Bagi yang mendiami rumah bertingkat atau mempunyai strata seperti flat, apartmen, town house dan sebagainya, masalah siling bocor bukanlah sesuatu yang pelik. Yang menjadi isu adalah siapa yang harus dipertanggung jawab atau bagaimana cara untuk menguruskan isu ini lebih-lebih lagi jika tak dapat kerja sama dari unit atas?
Peguam hartanah En. Salkukhairi Abd Sukor berkongsi langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh unit yang terkesan.
Apa yang patut dilakukan jika pemilik mendapati terdapat kebocoran pada siling rumah strata mereka?
1. Buat aduan kepada pihak pengurusan (atau pemaju jika masih lagi dalam waranti).
2. Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak pengurusan/ pemaju di unit anda untuk mencari penyebab kebocoran dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan. (Peraturan 57).
3. Seksyen 142 Akta Pengurusan Strata 2013 menyatakan, jika kebocoran terdapat pada siling rumah anda, maka unit di atas yang harus dipertanggungjawabkan jika tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya.
4. Ini bukan bermakna automatik unit di atas yang mengakibatkan kebocoran. Justeru itu, pihak pengurusan boleh menjalankan pemeriksaan lanjut di unit tersebut demi mempercepatkan proses siasatan.
Ads
5. Bagaimana pula jika pemilik rumah enggan unitnya diperiksa oleh pihak pengurusan?
Menurut Peraturan 63, Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata 2015, sekiranya pemilik unit di atas anda tidak memberi akses ke unitnya untuk pemeriksaan, maka pemilik berkenaan boleh didapati bersalah dan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.
6. Jika berlaku kebocoran tersebut, daripada siapa kita boleh tuntut kerugian tersebut?
Ads
Ini bergantung sama ada harta tersebut masih dalam tempoh liabiliti kecacatan atau tidak.
Jika belum tamat tempoh liabiliti kecacatan, maka pemajulah yang perlu bertanggungjawab ke atas kerosakan itu manakala sekiranya sudah tamat tempoh liabiliti kecacatan dan terbukti unit di atas anda yang menyebabkan kebocoran, pemilik unit tersebutlah yang bertanggungjawab.
7. Kalau si pemilik unit tersebut gagal membaiki kebocoran itu sehingga menyebabkan pihak pengurusan terpaksa membaikinya, maka pihak pengurusan boleh tuntut kos pembaikan itu ditanggung oleh si pemilik unit itu.
Ads
Kalau nak tahu kupasan lebih lanjut, boleh baca terus pada perkongsian asal yang disertakan
Pelbagai kesilapan yang boleh menjadi punca kita menyesal beli rumah. Salah satunya, tidak meninjau dulu keadaan rumah dan kawasan sekeliling sebelum membuat keputusan untuk membeli.
Bagi membantu anda, lebih-lebih lagi pembeli rumah pertama, pakar hartanah Dr. Azizul Azli yang juga merupakan Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, ada berkongsi panduan melawat kediaman yang ingin dibeli. Mari kita semak.
PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELI
Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut
1. Lawatan Lebih Dari Sekali
Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya. Jangan percaya cakap jurujual ia dekat pekan, silap silap dalam hutan.
2. Lawatan Waktu Berbeza
Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam.
3. Lawatan Waktu Hujan
Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan. Lihat kejiranan kawasan rumah kita, air naik atau tidak.
4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan
Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman mereka. Atau Google cari berita kawasan itu.
5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat
Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa kena tumbuk muka semua rekod mereka ada. Banyak mana warga asing mereka tahu punya.
6. Matahari Petang Jatuh Dimana
Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti. Elak beli rumah yang kena matahari petang. Panas petang tak boleh bawa bincang.
7. Jangan Datang Seorang
Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila, sampai tak nampak kelemahan yang ada.
8. Tekanan Air Tinggi
Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi tinggi.
9. Pekerjaan Jiran Tetangga
Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu tetap ada.
10. Projek Akan Datang
Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin semakin berharga.
11. Jangan Kagum Rumah Contoh
Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.
12. Semak Pelan Ruang Dalaman
Jika rumah dah siap, lihat susun atur bilik baik atau buruk. Ada kediaman boleh nampak terus bilik air dari pintu utama. Itu malang namanya.
Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang.
Belajar himpun duit disini kawan kawan, ada panduan lengkap
Kebanyakkan rekabentuk rumah baru kini dibina dengan bumbung yang flat atau rata. Dasi segi estetiknya, sudah tentu design sebegini nampak lebih kontemporari dan sleek. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa hal yang perlu dititikberatkan sebelum memutuskan untuk membeli atau membina rumah dengan bumbung rata.
Ramai pembeli masih musykil dan ragu-ragu tentang hal ini jadi Dr. Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim dengan besar hatinya ingin berkongsi tips dan nasihat agar para pembeli tidak melakukan kesilapan yang akan memberi impak pada jangka masa panjang. Maklumlah, kos renovasi untuk bumbung sudah tentunya akan memakan belanja yang banyak. Kan rugi nanti.
Nota penulis :Perkongsian ini pada asalnya dikongsikan di laman facebook Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim atau Uniey Aras selaku seorang pensyarah Ukur Bangunan di Universiti Sains Malaysia. Artikel ini telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.
Jika disoal tentang perihal bumbung rata ini, Dr. Uniey berpesan supaya jangan panik apabila sudah terbeli atau memiliki rumah dengan flatroof kerana tidak semua bumbung rata memberi masalah. Berikut adalah pandangan beliau melalui ciri-ciri rekabentuk bumbung rata dan kesan terhadap penyenggaraan bangunan. Bumbung yang rata ini tidak akan menimbulkan masalah jika:
– Ada sedikit kecuraman pada bumbung.
– Sambungan bumbung rata kepada setiap elemen utama bangunan seperti dinding dan bumbung rata dilihat melalui menggunaan flashing atau tidak nampak dari luaran, bermaksud terdapat lapisan kalis lembap dalam perincian sambungan bumbung rata ke dinding.
– Material yang digunakan melalui perincian elemen bumbung rata atau dikenali sebagai flat roof detailing yang lengkap.
Masalah juga akan timbul sekiranya terdapat kelemahan kualiti dari perkara di atas.
Contohnya:
1. Masalah kualiti lepaan di mana kontraktor tidak memastikan bumbung tersebut dlm keadaan sedikit curam mahupun meratakan permukaan. Akibatnya, bumbung akan menakungkan sedikit air apatah lagi kandungan yang banyak.
2. Kelemahan dibahagian sambungan. Tiada lepaan Damp Proof Course (DPC) dari bumbung ke dinding untuk elakkan serapan air, atau, tiada flashingsheets seperti aluminium diletakkan di sambungan ini untuk mengelakkan air meresap melalui percikan air hujan.
3. Penggunaan material kalis air tidak digunakan bagi mengelakkan serapan air. Serta tidak mempunyai saluran tread di bawah bumbung rata. Tread merupakan satu garisan lurus dan panjang serta mempunyai kedalaman lebih kurang 3mm dan lebar lebih kurang 10mm. Tujuan elemen ini adalah untuk mengelakkan air hujan yang mengalir di tepi bumbung rata lalu melimpah dan mengalir masuk ke bahagian tengah bumbung.
Kerosakan bagi kelemahan di atas, pembeli akan menerima:
1. Siling dan bumbung berkulat akibat dari kelemahan kontraktor meratakan lepaan mahupun tidak membenarkan sedikit kecuraman air.
2. Air turut meresap ke elemen bangunan lain sepert dinding dan siling bangunan utama.
3. Air yang kerap mengalir menyebabkan ‘kebocoran’ di kawasan bawah bumbung rata sekiranya waktu hujan lebat.
Namun begitu, jika kesemua ini telah diambilkira oleh kontraktor dan arkitek, perkara ini tidak akan terjadi atau proses pertumbuhan kulat mungkin boleh dilambatkan. Oleh itu, bagi memastikan bumbung rumah anda ada elemen di atas, apa yang pembeli boleh buat adalah dengan melakukan sedikit ujian keselamatan.
1. Ujian laluan air. Anda perlukan getah paip yang panjang. Alirkan air yang sangat banyak ke atas bumbung kemudian lihat arah air itu mengalir. Jika air tiada arah atau tidak selari, bermaksud bumbung anda tiada kecuraman. Oleh itu, anda ambil spirit water level yang boleh didapati di hardware dengan harga kurang RM10 untuk letakkan di tengah tengah dan tepi bumbung rata tersebut. Lihat spirit level berkenaan. Buih itu duduk di tengah-tengah atau menyenget. Seharusnya ia menyenget. Lihat kecenderungan buih dalam garisan air tersebut. Buih seharusnya keluar dari garisan tengah. Di mana kedudukan buih berada bermaksud di situ kawasan lebih tinggi.
Jika terdapat buih di tengah, anda tunggu sebentar sehingga hampir 70% air mulai kering. Lihat kawasan takungan air. Di mana kawasan air bertakung itu bermaksud, di situ contractor tidak melakukan lepaan rata dengan baik. Pastikan takungan tidak langsung berlaku walaupun kedalaman takungan hanya 1mm. Anda ambil gambar dan majukan kepada kontraktor untuk pampasan. Tetapi boleh tuntut dalam tempoh DLP. Jika tidak, anda perlu baiki sendiri.
2. Ujian kedua adalah melalui pemerhatian. Anda kena lihat di setiap sambungan bumbung rata ke dinding. Ada atau tidak kepingan aluminium sama ada di cat atau tidak, ia seharusnya di situ. Jika tiada, ini sedikit rumit. Anda perlu lihat, jika hujan lebat, ada atau tidak resapan air ke dalam (1) dinding atau siling rumah anda yg saya pasti, kawasan ruang tamu atau bilik utama atau (2) resapan air di bawah siling garaj kereta sambungan ke dinding luar rumah. Ambil gambar untnk tuntutan jika masih di bawah DLP atau puan perlu baiki dengan saranan di atas (No 2)
3. Ujian observation melihat ada ya “tread”. Lihat di bawah bumbung rata di kelilingnya. Pastikan ada satu alur dgn kedalaman 3mm dan jaraknya lebih kurang 100mm dr tepi bumbung rata anda. Dan dari masa ke semasa, anda kena pastikan alur ini tiada kulat, perlu dibersihkan. Jika tidak, air akan melalui di atas kulat berkenaan dan masalah yg sama turut terjadi. Jika tiada tread, tidak mengapa cuma akan ada lembapan kelak. Anda ambil gambar dan buat aduan. Jika tidak, anda terpaksa membuat tread tersebut dgn menebuk lubang siling dan alur berkenaan.
Tambah Dr. Uniey lagi, “Tidak semestinya bumbung rata itu ada masalah. Bagi mata kasar saya, masalah yang berlaku hanya di luar bangunan. Namun begitu, sebagai pembeli anda cubalah jalankan ujian yang saya sarankan tadi.”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bayangkan jika kediaman anda terletak dilereng bukit dengan deruan angin segar serta pemandangan yang luas tanpa halangan. Inilah yang dikatakan dengan syurga dunia. ‘Rumahku Syurgaku’ di mana anda masih boleh miliki kediaman seumpama ini. Jom! IMPIANA kongsikan pengalaman IMPIANA tatkala berada di kawasan kediaman tersebut.
Ervina di Ara Sendayan kini menjadi buah mulut ramai dengan lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur serta kedudukan lokasi yang cukup strategi. Siapa yang tidak mahu kedudukan rumah mereka tinggi dari kediaman lain. Di tambah pula dengan pemandangan luas tanpa dihalang dengan bangunan atau binaan lain.
Baru-baru ini IMPIANA ada bercerita mengenai mengapa harus miliki kediaman di Sendayan. Tetapi kali ini, kami bawa para pembaca jelajah kediaman pilihan IMPIANA. Lokasi perumahan Ervina ini cukup eksklusif dengan hanya 46 unit sahaja dibina di atas bukit. Ha! Bayangkan anda salah seorang pemilik tersebut. Ervina merupakan fasa kediaman terakhir Ara Sendayan iaitu kawasan kediaman kepadatan rendah yang eksklusif. Kediaman pegangan bebas jenis Semi-D dua tingkat ini ada empat jenis keluasan;
Type A – 45’ x 85’ / 50’ x 100’
Type B – 45’ x 100’ / 50’ x 100’
Type C1 – 70′ x 85′
Type C2 – 70′ x 85′
Kediaman Ervina ini bakal memberi kepuasan yang maksimum kepada setiap pemiliknya. Bukaan kediaman yang luas mampu memberi keselesaan bagi yang baru berumah tangga mahupun sudah dan ingin menambah ahli keluarga. 4 bilik tidur, 5 bilikair, 1 powder room dan 2 bilik utiliti sudah pastinya selesa.
Menariknya lagi pemilik Ervina ini akan dibekalkan dengan Broadband percuma selama satu tahun dan keselamatan terjamin dengan pemasangan CCTV lengkap serta penggera keselamatan berserta butang panik.
Pada kebiasaannya bila anda membeli rumah, pemilik akan mula berfikir dekat mana nak letak penghawa dingin dan mula menebuk dinding dan sebagainya bukan. Di Ervina 7 nos tempat penyaman udara dan 8 nos kipas siling telah disediakan.
Kemasan lantai kayu dari tangga, ruang keluarga dan bilik tidur pada tingkat atas membuatkan kediaman ini terasa tenang dan nyaman. Kediaman di Ervina ini lengkap dengan sistem solar air panas dan rain water harvesting system. Hmmm…. Susahkan nak bandingkan dengan kelebihan yang pemaju Matrix Concepts ini berikan berbanding dengan rumah yang lain.
IMPIANA memang berkena sungguh dengan kediaman ini. Satu lagi sebelum terlupa nak kongsikan bersama anda, jika anda memiliki rumah disini keahlian eksklusif di Country Club d’Tempat secara percuma sehingga lapan tahun untuk anda.
Selain itu fasiliti seperti Sunken Seating, Amphitheater, gazebo atau dek tinjau, taman permainan, Outdoor Gymnasium, Cheese Play Wall, Reflexology Path dan Barbeque Pit melengkapkan kediaman Ervina ini untuk aktiviti bersama keluarga.
Tergoda dengan kediaman ini? Pasti anda sedang tersenyum dan mula berbincang untuk pergi melihat dan merasai keindahan dan suasana di sanakan. Jadi, mulakan perancangan masa depan anda bersama pelan Matrix’s HomeMade dan nikmati ganjaran berganda. Kalau anda nak tahu apa kelebihan yang pihak Matrix’s berikan pada semua pemilik ialah duti setem dikecualikan (Di bawah Kempen HOC 2020), percuma yuran guaman, percuma perkhidmatan internet jalur lebar selama setahun dan banyak promosi lagi! Tunggu apa lagi!
Jika hati dah mula berkenan tunggu apa lagi layari www.arasendayan.com.my atau hubungi talian bebas 1800882688 atau terus ke Matrix Galleria @ Ara Sendayan.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.