SOHO, SOFO dan SOVO: Apa Beza 3 Kediaman Ini?

Share

Pembangunan sekarang banyak pemaju yang membina hartanah jenis SOHO, SOFO, dan SOVO di bandaraya. Bak pepatah, ia tumbuh macam cendawan selepas hujan. Ini adalah kesan daripada pengenalan Akta Hakmilik Strata (Strata Titles Act) pada 5 tahun lepas, dan pindaan Akta Pemaju Perumahan (Housing Development Act) yang diluluskan kerajaan pada tahun 2007.

Pendek kata, kerajaan bagi kebenaran kat pemaju untuk membina unit yang bersaiz kecil dan mampu milik. Supaya dapat menampung jumlah kepadatan penduduk negara ini. Kali ini, IMPIANA ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 jenis kediaman ini.

Sebagai permulaan, hartanah jenis ini berbeza dengan hartanah seperti service apartment, pangsapuri, dan kondominium. Idea utama SOHO, SOFO, dan SOVO ini dibina untuk orang bisnes yang perlukan pejabat kecil (bersaiz sekitar 450 kaki persegi, atau lebih). Ia lengkap dengan kemudahan telekomunikasi dan macam-macam fasiliti yang mudahkan urusan bisnes. Sasaran pasaran yang lain adalah golongan pasangan muda yang baru berkahwin, dan tak nak duduk rumah besar sebagai permulaan.

PERBEZAAN SOHO, SOFO, dan SOHO.
1) SOHO adalah singkatan Small Office Home Office, yang boleh kita beli sebagai kediaman dan juga sesuai dibuat sebagai pejabat. Ia bersaiz sederhana besar, ada ruang bilik tidur, tandas yang lengkap, serta ruang tamu.

2) SOFO pula singkatan Small Office Flexible Office. Unit ini berikan fleksbiliti kat pembeli dan penyewa membuat reka bentuk dalaman pejabat. Sama macam SOHO, ia boleh jadi kediaman dan pejabat, atau dua-dua sekali. Biasanya, unit ini tak ada partition.

3) Small Office Virtual (atau Versatile) Office, atau singkatan SOVO pula fokus untuk tujuan komersial saja. Jadi, bersedia bayar bil elektrik, telefon, dan air mengikut kadar komersial yang lagi mahal berbanding kadar hartanah kediaman.

Kalau anda berniat untuk miliki kediaman dengan ruang pejabat yang baik, anda boleh memilih SOHO. Ia kerana unit SOHO datang dengan ciri-ciri rumah kediaman, dan ia terlindung oleh Akta Pemaju Perumahan (HDA) 2007.

SOFO dan SOVO pula lebih ke arah kegunaan bisnes. Kalau ada perniagaan dan nak pejabat untuk bermula, korang boleh pilih yang ini.
Kediaman SOHO, SOFO, dan SOVO ini kurang besar dari sudut saiz. Jadi, ia muat-muat untuk 2 orang saja. Orang bujang atau pasangan baru berkahwin sesuai duduk kat sini, tapi tak sesuai untuk orang yang dah ada anak.

Published by
Impiana