Kalau simpan daging, ayam atau pun ikan, sebelum dimasak perlu nyah beku. Tapi, macam mana kalau kita nak gunakan sebahagian je dari bahan yang telah dibekukan? Kalau nak di nyah beku dan simpan semula, ia akan menjejaskan kualiti bahan tersebut.
Ila Aja berkongsi kaedah praktikal untuk menyimpan bahan beku supaya mudah dan cepat untuk digunakan
Pernah tak puan-puan kalau nak masak keluar bahan mentah untuk dilembutkan semua 1 bekas padahal nak guna bukan semua pun. Kan senang kalau nak 1 keping, ambil jer sekeping walaupun dalam keadaan beku. Saya kongsi cara ni kalau boleh dimanfaatkan bersama. Cara ni boleh digunakan juga untuk daging, ayam, sotong, udang dan lain-lain
IKLAN
Susun daging mentah dalam piring jarak-jarak macam ni, masukkan ke dalam freezer untuk dibekukan. Untuk ayam, udang, sotong pun sama caranya.
Bila dah beku, bolehlah dileraikan dari piring. Saya guna piring nipis untuk mudah twist sikit, senang terpisah daging dari piring.
IKLAN
Bila dah terpisah dari piring, akan jadi sekeping-sekeping macam ni
IKLAN
Bolehlah masukkn ke dalam bekas. Ayam pun saya guna cara yang sama. Hasilnya begini la, kalau keluarkan dari freezer, daging akan jadi terpisah macam ni, jadi mudah untuk kita nak keluarkan berapa banyak yang nak gunakan tanpa perlu keluarkan semua dalam 1 bekas tu. Harap bermanfaat & memudahkan kita di dapur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruang penstoran atau penyimpanan yang terhad merupakan salah satu punca kediaman kelihatan tidak teratur dan bersepah. Selain itu, permasalahan ini juga boleh dikatakan berpunca dari kegagalan pemilik kediaman untuk menyediakan tempat menyimpan yang khusus bagi barang-barang tertentu.
Apa pula penyelesaian jika kabinet, almari serta laci yang terdapat dirumah sudah penuh tetapi barang sentiasa bertambah?
Jangan risau, kerana anda boleh jadikan perkongsian saudari Sentuhan Dania yang beliau ilhamkan sendiri ini sebagai inspirasi. Selain mendapat solusi ideal bagi menambah ruang penstoran, anda juga dapat jimat banyak! Kerana dengan bajet keseluruhan tidak sampai RM15 pun, kediaman berjaya diubah menjadi lebih kemas tersusun.
Jom kita cuba bersama.
Hasil DIY hari ini.. Dengan bersungguh-sungguh saya ke kedai ECO. Bakul tu 1 ikat RM2.10, ada 2 bakul. Kiranya 1 bakul RM1.05. Cable tie pun beli di ECO sahaja. Kayu pula, saya ambil saja di stor saya. Moadal semua tak sampai RM15, marilah kita berjimat..
CARA-CARA MEMBINA RAK BAKUL BERTINGKAT
BAHAN DAN KOS YANG DIPERLUKAN;
1. 4 set bakul (8 bakul keseluruhan) = RM8.40
1 set ada dua bakul
2. 3 atau 4 batang kayu
3. Cable tie dan roda (optional)
4. Ikatkan kayu pada bakul menggunakan cable tie. Saya guna 3 batang je, sebab kayu tak cukup, tapi and aboleh juga gunakan 4 batang kayu untuk lebih stabil.
Memang menarik idea ni. Anda juga boleh serlahkan kreativiti dengan mengecat rak bakul mengikut citarasa masing-masing. Pasti lebih menarik!
Selamat mencuba, semua.
Jika lihat tumbuhan pokok pada gambar yang tertera, sudah pasti anda mengenali dengan pokok daunan yang bernama Pandan ini. Boleh kata hampir di setiap rumah ada yang menanamnya di halaman rumah.
Umum mengetahui, selain kegunaannya sebagai penambah aroma atau perisa kepada makanan, minuman dan penggunaannya yang lain, pokok daun Pandan ini terkandung banyak khasiat kepada kesihatan tubuh badan.
Bukan sekadar itu sahaja, pokok daun Pandan ini juga mempunyai lebih 10 khasiat kebaikan kepada tubuh badan mengikut petua orang kampung antaranya:
Menurunkan darah tinggi
Caranya, rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas sahaja kemudian minum air rebusan tersebut.
Mengubati lemah saraf
Ambil 3 helai daun pandan lalu dicuci sehingga bersih kemudian dipotong. Selepas itu, rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah air rebusan suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Mengatasi lemah syahwat
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat kaum lelaki. Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba serta tiga helai daun pandan yang telah dicuci bersih dan potong kecil-kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
Menurunkan bacaan gula
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang, kemudia cuci sehingga bersih lalu rebus dan buat ramuan air itu sebagai minuman segelas pada setiap pagi dan petang.
Sebagai Pembersih Wanita
Rebus daun pandan bersama daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sikit garam. Setelah air rebusan menjadi suam, lalu boleh dijadikan sebagai pembersih wanita.
Merawat gaot
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas, setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang, amat disarankan untuk buat setiap hari.
Menghilangkan bau badan
Kisarkan daun pandan dengan buah limau kastri, kemudian gosok dan sental ramuan yang telah dikisar pada badan seperti ketiak. Akhir sekali, gunakan sabun pencuci badan dan bilas dengan air bersih.
Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh badan lebih sihat.
Menurunkan kolesterol
Selain menurunkan tekanan darah tinggi, dengab mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh badan.
Mengatasi sembelit
Air rebusan daripada daun pandan dan minum airnya dipercayai juga boieh mengatasi masalah sembelit.
Melembutkan daging
Jarang-jarang kita dengar dengan menggunakan daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging. Tetapi mengikut petua orang kampung, ia dipercayai berkesan untuk melembutkan daging yang liat dalam masakan.
Menaikkan selera makan
Mengikut petua orang kampun, dipercayai dengan meminum sehari 2 gelas air rebusan daun pandan dapat menaikkan lagi selera makan anda.
Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada cepat basi.
Merawat rambut
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Kemudian basuh kepala dengan syampu dan bilas dengan air sehingga bersih.
Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan buah pisang.
Merawat resdung, jarawat dan jeragat pada wajah
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
Sebagai pewangi
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah sebagai pewangi dan penghalau lipas semulajadi.
Merawat masalah susah tidur
Ambil daun pandan, kemudian jemurkan ia di bawah sinar matahari sehingga kering. Lalu, digunting kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam sarung bantal.
Perasa dan warna asli
Kisarkan daun pandan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan sebagai cecair perasa dan pewarna asli makanan atau minuman.
Buang angin dalam badan
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu, biarkan air rebusan menjadi suam lalu diminum.
Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari selepas bersalin.
Sumber: Facebook Kedah Gazette
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Apa khabar orang-orang Perak sekalian? Sihat ke? Ini ada satu khabar berita gembira bagi anda yang tinggal atau menetap di sekitar negeri Perak Darul Ridzuan.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, gedung kelengkapan rumah, IKEA Malaysia kini menawarkan promosi istimewa diskaun pemotongan harga caj penghantaran ke seluruh negeri Perak melalui trak daripada serendah harga RM163 sahaja.
Bagaimanapun, harga terendah yang ditawarkan ini untuk kawasan yang terpilih sahaja antaranya di bandar Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Seri Iskandar, Tanjung Malim dan banyak lagi.
Jika anda lihat pada gambar rajah di bawah juga telah tertera senarai harga caj penghantaran di beberapa kawasan lain seperti Kuala Kangsar, Sungai Siput dan Tapah bermula serendah harga RM218 sahaja.
Sebelum ini, IKEA telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM258 kepada setiap pelanggan yang mahu membuat penghantaran ke negeri Perak melalui trak.
Jadi, tawaran promosi ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda mendapatkan penjimatan yang lebih ketika berbelanja di gedung kelengkapan rumah IKEA.
Namun, tawaran istimewa ini hanya boleh dinikmati menerusi pembelian secara dalam talian dan para pelanggan di gedung IKEA cawangan Batu Kawan, Pulau Pinang sahaja.
Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, anda boleh layari laman sesawang www.ikea.com.my.
Foto/Sumber: Ikea Official Website/ Twitter @Twt_TanjongMalim
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.