Pembangunan sekarang banyak pemaju yang membina hartanah jenis SOHO, SOFO, dan SOVO di bandaraya. Bak pepatah, ia tumbuh macam cendawan selepas hujan. Ini adalah kesan daripada pengenalan Akta Hakmilik Strata (Strata Titles Act) pada 5 tahun lepas, dan pindaan Akta Pemaju Perumahan (Housing Development Act) yang diluluskan kerajaan pada tahun 2007.
Pendek kata, kerajaan bagi kebenaran kat pemaju untuk membina unit yang bersaiz kecil dan mampu milik. Supaya dapat menampung jumlah kepadatan penduduk negara ini. Kali ini, IMPIANA ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 jenis kediaman ini.
Sebagai permulaan, hartanah jenis ini berbeza dengan hartanah seperti service apartment, pangsapuri, dan kondominium. Idea utama SOHO, SOFO, dan SOVO ini dibina untuk orang bisnes yang perlukan pejabat kecil (bersaiz sekitar 450 kaki persegi, atau lebih). Ia lengkap dengan kemudahan telekomunikasi dan macam-macam fasiliti yang mudahkan urusan bisnes. Sasaran pasaran yang lain adalah golongan pasangan muda yang baru berkahwin, dan tak nak duduk rumah besar sebagai permulaan.
Ads
PERBEZAAN SOHO, SOFO, dan SOHO.
1) SOHO adalah singkatan Small Office Home Office, yang boleh kita beli sebagai kediaman dan juga sesuai dibuat sebagai pejabat. Ia bersaiz sederhana besar, ada ruang bilik tidur, tandas yang lengkap, serta ruang tamu.
2) SOFO pula singkatan Small Office Flexible Office. Unit ini berikan fleksbiliti kat pembeli dan penyewa membuat reka bentuk dalaman pejabat. Sama macam SOHO, ia boleh jadi kediaman dan pejabat, atau dua-dua sekali. Biasanya, unit ini tak ada partition.
Ads
3) Small Office Virtual (atau Versatile) Office, atau singkatan SOVO pula fokus untuk tujuan komersial saja. Jadi, bersedia bayar bil elektrik, telefon, dan air mengikut kadar komersial yang lagi mahal berbanding kadar hartanah kediaman.
Ads
Kalau anda berniat untuk miliki kediaman dengan ruang pejabat yang baik, anda boleh memilih SOHO. Ia kerana unit SOHO datang dengan ciri-ciri rumah kediaman, dan ia terlindung oleh Akta Pemaju Perumahan (HDA) 2007.
SOFO dan SOVO pula lebih ke arah kegunaan bisnes. Kalau ada perniagaan dan nak pejabat untuk bermula, korang boleh pilih yang ini.
Kediaman SOHO, SOFO, dan SOVO ini kurang besar dari sudut saiz. Jadi, ia muat-muat untuk 2 orang saja. Orang bujang atau pasangan baru berkahwin sesuai duduk kat sini, tapi tak sesuai untuk orang yang dah ada anak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pemilihan jenis tingkap di rumah juga adalah suatu perkara yang penting kerana ia akan menentukan apa kegunaan tingkap tersebut bagi seberapa luas ruang dalam rumah tersebut. Di Malaysia sekarang ini, banyak jenis tingkap kita boleh perolehi. Maka dengan itu, harini saya akan menceritakan beberapa jeniss tingkap yang sesuai rumah anda.
Tingkap Jenis Casement
Kebiasaan orang di Malaysia ini, mereka gemar menggunakan tingkap jenis seperti ini, lagi-lagi rumah mereka adalah rumah moden. Ini kerana ia mempunyai engsel pada sisi bingkai tingkap yang boleh buka ke luar. Dengan itu, ia membolehkan rumah di Malaysia ini mendapat pengudaraan yang baik dan melindungi dari cuaca hari hujan. Tambahan lagi, ia sangat efektif untuk mengurangkan rasa panas atau haba di dalam rumah ketika cuaca panas.
Tingkap Jenis Awning/Top Hung
Selalunya tingkap sebegini biasa digunakan di bilik air atau tempat yang tinggi kerana ia senang untuk dibuka dan memberi pengudaraan yang bagus. Apa lagi yang membuatkan ia bagus adalah bentuknya. Bentuknya seperti atap yang membuatkan hujan dan debu susah untuk masuk dalam rumah.
Tingkap Glass Block
Tingkap jenis glass block ini, boleh dikatakan puratanya rendah kerana ia jarang dijumpai. Akan tetapi, glass block pernah kerap diterapkan dalam rumah di Malaysia suatu ketika dahulu. Tingkap ini berfungsi dengan pencahayaan semula jadi yang mampu menerangi ruangan dan pada yang sama, menjaga privasi rumah. Namun begitu, jika adanya frosted glass, semakin kurang penggunaan jenis tingkap glass block ini. Selain itu, tingkap jenis glass block ini juga sesuai dipasang berdekatan dengan pintu masuk dan bilik mandi kerana ia memberikan rasa seperti rumah yang mewah.
Konklusinya, banyak lagi jenis tingkap yang ada di Malaysia ini, yang anda boleh terapkan atau pasang di rumah anda. Cuma, ini adalah pilihan dan pendapat terbaik dari saya. Akhir kata, cari lah tingkap dengan kesesuaian diri masing-masing dan keselesaan anda. Ini kerana tingkap juga menilai bagaimana rumah anda.
Masih ingat akan filem ‘Crazy Rich Asians’? Henry Golding yang menjadi kegilaan saat itu. Sebalik itu rumah yang menjadi pengambaran filem tersebut terletak di Country Heights, Damansara.
Bukan jalan cerita sahaja yang membuatkan penonton mengilai pelakon dalam filem ‘Crazy Rich Asians’. Tetapi lokasi pengambaran serta kemewahan kediaman yang penuh dengan nilai estetika yang cukup tinggi membuatkan ramai tertanya di manakah terletaknya lokasi rumah yang dipaparkan.
IMPIANA juga teruja melihat kediaman yang diberi nama Be-Landa ini yang membuka mata jauh dari sentuhan kediaman kebanyakan selama ini. Lokasi kediaman ini sudah cukup mengatakan rumah ini adalah sebuah rumah agam yang cukup eksklusif.
Binaan rumah di cerun 34 darjah yang dramatik menghadap hutan simpan, rumah Be-landa adalah latihan untuk “berkawan” dan bukannya “menakluki” rupa bumi. Titik permulaan adalah untuk menetapkan jumlah minimum tanah rata yang diperlukan untuk rumah itu berfungsi.
Arkitek dan kontraktor dalam menjayakan kediaman ini menarik garis untuk dinding penahan untuk memasukkan kawasan rata bagi meletakkan kenderaan, pintu masuk utama yang bersebelahan dengan ruang dapur pada aras yang sama
Keseluruhan ruang yang digabungkan menjadi tiga Pavilion dengan pelbagai hubungan dengan dinding datum; Pavilion 1 sepenuhnya “di atas tanah” di dalam kawasan tanah rata; Pavilion ke-2 terletak separuh di atas tanah, dan separuh tergantung di atas cerun di atas tiang; dan akhirnya Pavilion Ke-3 sepenuhnya berlegar di atas cerun pada pilotis yang diakses melalui jambatan kaca.
Bukan calang-calang arkitek yang berjaya merialisasikan kediaman Be-Landa ini.
Apabila masuk, terdapat unsur kejutan apabila rumah itu terbentang. Ruang Legar menampilkan pemandangan tinggi terus ke hutan simpan merentasi lembah, dibingkai oleh Pavilion ke-2 & ke-3.
Ruang tamu tepi kolam paling rendah digunakan sewaktu pengambaran tersebut di tempat di mana para wanita berkumpul untuk belajar Alkitab dan minum teh.
Secara keseluruhan di seluruh rumah, hubungan antara ruang dialami secara menegak dan bukan secara mendatar, dengan jumlah tujuh tangga mengikat ruang bersama. Walaupun berada di tingkat paling rendah di rumah, kawasan kolam mengekalkan rasa terapung karana berada di atas lapan meter di atas kontur yang tidak tersentuh di bawah, dengan pemandangan puncak pohon dan angin hutan yang lapang, platform untuk menikmati kawasan tropika yang terbaik.
Menarik bukan kediaman ini. Pastinya anda terngaga melihat sentuhan kediaman ini.
Baru-baru ini, ada seorang individu telah meluahkan rasa kesal dengan segelintir sikap penunggang motorsikal yang meletakkan kenderaan mereka di laluan khas pejalan kaki buta di sekitar ibu negara.
Pada masa sama, menerusi entri berkenaan individu terbabit turut memuat beberapa keping foto yang memaparkan beberapa buah motorsikal yang telah parking di atas laluan khas penjalan kaki buta.
Selain itu, individu berkenaan juga turut menasihati kepada orang ramai khususnya golongan kelas B40 untuk tidak sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan motorsikal di tempat awam.
Ini kerana tindakan sedemikian akan memberikan kesulitan dan menyukarkan golongan pejalan kaki yang buta untuk berjalan di tempat awam khususnya.
Maka oleh itu, dia memohon agar semua pihak untuk mengamalkan sikap bertimbang rasa dan menghormati golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.