Setiap ruang dalam kediaman sudah semestinya mempunyai susun atur yang tersendiri, di mana terdapat ruang tamu, ruang bilik tidur, ruang keluarga, mahu pun ruang dapur. Ia dibahagikan mengikut kesesuaian kediaman tersebut, supaya kelihatan lebih kemas dan mudah diakses oleh seisi keluarga.
Setiap ruangan akan mempunyai susun atur atau dekorasi yang tersendiri, di mana perabot, atau perkakas akan diletakkan pada satu-satu sudut tertentu. Ianya tidak terkecuali juga, bagi ruangan dapur, yang akan sentiasa digunakan, sama ada sewaktu menyediakan hidangan, atau mungkin hanya untuk mendapatkan sesuatu makanan.
Tetapi, kebanyakan dari anda, khususnya kaum ibu dan wanita, mungkin akan mengalami sedikit kesukaran dalam memastikan susun atur di dapur tampak lebih praktikal, atau mudah untuk diakses. Lebih-lebih lagi, jika mempunyai banyak barang dapur yang perlu disusun. Adakah caranya supaya dapur lebih kemas dan tersusun? Ya, sudah tentu ada. Jom ikuti 7 tips cara mengemas dapur ini.
7 Tips Kemas Ruang Dapur
1. Buat list setiap minggu untuk barang dapur. Ini memudahkan kita untuk mengetahui stok barang yang sudah hampir habis atau yang perlu dibeli. Sebelum pergi shopping barang dapur, anda perlu buka kabinet dan check apa yang dah habis apa yang perlu dibeli untuk tambah stok supaya mudah buat “things to buy list”
2. Susun barang dapur mengikut jenis seperti rempah, jenis-jenis tepung, jenis-jenis gula, pasta dan sebagainya.
3. Bekas-bekas yang seragam akan menjadikan barang nampak lebih teratur dan kemas. Macam botol-botol rempah atau jem tu saya beli satu katon dengan harga tak sampai rm20 pun. Sekarang macam-macam kedai ada seperti daiso/diy untuk cari bekas2 yang sesuai.Jika mahu anda juga boleh melabur sedikit untuk membeli barangan plastik tahan lama seperti tupperware dan sebagainya.
4. Biasakan kemas dan lap sebaik selesai masak supaya kotoran dan minyak tidak melekat.
5. Sentiasa letak barang di tempat asal selepas menggunakannya. Anda akan lebih mudah untuk ambil dan guna bila diperlukan.
6. Gunakan semua stok yang ada sebelum tarikh luput. Jangan simpan stok makanan anda terlalu banyak sehingga ruang penyimpanan penuh.
7. Limitkan penggunaan dapur. Nak dapur cantik kekal bersih, tapi malas untuk mengemas! Jadi langkah terakhir yang boleh anda ambil adalah limitkan penggunaan dapur. Barulah dapur kelihatan seperti ‘showroom’.
Selamat menguruskan rumahtangga dengan cara yang sistematik. Tip yang dikongsikan mungkin akan membantu anda dalam mengemas, atau menyusun atur ruangan dapur anda dengan lebih sistematik. Bagi yang baharu mengubah suai dapur, atau berpindah rumah, boleh rujuk tip ini untuk menampakkan ruangan dapur anda lebih tersusun.