Memiliki rumah adalah impian setiap individu, tetapi komitmen jangka panjang seperti hutang rumah sering menjadi beban yang membelenggu kehidupan.
Namun, tahukah anda bahawa hutang rumah anda boleh dilangsaikan lebih cepat, malah dalam separuh daripada tempoh asalnya? Dengan strategi yang betul, anda mampu menyelesaikan hutang rumah dari 25 tahun ke hanya 12 tahun sahaja!
Tip singkatkan hutang rumah dari 25 tahun ke 12 tahun
1. Bayaran bulanan lebih
Setiap bulan bayar ekstra RM100 hingga RM150 kepada bank. Tapi, jika pada bulan itu tiada lebihan, bayar ikut jumlah yang ditetapkan sahaja supaya tidak berasa tertekan.
2. Lebihkan bayaran tahunan
Jika syarikat tempat bekerja sering memberi bonus tahunan peruntukkan sejumlah wang bonus untuk lebihkan bayaran bulanan kepada bank.
Kebiasaannya, peminjam akan buat bayaran untuk tempoh 12 bulan sahaja, tapi lebihkan bayaran 13 hingga 14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!
3. Gunakan duit KWSP
Tip ini paling banyak membantu. Boleh keluarkan duit KWSP dari Akaun 2 untuk mengurangkan baki pembiayaan.
Apabila berjaya keluarkan, terus nyatakan kepada pihak bank bahawa duit tersebut untuk bayar prinsipal. Kaedah bayaran prinsipal ini akan menguntungkan peminjam.
SUMBER : Faizal Rahmat.
Mesti Baca: Intan Najuwa Tempah Katil Bayi, Pilih Warna ‘Pink’ Untuk Anak Sulung
Baca Lagi Di Sini: Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!
Artikel Menarik: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI