Konsep kediaman Scandinavian sememangnya sudah lama mendapat tempat dihati masyarakat tempatan yang gemarkan gaya ringkas yang tampak nyaman dan kemas.
Kali ini IMPIANA ingin membawakan intrepretasi seorang 3D Visualiser yang berasal dari Kuching, Sarawak tentang dekorasi yang bertemakan minimalis skandinavia.
En Hamini Madini merupakan pemilik rumah teres dua tingkat yang berkeluasan 760 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air telah memilih tema warna hitam dan putih sebagai warna utama untuk kediaman mereka.
“Kediaman ini berjaya disiapkan dalam masa dua bulan dan saya mula pindah masuk semasa bulan Ramadhan yang lepas dan segala susun atur di kediaman ini kami merujuk kepada laman perkongsian gambar atas talian iaitu pinterest“,katanya.
Selain itu, segala kelengkapan di rumah ini ada yang ditempah khas, dari Ikea, SSF dan kedai perabot yang berdekatan dengan rumahnya.
Lantainya ditatarias dengan Lush Vinyl Interlock Plank manakala dinding utama ditatah dengan White Artificial Brick. Walaupun memilih warna monokrom, tetapi beliau berjaya mencuri pandangan tetamu dengan meletakkan kerusi sandar berwarna kuning serta memasang two seater minibar sebagai partition di antara ruang makan dan dapur.
Berikut adalah idea yang dikongsikan oleh En Hamini Madini serta isterinya yang berkonsepkan minimalist skandinavia. Selamat mendeko!
Sebelum (Dapur)
Ads
Selepas (Dapur)
Sebelum (Ruang Tamu)
Selepas (Ruang Tamu)
Ads
Sebelum
Selepas
Sebelum (Koridor Tangga)
Ads
Selepas (Koridor tangga)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruangan outdoor peribadi adalah impian bagi kebanyakan orang yang tinggal di bangunan tinggi seperti apartmen atau pangsapuri di sekitar bandar. Biarpun ia hanyalah sebuah balkoni kecil, ruangan seperti ini amat berharga lebih-lebih lagi buat mereka yang mahu dekat dengan alam sekitar kerana sudah penat terkurung didalam rumah tanpa halaman.
Jika anda bernasib baik untuk mempunyai ruang ini di rumah high-rise anda, maka wujudkan sebuah santuari atau tempat untuk keluarga dan rakan-rakan duduk bersantai menikmati keindahan pemandangan.
Ini bermakna anda perlu lakukan lebih daripada sekadar meletakkan rumput karpet dan kerusi sahaja. Tidak kira berapa kecil pun, balkoni anda mempunyai banyak potensi reka bentuk. Sedang mencari idea untuk menghias cantik balkoni anda? Teruskan membaca untuk 5 idea menarik dan lihat bagaimana anda boleh mengubah ruang luar anda 100%!
#1 BINA TEMPAT DUDUK BUILT-IN
Maksimakan penggunaan ruang anda dengan membina bangku atau tempat duduk. Selain itu, anda juga tidak perlu risau perabot diterbangkan angin.
#2 LETAKKAN BEANBAGS ATAU BANTAL
Jika perabot built-in adalah diluar kemampuan atau anda hanya menyewa, boleh juga letakkan beberapa beanbang atau bantal besar yang empuk di atas lantai untuk suasana ala picnic.
#3 BAWA TUMBUHAN HIDUP
Penuhi ruang in dengan tanaman atau tumbuh-tumbuhan hijau yang segar dan subur untuk mewujudkan perasaan nyaman.
#4 BUAT SESUATU PADA DINDING
Jangan hanya biarkan dinding di balkoni kosong tanpa sebarang fungsi. dDengan ruang yang terhad, anda perlu gunakan semuanyan dengan bijak. Gantung pasu atau lampu pada dinding sebagai contoh.
#5 BERIKAN DIRI ANDA PRIVASI
Jika anda mahukan lebih privasi daripada jiran-jiran sekeliling, anda boleh saja gunakan tumbuhan ataupun perhiasan tinggi yang secara tidak langsung bertindak sebagai penghadang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cegah Serangga Di Kebun, Sembur Je Air Rendaman Kulit Bawang. Biasalah, kalau dah berkebun tu mesti anda akan alami masalah serangan semut, ulat beluncas, thrip, bena dan lain-lain. Biasa lah, kalau si perosak ni menyinggah tanaman, kalau tak diselesaikan segera memang boleh undang mudarat seisi kebun.
Mudah je nak atasi. Anda boleh pilih penggunaan pencegah dan pembasmi serangga komersial yang mengandungi bahan kimia berjadual, atau boleh pilih pencegah organik. Sebelum ni, Impiana dah kongsikan pelbagai resepi pencegah serangga organi yang mudah seperti bunga cengkih, kulit limau, nasi basi dan pelbagai lagi.
Ada satu lagi resepi pencegah serangga dari sisa dapur yang Impiana nak kongsi iaitu kulit bawang. Resepi pencegah serangga ni dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad. Jom kita lihat cara penyediaannya
Ni satu lagi petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara saya bg kat bawah. Dah tiga hari guna, puas hati rasanya.Semut kecik dan semut hitam dah x ada.
Ni bawang bawang yag telah dikupas. Mereka sedia untuk membawang. Yang ni guna untuk masakan sahaja.
Kulit kulit bawang rendam sekejap aje dalam beberapa minit.
Kemudian,isi air penuh dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya. Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Selapas dua hari, tapis airnya dan masukkn dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yang besar sekali, contoh botol jus oren twister. Tambah air paip bagi penuh. Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air. Lepas tu spray pada pokok yang brmasalah setiap pagi dan petang selang sehari. InshaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan bahan dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.