Dalam bercucuk tanam, pemilihan baja merupakan salah satu faktor penting yang menentukan kualiti dan kuantiti hasil tanaman.

Penggunaan baja kimia secara berlebihan telah lama dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan dan kelestarian alam sekitar. Oleh itu, baja kompos muncul sebagai alternatif yang lestari dan mesra alam untuk mengembalikan nutrien tanah tanpa merosakkan ekosistem.

Buat Baja Kompos Organik. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!

Jika sebelum ini, sisa dapur terutama kulit sayur, kerak nasi selalu kita masuk dalam tong sampah saja. Tapi kalau di rumah ada bercucuk tanam elok kalau guna semula sisa dapur untuk buat baja dan kompos. Tak perlu bekas atau tong besar, boleh guna botol minyak kosong saja.

Sisa Dapur Jangan Dibuang, Buat Baja Kompos. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!

Cara ini dipraktikkan oleh Scarlet Rose Haida Garden. Bagi yang nak cuba, ini cara yang dikongsi.

Cara mudah buat baja kompos, sisa dapur masuk dalam botol

Cara saya buat baja kompos dari sisa dapur. Kulit bawang, sayur, kerak nasi, roti expired dan sebagainya letak dalam botol minyak masak terpakai.

Alhamdulillah pokok subur, bahan dalam botol minyak yang dah hancur boleh buat tanam sayur pula. Kalau nak cuba ini caranya;

Ads

1.Sediakan botol minyak masak, potong bahagian atasnya untuk mudah masukkan sisa dapur.

Sisa Dapur Jangan Dibuang, Buat Baja Kompos. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!

2. Buat juga lubang di bahagian bawah supaya air sisa dapat keluar dan tak busuk.

3. Masukkan kulit bawang, kentang, kulit sayur, kerak nasi, nasi basi masukkan dalam botol minyak (boleh juga masukkan sekali perut ikan atau ayam). Tak perlu tambah air.

4. Letak tepi pokok yang sedia tumbuh, dan benamkan sedikit supaya airnya meresap ke tanah dan tak berbau. Air yang terhasil dari proses pereputan sisa dapur ini akan menyuburkan pokok.

Ads

Sisa Dapur Jangan Dibuang, Buat Baja Kompos. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!

Supaya tak digali oleh binatang dan sebagainya, boleh tutup dengan kayu dan tindan dengan benda berat.

5. Selepas sebulan, sisa ini akan hancur, boleh top up tanah dan tanah sayur dalam bekas ini. Insya-Allah akan subur hasilnya. Saya suka tanam daun bawang dan kucai, happy pokok dalam pasu tu menghijau.

Sisa Dapur Jangan Dibuang, Buat Baja Kompos. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!

Sisa Dapur Jangan Dibuang, Buat Baja Kompos. Hasilnya Pokok Subur Menghijau!

Ads

Apa Itu Baja Kompos?

Baja kompos adalah bahan organik yang telah diuraikan dan dijadikan humus melalui proses komposisi. Proses ini melibatkan penguraian bahan organik seperti sisa tanaman, sisa makanan, dan kotoran haiwan oleh mikroorganisme. Hasilnya adalah bahan yang kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tanaman untuk pertumbuhan yang sihat.

Baja kompos ini tidak sahaja menyumbang kepada kesihatan tanaman tetapi juga membantu dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua.

Sumber: Scarlet Rose Haida Garden

Artikel Menarik: Rupanya Ramai Tak Tahu Tandas Dalam Bilik Tidur Tidak Patuh Syariah

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI