Berita

SofaX Lancarkan Kempen ’Spend&Win’, Orang Ramai Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Bernilai Sehingga RM27,000!

Share

SofaX, sebuah kendalian aplikasi rekaan dalaman secara maya dengan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) kini telah melancarkan satu kempen pertandingan ‘Spend&Win’ yang bakal memberikan hadiah ganjaran bernilai sehingga RM27,000 kepada orang ramai. 

Menerusi pelancaran kempen pertandingan ini, seramai 22 pemilik rumah bertuah akan berpeluang untuk merebut peluang keemasan untuk menaik taraf kediaman mereka dengan membawa pulang pelbagai hadiah peralatan rumah bernilai sehingga RM27,000!

Kempen berjalan bermula sekarang sehingga 15 Ogos 2023, pengguna SofaX yang membelanjakan RM1,000 dan ke atas untuk pengubahsuaian atau perabot akan mendapat satu penyertaan dalam kempen “Spend & Win”. Lebih banyak penyertaan, maka lebih tinggi peluang untuk anda terpilih menjadi salah seorang pemenang.  

Pengguna yang membelanjakan RM1,000 terus melalui peniaga yang mengambil bahagian SofaX seperti, Ashley Furniture HomeStore, Crownlivin, Enzol Furniture, Lorenzo, Lusso Design, Mind Sketch Interior Studio, Pallet Howse dan banyak lagi akan menerima 1 penyertaan ke dalam kempen pertandingan ini. Selain itu, mereka yang membelanjakan jumlah yang sama melalui SofaX Rewards & Merchant Points akan menerima 2 penyertaan, manakala pengguna yang membeli SofaX Points akan menerima 5 penyertaan.

Antara ganjaran yang diidamkan ialah Dyson V12 Detect Slim Extra Vacuum, yang terkenal dengan kuasa pembersihan yang luar biasa dan ciri-ciri inovatif, dan Sonos Ray Soundbar yang meningkatkan pengalaman audio dalam mana-mana persediaan teater rumah dengan reka bentuk anggun dan kualiti bunyi yang mengasyikkan. Selain itu, pemenang juga boleh membawa pulang Mesin Kopi Nespresso Essenza Mini D30 dan Aeroccino Milk Frother, sesuai untuk membancuh kopi pagi untuk memulakan setiap hari dengan rasa yang menggembirakan.

Di samping tiga pemenang hadiah teratas, SofaX akan memilih pemenang bulanan yang akan mendapat hadiah seperti Pengering Rambut Dyson SupersonicTM, Cuckoo P 10 Multi Cooker dan Daikin Air Purifier.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen atau menghantar penyertaan, sila layari ruangan laman kempen Belanja dan Menang SofaX di laman sesawang serta serta akaun rasmi Facebook SofaX. 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Kini Berkerjasama SofaX, Mah Sing Tawarkan Lebih RM14.5 Juta Rebat Kepada Pemilik Rumah

 

Published by
Nazar Rafiqhi