Dekorasi

Stoking Terpakai Mampu Hasilkan Hiasan Cendawan Di Laman

Share

Hiasan berbentuk cendawan kini menjadi pilihan ramai peminat seni laman kerana rekaannya yang comel dan mudah disesuaikan dengan pelbagai tema taman.

Tapi siapa menyangka minat menghias kediaman dan taman memberi idea kepada seorang suri rumah untuk membuat cendawan comel daripada simen sebagai dekorasi tambahan.

cendawan laman

Menurut Noraini Zakaria, 54, idea juga tercetus apabila dia melihat banyak cendawan untuk hiasan yang dijual melalui media sosial.

Noraini kemudiannya berusaha mencipta cara mudah untuk menghasilkan hiasan itu dengan menggunakan simen bermula awal Februari tahun ini.

Uniknya juga, pembuatan cendawan itu tidak menggunakan acuan khas tetapi hanya stoking terpakai untuk kaki cendawan manakala acuan kepalanya pula kain dan pakaian terpakai.

“Prosesnya juga tidak sukar kerana hanya perlu mencampurkan pasir, air serta simen sebelum digaul rata dan dimasukkan dalam stoking,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Noraini memberitahu, boleh menyiapkan cendawan hiasan dalam tempoh tiga hingga empat hari termasuk mengecat dan mengering.

Bagaimanapun ibu kepada lima anak berusia 15 hingga 28 tahun ini juga mengakui membuat cendawan bersaiz kecil lebih mencabar kerana kerana perlu fokus untuk membentuk selain proses mewarna yang agak lama.

Selain cendawan hiasan, Noraini turut membuat tapak gajah berbentuk kepala watak kartun Mickey Mouse dan kumbang.

Mesti Baca:‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!
Baca Lagi Di Sini:Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Artikel Menarik:Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat

Sumber : Sinar Harian

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Nana