Apabila tiba waktu untuk membersihkan rumah, pasti ada dikalangan anda berasa stres dan pening untuk membersihkan debu habuk yang melekat pada permukaan perabot seperti kabinet televisyen, meja, sofa, celah-celah langsir dan sebagainya.
Nak pula tu, kekotoran debu habuk ini masih ada dan melekat di permukaan perabot dalam rumah anda padahal anda baru sahaja membersihkannya beberapa hari yang lalu. Pelik kan?
Walaupun pelik, perkara tersebut sememangnya benar dan berlaku. Jadi tidak hairan lah kalau ada yang berasa stres ketika mahu mencuci debu habuk yang ada di dalam rumah.
Tetapi kini anda tidak perlu berasa stres dan pening untuk membersihkannya kerana ada petua mudah yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ads
Menerusi perkongsian akaun Instagram milik Jason Jezi, ada berkongsi tip dan petua mudah untuk membersihkan debu habuk di dalam rumah anda dengan menggunakan beberapa campuran cecair pencuci.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah;
1 Sudu Olive Oil
2 Sudu Sabun Pencuci Cecair
2 Sudu Cuka
1 Cawan Air
3-4 Titisan Essential Oil
Akhir sekali, campurkan kesemua bahan tersebut dan tuangkan ke dalam botol penyembur kemudian goncangkan selama beberapa saat.
Ads
Selepas itu, campuran cecair tersebut sudah boleh untuk diguna pakai bagi kerja-kerja mencuci debu habuk yang ada di dalam rumah anda. Mudah kan? Selamat mencuba!
Sumber: Instagram Jason Jezi
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Spring Cleaning merupakan terma yang digunakan di negara 4 musim untuk kerja-kerja pembersihan secara total di musim bunga (Spring).
Tetapi buat negara kita yang beriklim khatulistiwa ini, aktiviti Spring Cleaning biasanya dilakukan sebelum tibanya musim perayaan. Ketika itulah, pemilik akan ‘tunggang terbalik’ kan seluruh kediaman untuk cuci, berus, sental segala celah penjuru dan sudut yang terdapat di kediaman.
Sebagai salah satu proses spring cleaning, segala barang atau peralatan yang sudah tidak berguna lagi juga perlu dihapuskan. Tapi, yang sering menjadi masalahnya ialah, apa yang patut dibuang, dan apa yang masih boleh disimpan?
Sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk membuang barang lama yang tidak diperlukan lagi kerana bagi mereka item tersebut “mungkin” akan dikunakan lagi satu hari nanti, atau pun item tersebut mempunyai nilai sentimental buat mereka. Salah tu..
Jadi bagi memudahkan kerja anda, IMPIANA senaraikan 9 jenis barangan yang patut anda buang saja dari kediaman jika nak rumah yang kemas dan bersih.
1- KERTAS
2- PAKAIAN LAMA/ YANG SUDAH TIDAK MUAT
3- MAKANAN YANG BASI/ TIDAK DISUKAI
4- BUKU YANG SUDAH DIBACA
5- STOKIN TANPA PASANGAN
6- KRIM KOSMETIK TAMAT TEMPOH
7- PEN TIADA DAKWAT
8- BARANG ELEKTRIK ROSAK
9- BOTOL AIR PLASTIK
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah apartmen, teres mahupun banglo semuanya mempunyai kelebihan masing-masing. Tidak semestinya, apartmen tidak boleh dideko setanding banglo. Jangan jadikan ruang yang terhad sebagai alasan untuk tidak menghias cantik rumah anda kerana kediaman yang menepati citarasa pemilik pasti akan mempengaruhi ‘mood’ kita.
Walaupun kediaman kecil dengan ruang yang terhad menjadikan proses mendeko agak sukar, tiada apa yang mustahil jika anda tetap berusaha dan gunakan kreativiti bagi mengubah ruang yang ada menjadi bukan sahaja lebih selesa malah lebih menarik.
Dalam perkongsian kali ini, IMPIANA himpunkan beberapa idea dan inspirasi buat anda yang ingin menatarias ruang makan didalam rumah dengan saiz yang kompak. Enjoy!
Sumber imej : Hasil carian Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Baru-baru ini saya mengecat sebuah almari kayu lama bagi kelihatan lebih menarik. Namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan, ia semakin kelihatan seperti perabot murah. Terdapat kesan cat yang tidak begitu kemas, bagaimanakah cara sebenar bagi mengecat perabot jenis kayu?”- Pembaca IMPIANAPernah tak anda mengalami situasi seperti ini? Niat asal hendak cantikkan perabot lama tapi hasilnya amat mengecewakan. Jadi, jika anda ingin mengelak daripada situasi ini, Anda harus mengetahui langkah yang betul.
Kita berfokus kepada perabot jenis kayu. Sekiranya anda mempunyai struktur kayu di laman seperti gazebo, dek kayu, perabot, pagar kayu dan sebagainya, anda wajib membuat rawatan kayu dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali. Bagi proses seperti merawat perabot kayu kesayangan, anda harus mengetahui beberapa tip dan info mengenainya. IMPIANA berkongsi kepada anda bagaimana struktur kayu yang kelihatan usang boleh kembali baru dengan teknik mengecat yang betul.
Pemilihan jenis cat haruslah bersesuaian untuk kayu. Cat jenis ini kebanyakan tidak mengeluarkan bau seperti cat yang lain. Bahan asasnya iaitu air memudahkan anda untuk tidak menggunakan terpeting.
Sebelum proses mengecat, anda harus gosok dahulu permukaan kayu perabot dengan kertas pasir halus supaya tiada sebarang kotoran. Permukaan kayu yang bebas daripada kotoran memudahkan proses mengecat dan lapisan cat dapat melekat dengan baik pada perabot. Lap permukaan kayu dengan kain basah bagi meresap debu dan biarkan mengering.
Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan pada permukaan perabot kayu.
Cat permukaan kayu yang telah disapu dengan primer kayu atau primer serbaguna ( gunakan primer serbaguna jika anda ingin mengecat pada permukaan cat lama).
Biarkan kering sepenuhnya lalu gosok sekali lagi menggunakan kertas pasir yang halus secara perlahan dan bersihkan debu dengan kain basah. #
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.