Pasti ramai yang inginkan kediaman yang seindah ini bukan. Boleh saya katakan anda semua mampu untuk milikinya dengan syarat anda kena bijak untuk merancang agar dapat memiliki kediaman begini. Pastikan ada tahu apa yang ingin lakukan sebelum membuat renovasi dalam kediaman.
Renovasi tanpa perancangan khusus akan gagalkan dan merugi. Sebelum renovasi pastikan dapat master layout plan utk anda tahu hala tuju rumah anda. Design guideline agar anda jelas dengan warna, material dan texture agar anda yakin dengan hasil nanti. Dan cost estimation sangat penting kerana ini adalah rahsia kejayaan renovasi.
Harga tinggi tapi tak berkualiti anda rugi. Jadi jangan bazirkan wang anda tanpa berfikir panjang, ingat rancang dan kenal pasti bajet sebenar sebelum mulakan sesuatu. Lihat kediaman ini pastinya anda terinspirasi dengan sentuhan magis pereka hiasan dalaman Mamy Home yang pastinya akan menghasilkan kediaman mengikut kehendak pemilik serta bajet yang anda beri pada mereka.
.
Ads
.
.
Ads
.
.
Ads
.
.
Jika anda perhatikan dengan teliti kediaman ini dengan perincian dan kemasan yang diberikan agak-agak anda berapa tuan rumah ini telah berhabisan untuk menikmati rumah idamannya. Tuan rumah ini bijak berbelanja ye.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apa yang boleh anda lakukan dengan bilik tidur yang mempunyai saiz lebih kurang 8 kaki x 8 kaki? Letak sebuah katil bersaiz queen, sebuah almari dan meja solek dah penuh. Tapi, bilik tidur ini diubah suai lengkap dengan ruang menonton dan tempat simpanan tambahan seperti yang dikongsikan oleh Aircrag Marikit. Sudah pasti, konsep bilik seperti ini menjadi idaman si bujang yang pentingkan gaya dan keselesaan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mempunyai pembantu dapur sudah tentu memudahkan kerja bukan. Bagaimana pula jika pembantu dapur anda adalah si cilik yang baru mahu belajar masak.
Keletah anak-anak di dapur boleh mengundang senyum. Teruja mahu membantu ibu di dapur, mengaduk dan kacau masakan diatas api adalah perkara paling dinantikan mereka. Apa kan lagi kalau di ajak mem buat biskut atau kek di dapur, pastinya riuh rendah dengan si kecil.
Jangan halang mereka untuk menjadi pembantu dapur junior anda, kerana ini mampu menghapuskan rasa minat mereka untuk membantu anda pada masa akan datang. Ketahui langkah menyediakan persekitaran dapur selamat kepada anak supaya ia menjadi saat manis untuk kenangan mereka di ruang dapur.
Dress Code!
Pakaikan anak dengan apron yang bersih, jika tiada apron untuk kanak-kanak baju lama juga boleh digantikan sebagai apron. Yang penting, pakaian perlulah bersih dan tidak terlalu longgar, ini kerana mengelakkan agar baju yang longgar akan memudahkan tersambar dengan api di dapur dan sebaginya.
Ikat rambut anak anda jika panjang dan boleh mengganggu penglihatan dan mengelak kebarangkalian terkena api.
Peralatan Tajam
Jika anda membenarkan mereka untuk mengendalikan peralatan tajam di dapur seperti pisau, ajar mereka untuk jauhkan mata pisau dari diri sendiri. Jaga jarak mata pisau dalam keadaan yang selamat sewaktu kerja-kerja memotong. Ingatkan mereka untuk fokus sewaktu memgunakan pisau.
Elakkan Cedera Dari Terbakar
Sediakan potholders atau sarung tangan ketuhar kepada anak-anak untuk mengendalikan periuk, kuali, atau dulang panas. Posisikan pemegang periuk ke arah dalam supaya anak tidak terlanggar dan menyebabkan kemalangan yang tidak dingini berlaku.
Jangan minta anak kecil nyalakan api pada dapur gas.
Matikan soket sebelum plug off kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Kerja Mencuci
Jika anak membantu aktiviti mencuci pinggan mangkuk, ingatkan mereka supaya tidak mencurah airke dalam bekas yang mengandungi minyak yang masih panas, ini boleh menyebabkan terpercik dan melecur.
Pastikan tiada peralatan tajam berada di dalam sinki yang dipenuhi air.
Lantai Bersih Dan Ruang Kemas
Mop lantai serta merta jika ada tumpahan bagi mengelakkan anak jatuh tergelincir.
Pastikan laluan kemas dari sebarang objek supaya anak tidak terlanggar dan jatuh.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah dapur berbau kadang-kadang boleh membantutkan mood memasak. Anda tak perlu cari pewangi di pasaran kerana bau di dapur boleh dihilangkan dengan 3 bahan yang sedia ada di dapur. Ikuti tips ni!
1. Baking soda
Baking soda seperti yang kita ketahui mempunyai banyak manfaat dan kegunaan kepada kita. Tahukah anda, baking soda juga mampu menghilangkan bau yang kurang enak dalam peti ais? Caranya, anda hanya perlu letakkan bekas yang berisi baking soda dalam peti ais untuk beberapa hari.
.
2. Hirisan lemon
Hirisan lemon yang direbus selama 15 minit mampu menjadikan dapur lebih wangi dan beraroma segar,
.
3. Garam
Jika anda mempunyai masalah bau dalam pengisar, jangan risau. Bau tersebut dapat dihilangkan dengan air garam sahaja.
.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.