Sudah banyak kita lihat idea pemasangan wainscoating di dalam dekorasi rumah. Ianya tidak terhad dalam apa jenis rumah, asalkan ianya menepati kesesuaian warna dan konsep kerana ada tema dekor yang tidak sesuai untuk dipadankan dengan wainscoating.
Oleh itu, IMPIANA ingin memberi pencerahan secara lebih mendalam bagaimana anda boleh tatarias dinding utama di rumah anda dengan wainscoating tetapi adalah lebih molek untuk kita ketahui serba sedikit apa itu wainscoating dari mana ianya datang dan mengapa teknik ini tidak lapuk ditelan zaman dan tidak lekang dek masa.
Sejarah ringkas
Secara amnya, wainscoating sudah lama digunakan dalam hiasan dalaman rumah sejak dari Kurun Ke 18 lagi. Ianya banyak diaplikasikan di negara Eropah seperti England, German, Perancis dan beberapa lagi negara di Eropah. Penataan seperti ini boleh didapati di istana pemerintah, rumah pentadbiran kerajaan dan sukar untuk ditemui di rumah golongan pertengahan pada masa itu. Pada hari ini, teknik panel dinding ini banyak digunakan di mana sahaja, tidak kira rumah mewah atau rumah golongan berpendapatan sederhana kerana konsepnya sentiasa hijau dan tidak nampak lapuk.
Lokasi strategik Wainscoat
Selalunya pemilik rumah dan pereka dalaman akan meletakkan panel dinding ini di dinding utama kediaman yang mana ianya berfungsi sebagai fokal point dan menaikkan seri ruang terutamanya di ruang tamu, laluan menuju ke bilik dan juga di bilik air (menggunakan jubin, bukan kayu).
Ads
Selain daripada mencantikkan dinding ianya juga turut berperanan sebagai pelindung kepada warna cat setelah anda menyusun sofa ataupun meja yang boleh merosakkan warna cat asal. Ini kerana selalunya wainscoat akan diletakkan separuh daripada ketinggian badan manusia iaitu dari bahagian pinggang ke bawah, tetapi ini tidak bermakna tiada pemasangan dibuat pada keseluruhan dinding cuma ianya jarang dilakukan.
Kesesuaian tema
Idea pemasangan wainscoating tidak berapa sesuai jika anda memilih tema kediaman scandinavia, ini kerana ianya menggunakan material serta perabot yang terhad dan menjimatkan penggunaan ruang. Tonanya pula lebih kepada warna yang menjemput kehadiran cahaya semulajadi secara maksima. Idea ini memerlukan anda untuk menambah beberapa hiasan di dinding seperti frame gambar untuk menaikkan serinya dan beberapa lagi aksesori tambahan dan Ya, konsep skandinavia kurang sesuai untuk wainscoating kerana skandinavia lebih bersifat minimalis.
Tetapi jika anda gemarkan konsep modern english, pemasangan wainscoating amat ideal, ini kerana dari sudut sejarahnya sudah menunjukkan walaupun tradisional, di zaman moden juga sesuai untuk dipadankan dengan dinding sama ada berona gelap atau terang. Cadangan kombinasi warna yang sesuai adalah hitam putih, biru putih, coklat gelap dan kuning terang.
Ads
Akhir sekali, walaupun teknik ini sudah lama digunakan, tetapi ianya tidak pernah lapuk atau obsolete kerana ia berupaya untuk membuatkan dinding yang rata dan biasa nampak lebih elegan berbanding yang asal dan polos, dan penulis yakin, 30 tahun akan datang pun ianya masih lagi sesuai untuk digunakan.
Berikut adalah beberapa cadangan idea pemasangan wainscoating yang anda boleh suaipadankan dengan hiasan di rumah anda, selamat mencuba!!
Tandas oh tandas. Tandas kecil bukan alasan untuk kita n ia tidak terurus. Masih ada ruang untuk menghias dan menjadikan sesi bersiram kita mendamaikan lagi meriangkan seperti di spa. Mungkin kamar mandi kita tidak sebenar kamar mandi kediaman mewah. Tetapi itu bukan bermakna ia tidak boleh dihias secantik mungkin.Apa yang penting adalah sikap kita apabila meggunakan tandas. Masih ada ruang untuk menjadikan ia bersih dan cantik. Jom kita mandi dengan idea dii bawah…
CARI RUANG SESUAI UNTUK PENSTORAN
KEMASAN LANTAI YANG BERMUTU BUKAN SEKADAR CANTIK TETAPI JUGA UNTUK KESELAMATAN
RINGKAS TAPI MENARIK, HITAM PUTIH TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN
Selain menggunakan pencuci jubin tahan lasak untuk memastikan ia terus bersih, seeloknya pastikan juga tandas kita selalu kering. Ramai di kalangan kita punya bidai mandi atau pemidang kecil yang mengasingkan ruang mandi. Jadi tidak salah jika kita memastikan ruang kecl ini tidak terlalu basah ketika selesai mandi.
PILIHAN PINTAR KABINET MUDAH ALIH
PILIHAN JUBIN KOLONIAL SUNGGUH MENARIK HATI DAN MEMBERI KELAINAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kami banyak menerima rintihan yang menyatakan bahawa keluasan rumah antara faktor yang menjadi kekangan kepada pemilik kediaman untuk menata rias kediaman masing-masing dan ilham kreatif tersebut terkubur begitu sahaja.
Selain daripada itu, ada juga yang menyatakan bahawa kediaman sempit selalunya sukar untuk dihiasi berikutan salah membeli saiz perabot yang terdapat di pasaran. Kurangnya panduan menyebabkan pembeli hanya membeli berdasarkan rupa bentuk nya yang cantik di showroom. Apabila di bawa pulang rupanya ia memakan banyak ruang di rumah.
Rintihan tersebut menurut pemilik apartment yang hanya berkeluasan 700 kaki persegi iaitu En Firdaus Abu Bakar adalah salah dan tidak benar kerana beliau berjaya membuktikan kediaman sempit juga boleh dihias menjadi cantik seperti yang diidamkan. Fokus dekorasinya adalah di bahagian dapur serta ruang tamu yang mana beliau mahu ianya nampak lebih luas dan memberikan keselesaan.
Menurut pemilik apartment kos sederhana ini, ruang tamunya tidak terlalu besar dan terletak berhadapan dengan pintu masuk dan memilih sofa 1 seater rona hitam serta kelabu yang berkapasiti dua tempat duduk. Penggunaan cermin bersaiz besar adalah sebagai ilusi yang menipu pemerhati sekaligus beranggapan bahawa apartment ini bukan 700 sqft tetapi 950 sqft. Jom kita lihat hasil sentuhan kreatif pemilik.
Walaupun ingin nampak luas, ruang tamu serta dapur mesti ada pemisahnya, oleh itu pemilik telah memilih untuk meletakkan meja konsul bersaiz sederhana disebelah L Shape Sofa.
Jika diteliti ruang dapur pula, anda dapat melihat terdapat meja kaunter pulau yang dihiasi dengan lampu gantung hiasan malahan dindingnya dicat dengan warna putih untuk efek lebih luas.
“Pada asalnya, dapur ini direka secara tertutup dan saya mengambil keputusan untuk menukar 100% ruangan ini menjadi ruang terbuka dengan merobohkan beberapa dinding asal dan memasang kabinet tambahan”, katanya.
Berikut adalah paparan beberapa tambahan koleksi rakaman gambar dekorasi kediaman milik En Firdaus Abu Bakar untuk tatapan serta inspirasi pambaca IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tinggal di kuarters syarikat atau pun kuarters kerajaan bukanlah penghalang untuk berdekor atau menghias kediaman sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga. Asalkan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Pokok pangkalnya terletak pada individu itu sendiri.
Ini dibuktikan oleh wanita ini yang mendiami kuarters polis empat bilik di Pulau Pinang. Kediaman ini dihias sebaik mungkin persis rumah sendiri. Dekorasinya simple dan menarik dengan penggunaan perabot yang minimal dan ringkas reka bentuknya.
Pemilik memilih tema putih yang mendominasi keseluruhan kediaman yang membuatkan ruang kelihatan luas dan lapang.
Memandangkan penghuni kediaman kuarters bila-bila masa boleh berpindah mengikut arahan pengurusan maka pemilihan perabot yang ringkas, kecil dan ringan adalah pilihan bijak. Ini kerana proses pemindahan akan lebih mudah dan cepat. Pemilik juga memilih set meja makan yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Secara keseluruhan dekorasi kuarters ini walaupun ringkas tetapi menarik dan begitu selesa buat wanita ini sekeluarga.
Tip dekorasi putih ala Scandinavian
Perabot kebiasaannya ringkas, kecil, ringan dan berpotongan minimalis.
Elakkan perabot berkerawang, bulky dan terlalu menonjol.
Gunakan fabrik polos dan bercorak ringkas. Less is more.
Anda boleh gabungkan dengan pemilihan lampu berpotongan ringkas. Elakkan chandelier seperti di hotel 5 bintang.
Hiasan dinding juga mampu menyerlahkan lagi dekorasi, piluh yang ringkas, abstrak atau corak geometri.
Boleh juga ingin menggabungkan elemen kayu, cermin dan besi.
Kombinasi warna putih dan warna-warna pastel sangat digalakkan.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.