal beberapa faktor risiko utama untuk penyakit jantung koronari.
Bagaimanapun, penjagaan kesihatan dan usaha mengubah gaya hidup sewaktu pandemik bukan semudah disangka, khususnya bagi mereka yang hidup dengan masalah jantung sedia ada.
Akan tetapi, ia bukannya mustahil, kerana terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil bagi meletakkan jantung anda kembali pada landasan yang betul, walaupun menghadapi wabak yang tiada kesudahan.
Diet yang sihat jantung
Menurut Dr. Rohith, diet yang seimbang, sihat dan terdiri daripada pelbagai kumpulan makanan utama dapat membantu mengekalkan kesihatan jantung. “Kurangkan pengambilan gula diproses dan garam, serta makanan yang tinggi lemak tepu dan lemak trans” bukan sahaja satu langkah yang berkesan, tetapi juga mudah diamalkan di rumah.
Pastikan anda terapkan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet anda. Makanan berasaskan tumbuhan mengandungi pelbagai bahan yang dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ini dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi.
Amalan mengehadkan lemak tepu dan trans turut membantu mengurangkan paras kolesterol darah dan risiko penyakit arteri koronari.
Di samping itu, makanan yang kaya asid lemak omega-3 dapat membantu memerangi penyakit jantung. Salmon, tuna, sardin, dan ikan hering merupakan sumber kaya asid lemak omega-3.
Sokalingam Karuppiah, 57, yang merupakan pesakit jantung di Institut Jantung Negara, telah menjalani prosedur Intervensi Koronari Percutaneus (PCI) dan Pintasan Graft Arteri Koronari (CABG) bagi dua serangan jantung masing-masing pada tahun 2013 dan awal tahun ini.
Selepas itu, beliau terpaksa membuat perubahan drastik dari segi diet bagi menjaga kesihatannya. “Sekarang, saya makan lebih banyak ikan, dan pastikan saya makannya sekurang-kurangnya sekali seminggu. Saya juga telah menyingkirkan makanan berminyak dari diet saya, dan sebaliknya meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.
“Jangan ambil mudah kesihatan anda. Perubahan tabiat makan anda merupakan satu pelaburan yang cukup kecil dan seharusnya menjadi kebiasaan kita semua. Saya kesal kerana mengabaikan kesihatan saya begitu lama. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya tetapi juga keluarga saya. Sekarang, ketika kita duduk di rumah, kita berpeluang memasak makanan sendiri yang jauh lebih sihat.”
Pengambilan sterol tumbuhan yang mencukupi juga terbukti dapat merendahkan kolesterol secara berkesan – sekurang-kurangnya 1.2 gram sterol tumbuhan sehari. Namun, bagi mendapatkan 1.2 gram sterol tumbuhan, anda perlu makan sekitar 255 biji tomato, 90 biji epal, atau 126 batang lobak merah!
Struktur sterol tumbuhan mirip kolesterol dalam badan kita. “Selepas dimakan, ia akan ‘bersaing’ dengan kolesterol dalam sistem penghadaman untuk diserap. Kesannya, penyerapan kolesterol tersekat dan menyebabkan paras kolesterol darah kita turun,” jelas Dr. Rohith.
Siah Peck Hwa, 41, ibu kepada dua cahaya mata berkongsi bahawa NESTLÉ OMEGA PLUS membantu menguruskan paras kolesterolnya. “Saya mendapati kolesterol saya telah menurun apabila saya bermula mengambil susu ini. Kini, paras kolesterol saya jauh berbeza daripada sebelumnya.”
Sebenarnya, kuantiti makanan yang anda makan juga sama penting dengan jenis makanan yang diambil. Tabiat negatif seperti makan sehingga terlalu kenyang, pengambilan karbohidrat dan protein yang tidak sihat, dan menikmati ‘pusingan’ kedua makanan anda, dapat menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan.
Setiap aktiviti kecil mampu mencetuskan impak bermakna
Walaupun amalan diet sihat merupakan kunci yang penting, senaman juga merupakan ‘ubat’ yang mujarab dalam menurunkan kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
Rakyat Malaysia kini menghabiskan lebih banyak masa di rumah (bahkan bekerja dari rumah), dan perlu mengimbangi pelbagai tugasan secara serentak, seperti penjagaan kanak-kanak atau pembelajaran dalam talian. Sebagai natijahnya, kita mengabaikan senaman dalam rutin harian kita.
Mengemop lantai rumah atau aktiviti berkebun mungkin kurang menyeronokkan kalau dibandingkan dengan joging atau kelas Zumba. Namun, aktiviti-aktiviti dan tugasan rumah sedemikian dapat membuatkan anda bergerak.
Sebarang pergerakan yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan harian anda adalah bermanfaat. Aktiviti semudah berjalan-jalan, menaiki tangga dan tugasan rumah dapat memanfaatkan jantung apabila dijadikan amalan rutin.
“Senaman jauh lebih mencabar hari ini akibat COVID-19. Saya biasanya pergi ke taman untuk berjalan-jalan, tetapi saya tidak dapat melakukan ini sekarang, kerana kes COVID nampaknya semakin teruk dan saya enggan mengambil risiko. Namun, saya cuba mengeluarkan peluh di rumah, dengan melakukan lebih tugasan rumah dan senaman ringan bagi membuat jantung saya mengepam,” kongsi Malek Mohamed.
Malek, bapa kepada 3 cahaya mata, menderita penyakit jantung sejak tahun 2006, dan perlu menelan 10-12 pil ubat setiap hari bagi menguruskan kesihatan jantungnya.
“Ramai yang ingat bahawa setelah menjalani pembedahan atau dirawat untuk penyakit jantung, semuanya akan kembali normal. Namun, ini jauh dari kebenaran, lebih-lebih lagi sewaktu tempoh COVID di mana kesihatan anda amat penting. Anda harus melipatgandakan penjagaan untuk memastikan anda kekal sihat supaya anda tidak perlu lagi menjalani prosedur perubatan yang lain selain daripada mengambil ubat anda. Bagi saya, senaman merupakan antara langkah yang sangat saya utamakan,” tambahnya.
“Aktiviti seperti Walk A Million Miles sangat bermanfaat. Menyedari saya sedang melangkah ke satu misi yang dekat dengan hati saya – menjadi pembakar semangat saya untuk menyumbangkan langkah saya pada tahun ini. Ramai yang menganggap senaman sebagai satu beban. Namun, sekiranya ia dilakukan dengan cara menyeronokkan, terutamanya anda akan melangkah bersama-sama rakyat Malaysia lain ke arah matlamat kebaikan bersama, ia akan menyemarakkan lagi semangat anda! Sebagai penerima sumbangan Walk A Million Miles tahun lalu, saya amat bersyukur dan berharap untuk menyumbang balik kepada masyarakat.”
Bukti demi bukti manfaat senaman terhadap kesihatan jantung terus terserlah. Senaman membantu dengan membakar kalori, mendorong penurunan berat badan dan akhirnya menurunkan paras kolesterol. Di samping itu, senaman juga dapat ‘melatih’ jantung, seperti mana manfaatnya terhadap otot-otot lain dalam badan anda.
Dr. Rohith terus berkongsi, “Senaman dan aktiviti fizikal yang mencukupi, sekurang-kurangnya 150 minit seminggu yang dapat dicapai melalui 30 minit sehari 5 kali seminggu, akan membantu menjaga kesihatan jantung anda. Cara mudah untuk meningkatkan tahap aktiviti termasuk menggantikan penggunaan lif dengan tangga.”
Menghindari tekanan
Individu yang menghadapi tekanan jangka panjang lebih cenderung beralih ke gaya hidup yang kurang sihat, seterusnya membawa kepada kehidupan yang tidak aktif, bahkan tabiat berbahaya seperti merokok, makan dan minum berlebihan – yang semuanya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Lebih membimbangkan, mereka yang tidak pernah menghadapi cabaran kesihatan mental sebelum ini mula menunjukkan gejala atau mengalami beberapa aspeknya, dengan ramai rakyat Malaysia terjebak dalam kemurungan, masalah pengurusan kemarahan, serangan kegelisahan dan panik yang bertubi-tubi.
Norma baharu bekerja dari rumah telah mengaburkan sempadan antara dunia kerja dengan kehidupan peribadi. Oleh sebab pekerja perlu mengorbankan aktiviti riadah bagi memenuhi tuntutan majikan yang kian membebankan, mereka terpaksa menahan waktu kerja lebih lama yang akhirnya menimbulkan tekanan emosi.
Rakyat Malaysia mungkin berisiko menghidap penyakit jantung pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus menghadapi tekanan kronik.
Siah Peck Hwa yang mengalami komplikasi jantung semenjak zaman kanak-kanak sentiasa berpegang kepada mantra ‘menghindari tekanan’. “Ia sungguh mencabar buat saya. Saya akan memantau denyutan jantung dan tekanan saya setiap kali saya berasa tertekan. Saya mesti bertenang pada setiap masa. Sesuatu perkara yang kecil sudah cukup menjadikan saya gelisah dan tertekan, jadi saya mesti cuba bertenang dan berfikiran positif.”
“Meskipun tidak sedar, namun kita dengan begitu cepatnya jatuh ke dalam ‘perangkap’ gaya hidup tidak aktif. Pada masa ini, kita duduk lebih lama dengan mata melekat pada skrin, tidak kira bekerja, melayari media sosial, ataupun menonton filem dan menikmati permainan. Tabiat ini sangat tidak sihat dan akan menjejaskan kesihatan mental kita dalam jangka panjang.”
Adalah sangat penting kita meluangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang dapat merehatkan minda dan badan kita.
Mendapat tidur mencukupi setiap hari dan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan anda dapat membantu menghilangkan tekanan. ‘Digital detox’, atau tindakan berehat daripada skrin, bukan sahaja membantu meningkatkan waktu tidur dan daya tumpuan, tetapi juga memberi rehat kepada mata dan minda anda. Meditasi kesedaran (Mindfulness meditation) dapat membantu menangkis impak negatif COVID-19 terhadap kesihatan mental, apabila dilakukan sebagai sesi singkat setiap hari.
Pada tahun 2020, Siah Peck Hwa pernah dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti COVID-19. “Tahun lalu sangat sukar bagi saya kerana runsing memikirkan anak-anak dan keadaan jantung saya selain disahkan positif COVID-19. Namun, senaman mental yang mudah telah membantu saya mengharungi tempoh mencabar ini.”
Perubahan gaya hidup dan pemeriksaan kesihatan
“Faktor risiko penyakit kardiovaskular terbahagi kepada dua kategori: dapat diubah dan tidak dapat diubah. Faktor risiko penyakit kardiovaskular yang tidak dapat diubah berpunca daripada faktor genetik, manakala faktor risiko penyakit kardiovaskular yang boleh diubah adalah faktor yang dapat dikurangkan atau dikawal melalui perubahan tingkah laku seperti tabiat alkohol dan merokok,” jelas Dr. Rohith.
Pandemik ini juga dapat mencetuskan tabiat alkohol dan merokok yang lebih buruk.
Sebagai pesakit di IJN yang baru menjalani Pintasan Graft Arteri Koronari, Johnitar Behud terpaksa membuat beberapa perubahan gaya hidup. “Saya menghentikan rokok dan alkohol setelah didiagnos menghidap komplikasi jantung pada awal 2019. Sejak itu, saya mengamalkan senaman ringan dan diet seimbang seperti makanan rendah kolesterol dan tidak makan melebihi had yang ditetapkan.”
“Jika saya mampu melakukan perubahan ini sewaktu pandemik, saya yakin orang lain juga dapat membuat perubahan ke arah kebaikan jika mereka membulatkan tekad. Tidak perlulah membuat perubahan drastik. Mengambil bahagian dalam Walk A Million Miles 2021 dan menetapkan sasaran langkah setiap hari dapat membantu menerapkan jalan kaki ke dalam rutin harian anda dalam jangka panjang. Ini dapat membantu anda menghindari makanan yang tidak sihat, bahkan rokok dan alkohol”, tambah Johnitar.
Lawatan doktor dan pemeriksaan berkala dapat mengenal pasti faktor risiko dan menawarkan asas permulaan bagi mengambil langkah pencegahan. Tegas Dr. Rohith lagi, tidak pernah terlalu awal atau lambat untuk mengorak langkah menjaga kesihatan anda. “Kami menyarankan saringan awal untuk mereka yang menghadapi pelbagai faktor risiko dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.”
Harus diingatkan bahawa kepatuhan diet yang ketat, rutin senaman dan pemantauan kesihatan di rumah tidak boleh menggantikan pemeriksaan rutin. Anda disarankan untuk menggabungkan lawatan doktor serta ujian berkala dengan peralatan di rumah untuk menjamin bacaan yang betul.
NESTLÉ OMEGA PLUS mengalu-alukan khalayak ramai untuk turut serta dalam Walk A Million Miles 2021 dengan memuat turun aplikasi mudah alih BookDoc untuk menjejaki bilangan langkah mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang Walk A Million Miles 2021 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, sila layari https://www.dearnestle.com.my/bm/brand-story/nestle-omega-plus atau https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus/.
Perkongsian ini amatlah berguna untuk semua rakyat Malaysia. Mulakan hidup anda dengan gaya yang lebih sihat selamat. Segalanya bermula dari rumah yang terbaik. Ingat IMPIANA tidak pernah lupa akan membawa anda semua untuk bina gaya hidup yang lebih teratur dan harmoni.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023
Tidak dinafikan, pelbagai warna yang berada disekeliling diri kita memberikan erti serta mempunyai makna yang tersendiri istimewa buat diri anda sendiri. Selain bagaimana warna ini melambangkan identiti dan keperibadian diri kita, sudah semestinya ia jua mengambarkan luahan isi hati serta perasaan anda. Malah, ada juga dikalangan kita yang sering kali terhenti sejenak untuk merenung apa yang dianggap penting dalam kehidupan kita, namun begitu warna juga merupakan komponen yang teras bagi kesejahteraan diri dan bagaimana kita mendefinisikan jati diri kita.
Terbaharu, jenama syarikat pengeluar cat terkemuka tanah air iaitu Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd. kini telah melancarkan Koleksi Warna Global miliknya untuk tahun 2023, yang menggangkat tema Stories sebagai pilihan berlansung di The Paper, APW Bangsar.
Untuk maklumat anda, aneka rona dan tema yang diperkenalkan telah dirumus khas untuk membuahkan ambien serba kreatif di ruang kediaman anda, di samping membekalkan pengguna peluang untuk mendefinisikan diri mereka melalui pelbagai trend warna yang baharu. 21 warna yang dibawakan bersifat abadi dan tidak berpandukan trend semata-mata, pemilihannya dibuat atas dasar sifat positif, keluhuran dan versatilitinya. Dengan caranya sendiri, ia menyuntik elemen keceriaan pada mahligai idaman kita.
“Warna membolehkan kita meluahkan buah fikiran, emosi dan tindakan – ia merupakan sebahagian daripada kehidupan kita dan menjadi asas kepada ruang kediaman yang dihuni. Sementara gaya hidup dan keutamaan kita berubah seiring dengan masa, kita sering cuba menyelami diri untuk memahami teras dan matlamat diri kita, dan renungan ini lazimnya mengambil tempat di rumah; di mana kita berasa selamat, di mana kita memperbaiki diri, dan di mana kita mencorak cerita-cerita yang mendefinisikan diri kita. Kami telah menimba inspirasi untuk memperkenalkan #JotunColourStories kerana dalam perniagaan yang melibatkan warna ini, kami sedar bahawa sebuah rumah yang dihiasi dengan warna-warna yang bersifat abadi, luhur dan serba kaya, ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi kesejahteraan diri kita, di mana minda, jiwa dan raga kita disuburkan dan saling dihubungkan.
Dengan pelancaran Koleksi Warna Global 2023, kami telah menghasilkan aneka warna yang dapat membantu anda meneroka serta kongsikan kisah unik anda menerusi kediaman yang anda huni. Bukan itu sahaja, kami juga berbesar hati untuk berganding bahu dengan Jun Ong, Pengasas Bersama POW Ideas, dan Ee Soon Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Art Printing Works (APW) bagi inisiatif mentransformasi ruang APW untuk mempamerkan #JotunColourStories kepada warga umum.” ujar Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif APW, Ee Soon Wei berkongsi, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jotun dan POW Ideas dalam penggunaan ruang ini dengan matlamat untuk memberi warna sebuah nafas di samping merangkap sebuah cerita. Dari saat anda melangkah masuk, anda dapat mengamati sebuah dunia yang diisi dengan sebuah tema dan cerita. Kami telah mengambil ilham daripada visi Jotun untuk menukilkan sebuah cerita menggunakan warna dan cat ditujukan kepada rakan-rakan kongsi Jotun dan warga umum, dan kami ingin melakukan yang terbaik untuk bantu merealisasikan #JotunColourStories.”
“Setelah kami mendapat tahu yang Jotun ingin meluahkan sehimpun cerita menggunakan warna dan cat di sebuah ruang fizikal, kami sedar bahawa ia merupakan satu idea yang patut diterokai. Kami selalu mendahagakan idea-idea baharu serta kolaborasi untuk membantu pelbagai jenama menukilkan cerita mereka kepada audiens masing-masing. Selepas beberapa sesi perbincangan, kita telah bantu menghiasi ruang APW untuk merangkapkan sebuah cerita yang istimewa. Kami telah berhasrat untuk mempamerkan bagaimana setiap tema warna adalah berbeza dari satu sama lain, setiap tema tersirat dengan ceritanya yang tersendiri – satu untuk minda, satu untuk raga, dan satu untuk jiwa. Kami berbangga dengan hasilnya dan berharap orang ramai yang mengunjungi ruang ini dapat mengamati sendiri suasananya dengan #JotunColourStories,” sebut Pengasas Bersama Pow Ideas, Jun Ong.
Dengan Majestic Sense yang baru sahaja diperkenalkan oleh Jotun ini, elemen kecantikan dan juga kesihatan bakal menjadi pelengkap mahligai idaman anda. Cat interior bertaraf premium ini dirumus khas dengan teknologi inovasi yang membolehkan membekalkan tahap kualiti udara yang bersih di ruang dalam rumah anda di samping mewujudkan ruang yang lebih selesa untuk didiami. Majestic Sense juga tidak berbau, berketahanan lama pada permukaan dinding, menghilangkan cela serta membuat dinding rumah anda kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan kemasannya yang serba halus.
Daripada 21 rona yang dipersembahkan dalam Kad Warna tahun ini, 9 merupakan ahli baharu dalam koleksi Jotun. Makmal teknologi warna Jotun menerusi kerjasama dengan Larsen dan pasukannya, telah membangunkan sebuah pelet warna unik yang mencakupi warna-warna neutral serba suam, hijau natural yang mendamaikan, serta warna merah yang diperkayakan antara lainnya.
Warna-warna baharu ini telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan, bersama rona-rona yang sedia ada daripada Jotun untuk menghasilkan tiga koleksi warna yang dipadankan dengan sempurna. Koleksi-koleksi unik ini merangkap mood dan corak ekspresi yang pelbagai, justeru membolehkan pengguna menggandingkan aneka rona yang bersifat komplementari dan berkontras dalam setiap koleksi. Langkah ini membantu menghasilkan interior serba koheren yang menggambarkan sebuah cerita mengenai kediaman tersebut berserta penghuninya. Larsen dan pasukan beliau menilai mood dan minda individu, kota, dan juga masyarakat di serata dunia. Ketiga-tiga tema ini mencerminkan salah satu penemuan yang penting serta kecenderungan sosiobudaya masa kini. Keheningan dalam kesederhanaan, kenaiman alam semula jadi, dan nostalgia sebuah kehidupan.
Tambah beliau, “Bagi kebanyakan kita, peranan kediaman kita dan apa yang kita inginkan daripadanya telah berubah mutakhir ini. Sebelum ini, ia berfungsi sebagai tempat berlindung di mana kita pulang dan berehat, tapi memandangkan kini kita lebih meluangkan masa di rumah, maka apa yang kita inginkan daripadanya juga turut berubah. Rumah kini telah menjadi wadah untuk bekerja, bermain, berehat, dan berhubung. Koleksi Warna Global baharu oleh Jotun menyedari kenyataan ini dan ingin menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kediaman mereka sebagai cerminan kepada apa yang mereka pentingkan. Untuk memilih warna yang dapat memberi mereka inspirasi, biar untuk apa jua tujuan. Untuk berhenti sejenak dan turunkan kreativiti dari hati. Tiga tema warna tersebut ialah:
SERENE PRESENCE Warna-warna yang halus, pastel selembut bayu, hijauan yang subur.
Memfokuskan konsep minimalis dan kesederhanaan, pelet ini telah dirumus untuk gaya hidup yang jernih dan bebas dari kekusutan. Warna-warnanya serba lembut lagi halus, mewujudkan suasana ala spa yang dapat membantu anda kekal tertumpu.
NATURAL GROUNDED Tona bumi yang suam, hijauan malap, warna-warna kuning dan jingga yang lembut.
Warna-warna dalam pelet ini membina titian ke alam semula jadi, selain memberi sentuhan ala kehidupan di desa serta menonjolkan kecantikan dan karakter yang dianggap “tidak sempurna”. Rona-rona landskap yang mendamaikan ini ideal untuk melahirkan estetika umpama sebuah rumah kebun, atau memetik gambaran sebuah desa yang terletak di pusat bandar.
CURATED LIVING Merah yang bersofistikasi, rona natural bak galeri, sentuhan warna biru.
Gandingan yang sempurna antara tona berbaur nostalgik serta warna-warna kontemporari, pelet yang bersifat abadi ini sempurna untuk mewujudkan suasana ala galeri di rumah anda. Ia memadankan elemen tradisional dan moden yang kondusif bagi ekspresi kreatif diri anda.
Sejajar dengan hasrat untuk mengisi jiwa, raga, dan minda orang ramai, Jotun akan menghoskan sebuah sesi kebersamaan selama sebulan dari 3 November hingga 4 Disember di The Paper, APW Bangsar di mana pelawat boleh mengunjungi ruang pameran bagi mendapatkan konsultasi warna daripada warga pakar kami, atau untuk memetik ilham. Anda akan disajikan dengan persembahan muzik oleh artis tempatan, bengkel membuat wangian untuk melengkapi warna kediaman anda, dan sesi perkongsian untuk membantu anda menggubah ruang kediaman yang diidamkan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI