Sinki yang berbau dan tersumbat adalah masalah yang sering dihadapi oleh banyak rumah. Pernah tak anda perasan, dapur anda wangi, sampah sudah dibuang, lantai dimop licin dengan pewangi, tetapi masih lagi ada bau yang tidak menyenangkan datang dari dapur.
Apa kata anda cuba check singki dapur atau di bilik air, banyak tak harta karun yang tersimpan dalam paip saluran?
Nasi dalam kalangan kita adalah makanan ruji dan wajib ada, tetapi sebelum anda memakannya dengan penuh nikmat, pastikan anda membasuhnya dahulu, sewaktu membasuh, pastikan anda tahan betul-betul beras yang sedang ditanak dari jatuh ke dalam singki dan masuk ke dalam paip dan sama juga selepas makan, sisa nasi haruslah dibuang dahulu ke dalam tong sampah, bukannya dialirkan ke dalam singki, akhirnya singki anda tersumbat, bau jadi kelat habis satu rumah.
Bayangkan anda ingin membuat kek yang lazat, telur dan tepung menjadi ramuan utama, tetapi anda lupa, semasa penyediaanya, anda lupa untuk melupuskannya dengan cermat, ke mana lagi kalau tidak ke dalam saluran singki, gabungan air dan tepung, diayak dengan kocakan air di dalamnya, maka jadilah adunan busuk di dalam singki kediaman. Bau busuk, of course la in the making.
Antara bahan utama yang menjadi penyebab kepada singki serta saluran paip kediaman tersumbat adalah disebabkan rambut. Ketebalan rambut manusia berupaya untuk menghalang kelancaran saliran air sekaligus mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. cukup segumpal rambut yang tersumbat, anda kena panggil tukang paip profesional untuk membaiki sistem paip di rumah anda. Kalau anda tinggal di rumah tanah, mungkin kurang sedikit belanjanya, tapi kalau rumah high rise, faham-fahamlah…..
Jangan pelik kalau anda korek dalam paip saliran singki dapur, anda akan terjumpa pelekat label harga makanan dan yang paling tidak munasabah adalah bungkusan makanan. Mungkin bukan anda yang buat atau orang lain, tapi disebabkan kemalasan seseorang ahli daam rumah, semua orang kena tanggung bau busuk yang timbul dari singki. Jadi sama-samalah kita asingkan segalanya dari singki dan buang dalam tong sampah.
Gejala sebegini banyak kita temui dalam lubang tandas duduk atau cangkung serta tidak ketinggalan dalam singki tidak kira bilik air ataupun dapur. Anda sudah cemari ruang udara awam orang lain, kini anda telah menjemput bau yang kurang enak dari dalam paip. Kalau di tandas, bila sudah tersumbat, selepas menarik tangkai flush, air yang tersumbat dengan puntung rokok, serta sampah dan ‘bahan’ lain, akan terpercik ke atas. amat malang bagi mereka yang terkena percikan tersebut.
Ada yang beranggapan bahawa jika pil ubat dibuang dalam air biasa, ianya akan hilang atau terhakis, tetapi tidak. Ianya kerana pil ubat sebegini akan hancur hanya di dalam badan manusia kerana badan kita mempunyai asid yang boleh melarutkan pil ini. Jika dalam saluran paip, ia adalah air biasa dan jika ianya pecah dan bercampur dengan air biasa, air tersebut akan tercemar kerana sifat ubat berkenaan mempunyai tarikh luput yang tersendiri. Itu sebab dala arahan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak kesihatan mengarahkan kita untuk memulangkan semula ubat terutamanya pil sebegini untuk dilupuskan dengan cara yang betul, bukan dengan membuangnya ke dalam singki atau lubang tandas.
Kredit penghargaan gambar: Bright Side