Rumah adalah tempat di mana kita dapat merasa selamat dan menemukan kedamaian dan ketenangan. Tapi pernah tak anda rasa rumah yang anda diami terasa sempit dan tidak menenangkan?

Menerusi perkongsian di laman Facebook ada menyatakan bahawa andai rumah rasa sempit dan tidak selesa, digalakkan juga membaca surah al-Baqarah ini.

Solusi Rumah Terasa Sempit & Tak Selesa, Amal BACA Surah Al-Baqarah

Seperti mana kita tahu, surah al-Baqarah merupakan surah terpanjang di dalam al-Quran dengan mengandungi 286 ayat. Kelebihan surah al baqarah juga disebut dalam beberapa hadis antaranya syaitan ‘lari’ daripada rumah yang sering membaca surah tersebut.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ، فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ يَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ. ثُمَّ سَكَتَ سَاعَةً، ثُمَّ قَالَ: تَعَلَّمُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَآلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا الزَّهْرَاوَانِ، وَإِنَّهُمَا تُظِلاَّنِ صَاحِبَهُمَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ غَيَايَتَانِ أَوْ فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، وَإِنَّ الْقُرْآنَ يَلْقَى صَاحِبَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِينَ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ كَالرَّجُلِ الشَّاحِبِ. فَيَقُولُ لَهُ: هَلْ تَعْرِفُنِي. فَيَقُولُ: مَا أَعْرِفُكَ. فَيَقُولُ: أَنَا صَاحِبُكَ الْقُرْآنُ الَّذِي أَظْمَأْتُكَ فِي الْهَوَاجِرِ، وَأَسْهَرْتُ لَيْلَكَ، وَإِنَّ كُلَّ تَاجِرٍ مِنْ وَرَاءِ تِجَارَتِهِ، وَإِنَّكَ الْيَوْمَ مِنْ وَرَاءِ كُلِّ تِجَارَةٍ فَيُعْطَى الْمُلْكَ بِيَمِينِهِ وَالْخُلْدَ بِشِمَالِهِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ، وَيُكْسَى وَالِدَاهُ حُلَّتَيْنِ لاَ يُقَوَّمُ لَهُمَا الدُّنْيَا. فَيَقُولاَنِ: بِمَ كُسِينَا هَذَا ؟ وَيُقَالُ لَهُمَا: بِأَخْذِ وَلَدِكُمَا الْقُرْآنَ. ثُمَّ يُقَالُ لَهُ: اقْرَأْ وَاصْعَدْ فِي دَرَجِ الْجَنَّةِ وَغُرَفِهَا، فَهُوَ فِي صُعُودٍ مَا دَامَ يَقْرَأُ هَذًّا كَانَ أَوْ تَرْتِيلاً.

Maksudnya: “Belajarlah kamu semua surah al-Baqarah. Sesungguhnya mengambilnya adalah suatu keberkatan dan meninggalkannya adalah satu kerugian, serta tidak dapat meninggalkan hal itu oleh mereka-mereka yang batil.”

Ads

Selain membaca semua ayat, terdapat juga hadis menyatakan mengenai kelebihan membaca dua ayat terakhir dalam surah al-Baqarah ini.

Nabi SAW bersabda:

أَنَّ مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya: “Bahawa sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam, telah cukup baginya dengan keduanya.”

Ads

Anda boleh membaca surah al-Baqarah sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam waktu-waktu tertentu.

*Penggunaan radio dan memasang alunan surah ini tidak digalakkan.

IMPIANA : Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Ads

Artikel Menarik: Pros & Cons Guna MESIN BASUH Jenis Front Loader
Baca Lagi Disini:Cara Paling Berkesan Untuk Cuci Mesin Basuh, Modal Tak Sampai RM5.00 Pun!
Mesti Baca: Air Mesin Basuh Masuk Perlahan, Baiki Sendiri Modal Tak Sampai RM30

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI