Se (19)

Telur antara bahan masak paling mudah, cepat dan sedap. Tak ada telur, macam tak lengkap bahan dapur walaupunya hanya keperluan asas. Tapi, telur ni kebiasaanya seminggu je elok, lepastu dah mula kuning nya pecah bila masak.

Tapi, Yatie Eimra ada cara macam mana nak simpan telur supaya tahan lama dan macam mana nak kenalpasti telur yang kita beli tu masih baik untuk digunakan.

Macam mana cara korang simpan telur ayam ye?

Pernah tak telur yang korang beli tu busuk/rosak sebelum tarikh luput? Saya selalu beli telur tanpa suntikan antibiotik (free antibiotics) atau telur ayam kampung. Yang saya perasan telur ni lagi cepat rosak berbanding telur ayam biasa sedangkan tarikh luput masih lama lagi.

Sebelum ni memang basuh telur bila nak guna je. Tapi sebab selalu sangat masalah telur rosak walaupun baru seminggu, sekarang ni memang wajib buat ujian rendam telur ayam dulu sebelum simpan Hampir tiap kali juga ada sebiji-2 telur yang dah separa terapung. Bila dah tahu mana telur yang lama, bolehlah guna/masak dulu. Cara ni juga sesuai untuk yang suka beli telur dalam kuantiti banyak tapi lambat habiskan tu

Cara nak uji kesegaran telur ayam

1. Basuh & bersihkan telur dari kotoran.
2. Sediakan bekas jernih (lebih tinggi dari paras telur). Isikan air paip. Masukkan 1 per 1 telur. Pastikan tak terlalu padat & masih ada ruang.
3. Perhatikan kedudukan telur dalam air.


Telur baru = tenggelam dengan posisi melintang
Telur >1 minggu = tenggelam dengan posisi sedikit condong
Telur 2-3 minggu = tenggelam dengan posisi tegak (bahagian runcing di bawah)
Telur lama = separa terapung
Telur rosak = terapung sepenuhnya.

Simpan Telur Dalam Beras Macam Ni Tahan Lebih Lama Dari Tarikh “Expired”

Simpan Telur Dalam Beras Macam Ni Tahan Lebih Lama Dari Tarikh “Expired”

IKLAN

*sebelum ni saya cuba simpan seminggu lagi telur ayam yang tenggelam dengan posisi tegak, tapi bila direndam telur ni tenggelam condong pulak. Makin lama barulah akan jadi separa terapung. Agak susah nak bezakan samada telur yang tenggelam condong ni lebih dari 1 minggu atau lebih dari 3 minggu. (saya habiskan yang terapung & condong ni dulu)

*telur terapung sebab banyak kandungan udara tapi tak semestinya dah rosak. Pada peringkat ni, isi telur semakin cair tapi ada yang masih boleh dimakan. Kalau goncang & cair tu.. Terus je pecahkan dalam bekas. Kalau nasib baik, boleh dimakan lagi.. Yang dah busuk tu, ke sinki aje lah jawabnye..

Cara simpan telur yang dah dibasuh agar tahan lama

Telur ni sebaiknya yang nak disimpan tak perlu dibasuh sebab kat kulit telur ada 1 lapisan pelindung (kutikel). Kutikel ni fungsi dia melindungi pori halus pada kulit telur dari masuk udara & bakteria.

Tapi bila telur ayam dah dibasuh, kutikel akan hilang & pori² halus akan terdedah sebabkan telur tak boleh tahan lama. Telur perlu disimpan dalam fridge dalam bekas khas untuk telur atau bekas bertutup supaya tak serap lebih banyak udara/bau²an lain.

IKLAN

1. Asingkan telur ayam yang telah dibasuh ikut tahap kesegaran. Tos kering. Gunakan tisu dapur/kain supaya cepat serap air.

Simpan Telur Dalam Beras Macam Ni Tahan Lebih Lama Dari Tarikh “Expired”

2. Bila dah kering, susun telur yang lebih segar dalam bekas bertutup yang dah ditabur dengan beras sikit. Beras ni berfungsi serap segala lembapan/wap air yang terbentuk dalam bekas. Boleh gunakan beras yang sama untuk telur yang berikutnya. Tapi dalam beberapa bulan, perlu tukar beras baru bila beras dah mula berkulat.

Simpan Telur Dalam Beras Macam Ni Tahan Lebih Lama Dari Tarikh “Expired”

IKLAN

3. Untuk lapisan ke-2, susun telur yang lebih lama (supaya guna telur lama dulu). Gunakan tisu dapur atau kain sebagai alas untuk elakkan telur ayam retak/pecah.
4. Tulis tarikh expired/best before (BB) pada bekas supaya tak lupa.

Simpan Telur Dalam Beras Macam Ni Tahan Lebih Lama Dari Tarikh “Expired”

Nota kaki:

*Gambar telur ayam sebiji tu, dah 2 minggu lepas tarikh luput. Saya sengaja simpan untuk tunjuk telur ni masih elok. Biasanya 2 minggu sebelum tarikh luput lagi dah rosak. Semenjak simpan cara ni, dah tak pernah buang telur lagi.

*Cara ni sesuai untuk mereka yang selalu alami masalah telur rosak

Simpan Telur Dalam Beras Macam Ni Tahan Lebih Lama Dari Tarikh “Expired”

sebelum tarikh luput & beli telur banyak tapi lambat habiskan. Kalau yang dah memang confirm habiskan, baik simpan macam biasa je. Boleh juga guna cara ni untuk simpan balance telur yang tarikh expirednya tinggal lagi seminggu untuk panjangkan jangka hayat & supaya rasa telur tak terjejas

*Saya bukan nak galakkan simpan telur lama², tapi sekarang ni nak elakkan telur rosak sebelum tarikh luput & nak elak pembaziran. Harap maklum ye.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI