Step-By-Step “Deep Cleaning” Tilam Untuk Elak Anak Batuk Dan Selsema. Menukar cadar katil dan sarung bantal secara berkala adalah amat penting sebagai langkah penjagaan kebersihan terutama untuk anak-anak kecil. Hal ini kerana, walaupun nampak sahaja macam bersih tetapi anda perlu tahu bahawa habuk dan hama menjadi penyebab anak-anak selalu sakit.
Bukan sahaja sarung yang perlu ditukar, malah tilam yang anda atau anak tidur pun sebenarnya perlu dibersihkan. Berat, macam mana nak bersihkan? Mudah sahaja, anda guna cara DIY untuk membasmi kuman yang terperangkap dalam tilam di rumah tu!
Tilam ni tempat biak banyak kuman-kuman kan mcm kita tengok iklan febreez tu..kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sangat perlu ok. Nak angkat tilam jemur memang tak larat la kan nak nak kalau tilam 12 inch tu..so boleh guna cara ni tuk buat deep clean mattress..boleh try buat dalam 4 bulan sekali or time ade family members yang demam ke sakit..
Ads
1) Vacuum tilam guna kepala vakum yang kecik muncung tirus tu (tak guna untuk vacum lantai)
2) Hilangkan stain dekat tilam : terpulang la pakai cara apa pun..for me lebih suka letak baking soda, sembur dengan cuka biarkan seketika, gosok dengan kain ( boleh skip step ni kalau tilam tak kotor)
3) Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam..utk serap moisture n odour
4) Vacum lebihan soda bikarbonat tu
5) Spray dettol + air
6) Anginkan tilam dengan bukak tingkap semua
Dah siap..senang kan?
Selain itu juga, anda boleh beli vakum khas untuk tilam ni. Dah murah sekarang. Harga dalam RM 100++. Ramai dah guna dan puas hati. Klik je link ni
Sekarang ni, tak kira usia dah ada telefon sekarang ni. Bila masa nak mengecas, berebut-rebut nak-nak apabila socket yang tersedia sangat terhad. Apa kata, tukar soket anda kepada Socket yang ada USB port seperti yang dilakukan oleh Mohd Azhar Ali.
Dalam satu socket boleh muatkan 2 USB dan satu socket biasa. Tambahan, sekarang banyak juga alat elektronik yang voltan rendah seperti lampu juga menyediakan sambungan USB. Ni cara ganti sendiri Socket yang ada port USB
1. Buka yang lama. Kebanyakkan sockte berkualiti, bahagian skru ni tak kelihatan, ada penutup bulat kecil atau ada penutup khas untuk keseluruhan permukaan socket. Perlu humpil sikit bagi penutup tu terbuka
2. Ni socket ada USB port yang baru di beli online j
3. Dah buka yang lama. Oh! jangan lupa tutup MCB (Miniature Circuit Breaker) tak pun tutup je semua kalau tak tahu MCB yang mana
4. Putuskan atau cabutkan wayar dari socket asal
5. Oleh kerana belakang plug socket yg baru ada transformer utk mengawal voltage dan tukang yg sebelum ni buat kerja tak berapa kemas, jd saya perlu buang lebihan simen tu..
6. Ok.. sekarang dah boleh masuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi mereka yang menggunakan permukaan kaunter (counter top) dari konkrit dengan kemasan jubin mesti pernah alami masalah tiba-tiba bahagian tepi kemasan tercabut. Hal ini akan berlaku pada counter top lama. Bagi yang baru di bina, tapi mengalami masalah yang sama, kebiasaanya berpunca dari jumlah motar yang sangat sedikit.
Kebanyakkan antara kita kalau panggil kontraktor, sudah pasti penyelesaian yang akan diberikan adalah pecah dan tampal baru. Sebenarnya, ada penyelesaian lebih mudah, cepat dan jimat kos.
Melalui perkongsian Ahmad Zunairi Mohamad di dalam group Tukang Apa Hari Ini, Masalah jubin di bahagian tepi counter top selesai dengan beberapa cadangan mudah dan boleh dilakukan sendiri oleh rakan-rakan group tersebut. Antaranya adalah:
1. Silicon bond
Boleh beli di hardware. dan sapu pada bahagian jubin. Lekatkan sahaja. Sementara tunggu gam kering sepenuhnya, boleh guna pelekat kertas sebagai pemegang sementara. Macam kita buat wainscoting
Kalau beli online satu set gam ni dengan pistolnya baru RM 14.90 dekat kedai online ni https://invol.co/clql6i
2. Tile adhesive
Kena pecahkan sikit bekas simen. Sapukan tile adhesive tadi pada jubin yang tercabut dan permukaan konkrit asal. Kemaskan sementara dengan pelekat kertas
Rutin hujung minggu bagi si ibu adalah mengemas dan mencuci pakaian. Bagi keluarga besar atau yang hanya mencuci seminggu sekali, baju yang menimbun mesti berat untuk diangkat ke tempat mencuci. Nak-nak yang sudah di basuh dan masih basah. Tersalah angkat, sakit pinggang pula.
Namun, Puan Asma Asnidayu punya cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Puan Asma mengambil keputusan untuk DIY sendiri je bakul baju beroda.
Tak perlu tunggu suami untuk buat bakul baju beroda ni. kalau beli di kedai, mahu harganya berpuluh ringgit. Buat sendiri puas hati nak macam mana pun boleh buat. Nak tinggi ke rendah ke. Ikut bajet sendiri. Saya buat bakul baju beroda ni tak sampai RM 15 pun.
Bahan-bahan:
Bakul kain (guna yang ada dirumah)
4 biji roda boleh pusing 360 darjah – RM 4.24
Cable tie 1 peket-RM 2.12
3 batang paip PVC (sebagai tempat pemegag- RM 1.60×3
Sesiku L Paip PVC – RM 0.50×2
Cara-cara:
1. ikat Roda pada bahagian sudut bawah bakul dengan menggunakan cable tie
2. Potong lebihan cable tie
3. Cantumkan paip PVC dan sesiku L. Nak cantik bahagian pemegang ni, balutan dengan wallpaper
4. Ikatkan bahagian pemegang PVC tadi pad bakul dengan menggunakan cable tie dan potong lebihannya
DAH SIAP!!!
Sumber:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.