Strawberry tanah rendah memang tak rasa sama dengan yang ditanam kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland. Namun ia tidak lah mustahil. Selain pembiakan melalui anak pokok, strawberry boleh dibiakkan dari biji benih namun ia makan masa lebih lama berbanding pembiakkan keratan anak pokok

Dari Mana nak dapat biji benih strawberry? Buahnya tidak mempunyai biji di tengah apabila di makan seperti pada rambutan dan mangga. Sebenarnya, biji benih strawberi ada pada bahagian luar buahnya. Puan Leya Aalieya berkongsi cara pembiakkan strawberry dari biji benih di laman facebooknya.

Cara-cara biak strawberry dari biji benih

IKLAN

Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi1. pertama biarkan buah strawberry betul2 tua mcm ni (warnanya merah hitam) lepas tu keluarkan biji benih menggunakan cucuk gigi

Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi2. dan ini la biji benih tersebut…lepas tu tabur benih atas tanah ( jangan timbus biar kan atas tanah ja ) ( 31 jan time ni ) sy guna tanah biasa campur kompos
lepas tu siram bagi tanah sentiasa lembab dan lepas tu tunggu la dia tumbuh

IKLAN

Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi3. Kalau dh tumbuh kena tengok betul2 sbb rupa dia sama dgn rumput2 kecil..jgn pula di cabut ingatkan rumput ya. yang saya tanda merah tu rupa dia baru tumbuh (benda ni keci sangat)

IKLAN

Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi4. Selepas hampir 2 bln ini la hasilnya

Step-By-Step Biak Pokok Strawberi Dari Biji Benih Memang Menjadi5. Bila anak pokok sudah mengeluarkan sekurang-kurangnya 6 helai daun, ia sesuai di pindahkan ke dalam bekas tanaman kekal

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI