Anda memiliki kediaman kecil? Itu bukan penghalang kerana masih ada cara ringkas dan mudah bagi menghias kediaman anda. Ia bukan sahaja murah bahkan membantu anda berjimat cermat. Apa yang penting adalah anda rajin memastikan ruang yang sekecil itu kekal tersusun bersih dan kemas.

 

1. Susun Atur Perabot

IKLAN

Pastikan susunan perabot anda tidak mengganggu lalu lintas di kawasan sempit ini. Ini bermakna elakkan perabot berbucu tajam dan juga mudah pecah seperti kaca jarang di tengah-tengah ruang yang ada. Benar, adakala tata atur nampak menarik di pandangan tetapi kita juga kena pastikan elemen praktikal. Ini penting apatah lagi sekiranya anda mempunyai anak kecil dan berbadan besar.

 

2. Saiz perabot perlu di ambil kira

Saiz perabot sangat penting dalam memastikan ruang kediaman kita tidak sesak dengan segala macam perabot. Jangan terlalu ghairah memilih perabot yang agak dempak dan bilangan yang banyak. Jika menghias ruang tamu, cukup dengan sofa dua tempat duduk sebagai sofa utama, sepasang cup sofa yang comel, bangku kiub atau bangku panjang sebagai pilihan lain.

 

3. Design perabot yang menarik

Lupakan sahaja jika anda mahukan kerusi sattee klasik yang hebat rekaannya. Apatah lagi pembuatannya yang agak besar, berat dan mengambil banyak ruang.. Pilihlah perabot yang lebih ringkas, sleek dan mesra ruang. Kini terdapat banyak rekaan perabot moden kontemporari atau moden klasik yang menarik rekaan dan material yang digunakan. Malah rangka yang lebih halus serta tahan juga merupakan pilihan yang sesuai dengan kediaman kecil.

 

IKLAN

4. Warna yang WOW!

Benar, warna adakala sangat peribadi di kalangan kita. Rona yang berbeza boleh membawa kepuasan yang berbeza kepada tuan rumah yang berbeza. Tetapi secara amnya, untuk ruang kecil, anda boleh memilih rona terang atau pastel yang menyejuk pandang . Pada masa yang sama suasana ruang juga lebih luas sesuai untuk kita melepas pandang. Elakkan memilih rona kayu atau rona bumi yang agak gelap seperti perang, coklat tua, hijau gelap dan lain-lain. Ini hanya akan menjadikan anda lebih resah dan tidak keruan.

 

5. Penggunaan Cermin

Cermin besar merupakan aspek penting dalam membantu anda mendapatkan ilusi ruang yang lebih luas. Biar pun ia sekadar ilusi tetapi ia membantu anda agar tidak merasakan rasa sesak atau tidak selesa. Ilusi juga mampu membantu kita untuk touch up dan sebagainya di ruang utama. Jadi ia boleh bertindak sebagai ruang serba guna. Malah cermin ini juga boleh dijadikan perhiasan utama di dinding ruang utama.

 

6.Samar warna dan bentuk

Adakala kita agak ghairah dalam menghias kediaman. Ruang yang kecil itu dihias dengan kertas dinding corak klasik yang sarat dan ronanya pula agak’berat’ seperti kelabu, coklat malah biru gelap. Malah kita juga mewarnakan dindig dan pintu kamar dengan rona kontra. Pilihan kontra boleh anda lakukan tetapi memerlukan teknik yang sangat tepat dan sentuhannya juga mestilah tidak keterlaluan. Selalunya bagi menyelamatkan keadaan, cat pintu kamar anda sama dengan dinding ruang kediaman anda. Ia menjadikan ruang lebih luas dan tidak mengganggu pandangan.

 


TIP : Jika boleh anda hias ruang yang ada dengan rona harmoni dan senada agar ia tidak terlalu kontra dan mengganggu fokus mata. Ia boleh dlakukan pada pemilihan kemasan lembut, aksesori dan bunga hiasan.


 

7. Kemasan Lantai

Kemasan lantai Selain daripada memilih jubin berwarna cerah, jika anda mendiami pangsapuri kecil, kemasan lantai kayu, lamina atau permaidani dilihat lebih sesuai. Adakala ruang kecil kita tidak memerlukan perabot yang banyak. Cukup hanya duduk di lantai ala Jepun dan bin bag yang selesa.

 

8. Kemasan dinding

Tidak salah jika anda memilih kertas dinding selain daripada cat. Namun usah terlalu ghairah memilih corak sarat dan terlalu kompleks. Anda juga boleh memilih pelekat grafik yang kini menjadi aliran malah jika berani boleh memilih kertas dinding bercorak pemandangan luas saujana mana memandang. Namun awas, perhatikan kelompok warna yang mendominasi gambar pemandangan tersebut. Ia juga memain peranan dalam membangkitkan mood pada ruang.

 

9. Pilihan Fabrik Seperti Langsir

Keliru dengan fabrik yang paling sesuai dengan kediaman anda? Seeloknya pilihlah langsir telus pandang yang ringan dan tidak nampak berat. Malah fabrik polos bertekstur juga dilihat sangat menarik dalam menjadikan ruang nampak tidak terlalu sesak dengan segala bagai corak dan warna.

 

10. Penstoran

Curi ruang untuk penstoran. Cuba bina kabinet bina dalam penuh sehingga ke siling pada ruang tamu boleh menempatkan hampir 50% barang keperluan anda. Kabinet televisyen yang maksima sehingga siling ini juga memudahkan anda mencari segala keperluan harian. Jika anda berani bolehlah memilih rekaan seperti ilusi sebuah dinding atau cermin muka.