Siapa yang mempunyai haiwan peliharaan kucing di dalam rumah, sofa atau kerusi koyak menjadi kebiasaan. Bukan koyak disebabkan telah usang, akan tetapi menjadi tempat kegemaran si kucing untuk mencakar. Tidak kira sofa baru atau lama, tetap akan menjadi mangsa.
Untuk mengatasi masalah ini, Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah sediakan tempat khas untuk kucing anda cakar seperti cat tree. Bagi kerusi yang telah koyak, tak perlu di hanatr re-upholstery. Nak lebih jimat, lakukan teknik tampalan pada bahagian yang koyak sahaja.
Untuk tampalan, anda boleh gunakan kain perca, kepingan sulaman, doilies dan sebagainya. Berikut, idea untuk baik pulih kerusi yang koyak.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Hanya Guna Bakul RM 5 Untuk Hasilkan Rak Cantik ni
Zaman sekarang ramai peminat deko suka buat idea hack perabut kan. Al Maklumlah, dalam dunia serba mencabar ini, pemikiran kreatif diperlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tambahan pula idea-idea kreatif ini lebih dipandang orang sebab walaupun tanpa memerlukan modal dan kemahiran yang tinggi, sesuatu yang dihasilkan tetap nampak menarik.
Seperti yang dikongsikan oleh Bargain Family di dalam akaun youtube nya, Sebuah rak cantik dan menarik boleh dibina dari bakul barang yang murah sahaja. Sebagai pilihan, kalau anda nak buat saiz yang lebih besar, boleh pergi ke kedai-kedai plastik atau kedai pemborong plastik untuk dapatkan bakul yang bersaiz lagi besar dari yang ditunjukkan di dalam video ini
Bahan-bahan:
9 biji bakul
cable ties warna putih secekupnya
cat semburan enamel
Beberapa keping travertine tiruan. (sebagai pilihan, boleh guna card board yang dibalut dengan wallpaper yang mempunyai texture dan corak seperti marble)
Cara-cara:
1. Sambung 3 biji bakul dan ikatkan dengan cable ties. Lakukan untuk 9 biji bakul. Ini bermakna anda akan dapat 3 set atau 3 tingkat rak.
2. Semburkan dengan cat enamel dan jangan lupa di bahagian sisi atas dan bawah juga perlu disembur. Bahagian belakang bakul tak perlu sebab nanti tak nampak.
3. Apabila cat dah kering sepenuhnya, cantumkan kesemua set dengan cable ties.
4. Gunting lebihan cable ties untuk lebih kemas.
6. Potong travertine atau cardboard yang telah dilekatkan dengan wallpaper tadi mengikut saiz keperluan untuk dijadikan sebagai kemasan dinding sisi, bahagian alas, bahagian atas dan dalam rak.
7. Lekatkan travertine tadi dengan menggunakan hot glue
DAH SIAP
Sumber: Bargain Family
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Hiasan Dalaman Bertemakan Gaya Ala-Ala New York City, Tampak Lebih Bergaya & Moden Urban
Memang jarang-jarang kita dapat lihat dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan gaya ala-ala New York City diketengahkan dan menjadi pilihan ramai. Meski pun begitu, konsep seperti ini tetap memiliki kelebihan serta keunikan yang tersendiri.
Bagi anda yang inginkan dekorasi hiasan dalaman rumah yang tampak lebih bergaya serta moden urban, mungkin konsep seperti ini boleh dijadikan sebagai pilihan anda.
Namun begitu, dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya ala-ala New York City ini lebih sesuai bagi anda yang memiliki jenis kediaman seperti apartment dan kondominium.
Selain itu, konsep seperti sememangnya amat sesuai digayakan dan dijadikan sebagai pilihan oleh golongan generasi muda khususnya. Bukan sahaja sesuai dan seiring dengan usia, ia juga merupakan pilihan konsep yang paling tepat untuk golongan muda.
Lihat sahaja pada perkongsian foto yang tertera, dengan menggunakan tona warna yang gelap dan kontra hasilnya dekorasi hiasan dalaman rumah tampak lebih elegan serta menawan.
Sumber: Facebook Kakidek
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Lihat Bagaimana Pasangan Ini ‘Makeover’ Tandas Lama Nampak Baru Hanya Guna Cat
Bila fikir tentang nak makeover rumah pastinya kita rasa leceh kerana akan mengambil masa yang lama. Tambahan pula, kos renovasi bukannya murah. Tapi zaman sekarang ini, semuanya tidak lagi mustahil. Asalkan kita rajin dan extra kreatif, nak mencantikkan rumah mudah saja. Tambah jimat kalau kita tak kisah lakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Biar pun penat sedikit tapi asalkan hasilnya cantik dan dapat menjimatkan banyak kos, pastinya kita gembira dan puas hati.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa Baharin, pemilik akaun FB ini menetap di kediaman jenis teres dua tingkat yang telah di duduki lebih kurang dua tahun. Tandas lama yang dulunya kusam kini tampak lebih ceria dan moden dengan hasil kreativiti pemilik hanya menggunakan cat dan wallpaper. Berbekalkan idea dari suaminya, mereka makeover tandas tersebut hanya dalam masa kurang dari dua hari. Menurut tuan rumah, kos mendekorasi semula tandas ini tidak lebih dari RM300.
Bahan-Bahan & Langkah-Langkah DIY;
Tandas yang terletak di bilik tidur utama rumah teres 2 tingkat ini berukuran lebih kurang 6 kaki x 8 kaki. Sebelum diubah suai, tandas ini nampak kusam dan tidak menyerlah ditambah pula dengan warna jubin yang nampak pudar.
Pertama sekali, sebelum sapukan coating, tuan rumah menampal simen grouting pada lubang-lubang di jubin.
Seterusnya, pemilik menggunakan campuran kedua-dua bahan ini iaitu Nippon Penetrative Epoxy Primer 5 Liter set beserta Hardener (RM 150) untuk disapukan pada permukaan jubin sebelum proses mengecat. Ini merupakan lapisan keselamatan bertujuan untuk melambatkan proses karat.
Setelah coating dan hardener kering, pemilik mula mengecat menggunakan cat lebihan yang terdapat di rumahnya. Warna yang dipilih oleh pemilik terdiri daripada warna kelabu gelap dan putih. Pemilihan warna ini bertepatan dengan konsep moden yang diingini tuan rumah.
(Nippon Vinilex Easywash Grey 1 Liter (RM35) & Nippon Satin Glo 1 Litre (RM35)).
Pemilik tunggu semalaman untuk cat kering sebelum memulakan langkah ketiga keesokan harinya iaitu menyapu sealer PYE Clear Sealer (RM 35) sebagai lapisan perlindungan untuk menghalang cat dari mudah tercabut.
Langkah terakhir pula, tuan rumah menampal Wallpaper Kaison (RM 19.90) pada jubin dinding untuk menaikkan lagi seri tandas baru mereka. Menurutnya, satu gulung wallpaper sudah mencukupi untuk keseluruhan bilik air.
Inilah hasil transfomasi menakjubkan yang hanya mengambil masa kurang 48 jam untuk disiapkan. Cantik kan? Boleh lah cuba untuk rumah anda nanti.
Sumber : Khairunnisa Baharin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI