Salah satu bahan wajib ada untuk tujuan memudahkan dan mempercepatlan kerja-kerja memasak di dapur ialah stok cili kering yang telah siap dikisar. Namun stok cili kering kisar biasanya hanya tahan satu minggu atau paling lama pun satu bulan.
Roazura Bahari berkongsi teknik menghasilkan cili kering kisar yang boleh tahan ‘jangka hayatnya’ selama tiga bulan. Selepas ini anda bolehlah buat stok cili kering kisar untuk tempoh penggunaan tiga bulan.
Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet
1. Potong-potong cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan , buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar
3. Tambah garam kasar, minyak masak, air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili).
# air perahan asam jawa boleh juga menggantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Guna bila perlu sahaja.
Cili kisar ini tahan selama tiga bulan. Masa nak masak nanti, hanya seimbangkan dengan bahan-bahan yang lain.
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.