Inspirasi

Sistem Hidroponik Ringkas Tanpa Racun, Praktikal Untuk Semua Sampai Pekebun Sayur

Share

Tanam sayur dengan sistem hidroponik bermakna menanam tanpa tanah. Cuma gunakan medium air, baja dan bekas hidroponik. Ringkas bukan!

Panduan membina sistem hidroponik ringkas tanpa racun yang dikongsikan pengusaha ladang sayuran di Gambang, Kuantan ini cukup praktikal untuk suri cuba. Perkongsian daripada admin Group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, Izham Alias ini juga membantu anda mengaplikasikan menanam tanpa tanah di rumah sendiri dengan ruang yang terhad.

Contoh ladang yang dikongsikan ini dimiliki oleh Saudara Mohd Abdul Halim (Abham Mohd). Belajar prosesnya satu persatu dengan panduan bergambar. Nanti mudahlah mak-mak nak faham.

“Salah seorang admin KBJTS, Tn Abham Mohd berkongsi rahsia beliau berjaya menanam dengan hidroponik menggunakan kos yang minimum.”

Panduan Bergambar Bina Sistem Hidroponik Ringkas From A To Z

Mula-mula perlu bina tapak dengan batu-bata sahaja.

 

Sediakan tapak penanaman.

 

Penggunaan baja AB untuk tanaman sayur. Boleh beli baja di mana-mana kedai pertanian yang menjual baja hidroponik. Sukatan baca sila ikut arahan pada setiap baja AB yang anda beli. Kerana arahannya berbeza untuk setiap produk.

 

Tutup dengan plastik pertanian. Kaedah ini amat penting kerana plastik berfungsi untuk:

1. Menghalang serangga menyerang tanaman
2. Mengelakkan air hujan masuk — in Gambang, Pahang.

Hasil Tanaman Dengan Kaedah Bebas Racun

Salad

Salad: Air yang bercampur dengan baja AB (hidroponik) tidak diganti sehinggalah dituai. Tempoh salad membesar sekitar 24-30 hari.  Selama itu air tidak diganti langsung. Memang jimat!

Hasil Sayuran Lain Yang Dah Boleh Dituai

Cara Menyemai Benih Dengan Kaedah Hidroponik

Potong span 2×2 cm dan masukkan biji benih.

 

Guna span semaian. Span ini adalah span yang untuk ratakan simen dinding.

 

Rendam dalam air biar terapung sehingga benih bercambah.

 

Rendam span separuh dengan air dalam apa-apa bekas yang muat.

Setelah 3 Hari Ini Yang Akan Berlaku

 

Kemudian, anda boleh pindahkan anak pokok ke dalam bekas apabila ia sudah besar.

 

Lubang styrofoam dipotong 2×2 cm dengan jarak setiap lubang. Masukkan bibit yang sudah bercambah dalam span tadi ke dalam styrofoam yang telah dipotong.

Contoh Tanaman Pegaga Tanpa Tanah

IMPIANA : Menariknya, bercucuk tanam dengan sistem hidroponik ni, duduk rumah apartment pun boleh menanam tanpa tanah.

Sumber/Foto : Izham Alias via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana