SofaX, sebuah kendalian aplikasi rekaan dalaman secara maya dengan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) kini telah melancarkan satu kempen pertandingan ‘Spend&Win’ yang bakal memberikan hadiah ganjaran bernilai sehingga RM27,000 kepada orang ramai.
Menerusi pelancaran kempen pertandingan ini, seramai 22 pemilik rumah bertuah akan berpeluang untuk merebut peluang keemasan untuk menaik taraf kediaman mereka dengan membawa pulang pelbagai hadiah peralatan rumah bernilai sehingga RM27,000!
Kempen berjalan bermula sekarang sehingga 15 Ogos 2023, pengguna SofaX yang membelanjakan RM1,000 dan ke atas untuk pengubahsuaian atau perabot akan mendapat satu penyertaan dalam kempen “Spend & Win”. Lebih banyak penyertaan, maka lebih tinggi peluang untuk anda terpilih menjadi salah seorang pemenang.
Pengguna yang membelanjakan RM1,000 terus melalui peniaga yang mengambil bahagian SofaX seperti, Ashley Furniture HomeStore, Crownlivin, Enzol Furniture, Lorenzo, Lusso Design, Mind Sketch Interior Studio, Pallet Howse dan banyak lagi akan menerima 1 penyertaan ke dalam kempen pertandingan ini. Selain itu, mereka yang membelanjakan jumlah yang sama melalui SofaX Rewards & Merchant Points akan menerima 2 penyertaan, manakala pengguna yang membeli SofaX Points akan menerima 5 penyertaan.
Ads
Antara ganjaran yang diidamkan ialah Dyson V12 Detect Slim Extra Vacuum, yang terkenal dengan kuasa pembersihan yang luar biasa dan ciri-ciri inovatif, dan Sonos Ray Soundbar yang meningkatkan pengalaman audio dalam mana-mana persediaan teater rumah dengan reka bentuk anggun dan kualiti bunyi yang mengasyikkan. Selain itu, pemenang juga boleh membawa pulang Mesin Kopi Nespresso Essenza Mini D30 dan Aeroccino Milk Frother, sesuai untuk membancuh kopi pagi untuk memulakan setiap hari dengan rasa yang menggembirakan.
Di samping tiga pemenang hadiah teratas, SofaX akan memilih pemenang bulanan yang akan mendapat hadiah seperti Pengering Rambut Dyson SupersonicTM, Cuckoo P 10 Multi Cooker dan Daikin Air Purifier.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen atau menghantar penyertaan, sila layari ruangan laman kempen Belanja dan Menang SofaX di laman sesawang serta serta akaun rasmi Facebook SofaX.
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Nak ada kabinet dapur ramai yang mengeluh sebab harganya yang agak mencekik terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi, ada yang mengambil keputusan untuk DIY sendiri. Seperti yang ditunjukkan oleh wanita ini di dalam blog nya sisikami.blogspot.my Pemilik banyak menggunakan produk dari Ikea untuk melengkapkan sebuah set kabinet dapur yang nampak ringkas, kemas dan menarik. Jom tengok apa keperluan barang, peralatan dan cara membuat yang telah di sediakan.
Pertama sekali kena draf design kedudukan kabinet tu mahu bentuk macam mana. Bentuk L, memanjang, U atau island
Pastikan tahu ukuran rumah. Even lukis pakai tangan pun kena guna scale yang betul untuk pastikan design tersebut muat/sesuai dengan saiz dapur.
Ukuran kabinet, model, brand, pattern, jenis, warna, tombol, kaki, sinki, paip, etc boleh rujuk website IKEA bahagian KITCHEN. So dah boleh bajet saiz besar mana nanti bila dah pasang.
Kemudian pergi je IKEA bahagian kitchen cabinet dan minta bantuan pekerja IKEA di situ. Nanti mereka akan tolong dapatkan barang-barang yang kita perlukan. Masa ini boleh lah minta khidmat nasihat free dari mereka. Macam kami, kami dah study dulu so sampai IKEA terus je minta quatation dan barang. Pilih barang yang nak guna saja. Jadi dah boleh bajet duit.
Sudah selesai collect barang, bayar dan boleh bawa balik rumah untuk pasang. Macam kes kami, table top paling panjang 249cm so ngam-ngam muat dalam kereta Preve. Tapi kena turunkan seat penumpang baru muat. Top saja yang panjang, yang lain kotak-kotak biasa saja.
Proses pasang macam biasa, ikut je manual dalam packaging setiap barang yang kita beli tu. Tak susah pun. Kalau kami yang perempuan ni boleh pasang of coz la abang-abang sado kat luar sana lagi terror pasang kan. Hehehe….
Proses pasang untuk 3 kabinet 6 pintu ini tak sampai 1 jam pun. Cuma yang leceh nak tebuk dan pasang sinki dan hob (dapur). Yang ini terpaksa minta bantuan orang sebab bab tebuk tak pandai. Macam kami, hob (dapur) tu adik lelaki kami yang tebukkan, sinki dan paip pula terpaksa upah tukang paip sebab kena ubah kedudukan sinki dan paip asal ke lokasi baru. Kalau perasan di tepi kabinet ada nampak lubang-lubang paip sinki lama. Cacat sikit di situ, Insyaallah nanti baru nak tampal.
Then siap sempurna semuanya. Rak di dalam kabinet pun boleh diy. Kalau ada duit lagi pergi saja IKEA cari shelf dan aksesori tambahan. Buat masa sekarang kami tak rajin lagi jadi guna dulu apa yang ada. Janji seketul kabinet dapur dah ada cukup lah. Puas hati sebab pasang sendiri boleh adjust ikut yang kita mahu.
Ini kabinet jenis METOD bukan FYNDIG. METOD ada waranti 25 tahun, kalau FYNDIG tidak ada waranti.
Jom tengok apa kami beli untuk complete kan set kabinet ni:
RM 305 x 3 ketul – RM75 = RM 840
(Sebab tak nak plinth so tolak plinth RM75)
Plint tu kayu putih yang cover kat bawah kaki kabinet tu. Kami tak pasang plinth sebab senang nanti nak sapu sampah/habuk bawah kabinet.
Table top x 1 keping = RM 290
Paip x 1 = RM 99
Sinki x 1 = RM 79
Leg x 3 = RM 45
Handle x 1 = RM 5.90
TOTAL HANGUS UNTUK KITCHEN CABINET + PINTU + SINKI + PAIP + KAKI +HANDLE
Upah tebuk lubang hob (dapur) free sebab adik yang tebukkan
Upah pasang kabinet 6 pintu free sebab buat sendiri
Jom layan gambar yang sempat kami snap masa proses pemasangan kabinet ni :
Design dulu. Mesti ikut scale yang betul.
Terpaksa turunkan seat penumpang depan dan belakang untuk muatkan top sepanjang 250cm ni. Kajang to Kedah…
Penuh bonet barang-barang untuk kitchen cabinet
Barang selamat mendarat kat Kedah
Mula-mula kena pasang base. Just cantum-cantum je tiga keping papan ni. Guna cordless drill cepat dan jimat masa
Selesai pasang base pertama. So ada 2. Yang 2 lagi pun just cantum jadi macam ni jugak
Pasang besi atas untuk cantum dengan top nanti
3 biji base siap dipasang. Lepas tu letak je top kat atas. Adjust kedudukan biar centre. Masa ni try dulu susun-susun. Sebelum pasang top bolehla adjust-adjust ikut yang mana berkenan dihati. Masa ni bolehla ubah-ubah lagi. Nanti dah pasang top dah takleh ubah sebab dah skru kan.
Pasang kaki kabinet. Pun guna cordless drill je cepat.
Siap pasang kaki kabinet
Proses pasang pintu kabinet
Pasang pintu kabinet ni paling senang tekan tekan je dan lock siap
Satu pintu dah berjaya dipasang
Sementara menunggu orang buat paip tolong tebukkan lubang sinki kami pasang pintu dulu.
Lubang sinki dah tebuk, top dah pasang masa ni. Kami jugak pasang/letak counter bar kat sebelah kabinet tu. Counter bar tu beli 2ndhand kat mudah.my je jimat..
roses pasang hood. Yang ni terpaksa upah sebab takde kepakaran nak tebuk dinding pasang serombong tu. Upah pasang RM200. Lubang untuk hod pula adik kami tolong tebukkan.
Selesai. Make sure sekeliling sinki tu letak silikon untuk halang air meresap ke bawah sinki.
Sumber: https://sisikami.blogspot.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal Daiyan Trisha ada berkongsi khabar berita gembira apabila dirinya kini telah berjaya memiliki sebuah rumah idamannya.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin telah berkongsi khabar tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto kediamannya menerusi hantaran di laman media sosial Instagram miliknya.
“level up, alhamdulillah your girl’s got a new house!!,” tulisnya.
Difahamkan, penyanyi berusia 28 tahun itu telah berjaya memiliki sebuah rumah bungalow setinggi dua tingkat yang dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya.
Manakala, struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya yang nyata amat sesuai buat penyanyi asal Selangor itu.
Melihat perkongsian foto berikutnya, ruang dalaman tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’ mewujudkan rekaan hiasan dalaman lebih unik dan kreatif.
Meski belum mencecah usia 30 tahun, penyanyi jelita ini telah berjaya untuk memiliki rumah idamannya yang boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat buat anak muda khususnya yang masih belum memiliki rumah.
Tidak ada salahnya untuk pasang impian dan angan-angan setinggi langit, kerana dengan berbekal semangat dan usaha kejayaan pasti akan muncul dalam hidup anda. Betul tak?
Jadi tahniah diucapkan kepada Daiyan dan semoga terus sukses dalam karier seni yang diceburinya. Tak sabar pula rasanya ingin lihat rekaan hiasan dalaman rumah Daiyan apabila sudah siap nanti.
Sumber: Instagram Daiyan Trisha
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Black pink bukan sahaja boleh merujuk kepada band wanita dari Korea tetapi black pink atau gabungan rona hitam dan merah jambu juga boleh dijadikan inspirasi ketika menghias kediaman.
Tanggapan bahawa gabungan dua rona ini hanya sesuai untuk kaum wanita adalah tidak benar sama sekali kerana elemen feminin warna merah jambu apabila digabungkan dengan warna hitam, mampu mewujudkan suasana anggun dan misterius menjadikan ruang anda sempurna dengan suasana yang nyaman. Keterampilan ruang juga boleh berubah serta merta apabila anda berjaya menghias kediaman dengan dua warna yang sangat kontra tetapi saling melengkapi ini. IMPIANA kumpulkan 20 idea ruang Blackpink yang boleh anda jadikan rujukan. Selamat mendeko!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.