
Ramai yang mengilai SSFHOME bukan? Siapa tidak kenal kalau sebut SFF!. Segalanya ada di sini, sebut sahaja SSF pasti semua akan nampak perhiasan putih dan seribu satu hiasan dalam rumah yang cantik-cantik. IMPIANA nak kongsikan berita baik untuk semua, anda mesti kunjungi SSFHOME + Pembukaan Besar! Pelbagai tawaran menarik
– Tawaran masa terhad DISKAUN 50% + 10% Storewide
– Dengan lebih dari 20 konsep rumah sebenar untuk diterokai.
– 14 ruang perabot rumah untuk dijelajahi.
– Terlalu banyak tempat OOTD dan Instagrammable
– Bilik pameran berukuran sehingga 60,000 kaki persegi















Hujung minggu ini pastinya menjadi lebih ceria dan bermakna untuk anda semua. JOM SERBU SSFHOME di Tingkat 2, MyTOWN untuk meraikan hari pembukaan secara besar-besaran dengan diskaun yang hebat untuk semua. Tunggu apa lagi… INGAT temujanji bersama anda di SSFHOME hujung minggu ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Januari Depan, Rasai Pengalaman ‘When Nature Meets Fun’ Di Taman Tema Air SplashMania!

Ada di kalangan anda yang sememangnya pencinta dengan taman tema air dan gemar melakukan aktiviti lasak serta menyeronokkan? Ini satu khabar gembira buat anda semua!
Sebuah taman tema air terbaru, SplashMania di bawah kendalian dan projek pembangunan oleh Gamuda Land bakal dibuka dan beroperasi secara rasmi pada Januari depan. Untuk maklumat anda, taman tema air SplashMania dengan keluasan tanah 18 ekar ini telah dibina di kawasan perbandaran baharu di Gamuda Cove, Selangor.
Dengan saiz keluasan tanah yang telah dibangunkan, anda boleh merasai pengalaman ‘When Nature Meets Fun’ di taman tema air SplashMania! Sangat menakjubkan!
Apa yang telah menarik perhatian IMPIANA, taman tema air SplashMania ini dibina dan dibangunkan dengan kawasan persekitaran lebih daripada 70% tumbuhan pokok semula jadi. Dengan ini, sudah pasti taman tema air ini akan mempunyai persekitaran yang segar serta menenangkan.
Bukan itu sahaja, taman tema air SplashMania bakal menyediakan sebanyak 24 gelongsor air mengagumkan dan mempunyai lebih 15 tarikan utama yang menarik kepada para pengunjung. Sudah pasti, para pengunjung yang bakal datang di taman tema air SplashMania akan merasai pengalaman yang menyeronokkan!
Dengan pembukaan secara rasmi bermula pada awal tahun hadapan, taman tema air SplashMania mensasarkan sebanyak 800,000 pengunjung yang bakal berkunjung ke taman tema air tersebut sehingga penghujung tahun.
Jadi, tunggu apa lagi? Mesti ramai yang sudah tidak sabar dan berasa amat teruja dengan pembukaan taman tema air SplashMania yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Untuk lebih info dan maklumat lanjut, sila layari di laman sesawang rasmi SplashMania.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tilam Lama Sudah Berpeta? Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan Kesan Kotoran

Tidak dinafikan, apabila tilam katil sudah lama digunakan pasti ada kesan kekotoran yang melekat dan sukar untuk dibersihkan. Jika mahu dicuci dengan cara biasa, anda akan berdepan dengan masalah kesukaran untuk mengangkat tilam keluar untuk mencucinya.
Tetapi kini, anda tidak perlu berasa bimbang dan khuatir kerana sudah ada kaedah mudah untuk mencuci kesan kekotoran pada tilam pada anda, nak pula yang sudah berpeta dan mengelikan.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya kini ada cara yang mudah untuk mencuci kesan kekotoran pada tilam anda hanya dengan menggunakan satu bahan pencuci sahaja. Jadi sudah pasti ia memudahkan kerja mencuci anda.
Anda disarankan untuk mencuci tilam anda dengan bahan pencuci ‘Multi Purpose Foam Cleaner’ ini. Bahan pencuci ini sangat mudah untuk digunakan dan anda boleh mengikut cara pembersihan seperti di bawah.
Lihat hasilnya, ternyata sangat menakjubkan dan permukaan tilam katil anda terlihat bersih tanpa sebarang kesan kekotoran. Betul tak? Selamat mencuba!
Sekiranya anda ingin mendapatkan ‘Multi Purpose Foam Cleaner’ ini dengan membuat pembelian di aplikasi Shoppe. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: ‘Free Postage’ Bagi Semenanjung Malaysia Kecuali Sabah & Sarawak, Wajarkah Untuk Dimansuhkan?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tidak Lagi Bergantung Pada ‘Generator’, Rumah Orang Asli Kini Ada Sistem Solar

Isi Kandungan
ToggleSebelum ini, ramai masyarakat Orang Asli bergantung kepada generator untuk mendapatkan bekalan elektrik. Namun, kampung-kampung ini kini dapat menikmati tenaga elektrik yang lebih bersih dan senyap melalui sistem solar.
Projek Kampung Solar
Terbaru, sebuah inisiatif daripada SOLS Foundation, Projek Kampung Solar membekalkan tenaga solar bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik di kampung-kampung Orang Asli/Asal.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengadakan bengkel pendidikan untuk mengajar kemahiran asas kewangan, cara mengelakkan penipuan dan kemahiran asas digital termasuk cara menggunakan internet dan kebaikannya seiring perkembangan dunia moden.
Sistem rumah solar bekalkan aliran elektrik stabil
Melalui Projek Kampung Solar, kampung Orang Asli/Asal yang telah dipilih akan menerima sistem solar rumah dimana, sistem ini akan membekalkan elektrik bagi memenuhi keperluan penduduk.
Penggunaan tenaga solar bukan sahaja jauh lebih selamat malahan ianya percuma. Lagipun, dengan adanya tenaga solar, penduduk kampung Orang Asli/Asal dapat menikmati bekalan elektrik yang stabil. Ini memberikan mereka lebih banyak masa untuk belajar, bekerja dan berkumpul pada waktu malam dengan lebih selamat.
Kejayaan Projek Kampung Solar setakat tahun 2024.
Setakat ini, Projek Kampung Solar telah membantu lebih 1,600 keluarga Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah.
Antara pencapaian projek ini adalah:-
- 1,633 rumah di 45 kampung Orang Asli di Semenanjung Malaysia telah menerima pemasangan solar.
- Di Sabah, 511 rumah di 12 perkampungan Orang Asal Sabah menerima pemasangan solar.
- 27 bengkel pendidikan telah diadakan untuk lebih 700 peserta, yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas.
Manfaat Projek Kampung Solar
1. Penjimatan kos: Isi rumah dapat menikmati penjimatan sehingga 80% kos tenaga (tidak perlu lagi membeli minyak tanah atau bahan api generator).
2. Kualiti hidup yang lebih baik: Anak-anak dapat belajar lebih lama pada waktu malam. Dalam masa yang sama orang dewasa boleh bekerja lebih lama tanpa risaukan cahaya.
3. Kesihatan yang lebih baik: Tanpa asap minyak tanah atau diesel, masalah pernafasan berkurang, persekitaran jadi lebih sihat.
4. Budidaya ekonomi: Elektrik membolehkan perniagaan kecil di kampung berjalan dengan lebih lancar, memberi peluang pekerjaan dan pendapatan.
5. Pendidikan & kemahiran digital: Bengkel tentang literasi kewangan dan literasi digital memberikan penduduk kemahiran penting untuk menguruskan kewangan mereka dan memanfaatkan teknologi untuk pendidikan serta pekerjaan dengan lebih baik.
Oleh itu, jom sumbang untuk membantu kampung Orang Asli/Asal menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Sumbangan boleh dilakukan melalui: https://donate.sols.foundation/
Setiap sumbangan amat dialu-alukan tanpa mengira nilai besar atau kecil.
Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’
Baca Lagi Di Sini: Kemas Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA), Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’!
Artikel Menarik: Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI