Sudah menjadi lumrah bagi golongan suami mencuba sedaya upaya untuk memenuhi setiap yang dihajati para isteri. Seperti yang telah dikongsikan saudari Esm Shafizawati di laman Facebook, ruang stor bawah tangga yang pada asalnya tempat menyimpan barangan lama di kediamannya telah berjaya diubahsuai menjadi pantri terbuka, hasil sentuhan suami sendiri. Sudut ini telah lama diidamkan oleh Shafizawati dan dalam tempoh 4 hari sahaja, pantri terbuka ini telah siap. Setiap proses dilakukan sendiri oleh Shafiza dan suami menjadikan pantri ini lebih istimewa.
My Dream Pantry
“Alhamdulillah, tercapai impian nak memiliki pantry terbuka. Terima kasih suamiku bertungkus lumus siapkan pantry ni.
Bukan apa, ada pantry ni senang kita nak mengemas. Nak cari barang masak pon mudah. Tak lah punggah sana sini.
Dan paling penting, stok makanan kita tak sempat expired, sebab kalau simpan dalam kabinet kadang kita lupa dan selalunya terbeli lagi walau dah ada.
Kalau nak tambah stok pon senang sebab mana yang menyusut tu kita nampak. Jadi pembaziran atau lambakan stok dapat dielakkan.
Asalnya tempat ni stor bawah tangga, bila jadi pantry nampak luas pulak dia”
Nak memulakan proses makeover kadangkala kedengaran amat rumit sekali. Anda mungkin keliru dan tidak pasti dari mana nak dimulakan.
Seperti hal-hal yang lain, proses ubahsuai juga perlukan perancangan yang rapi. Kenalpasti ruang sedia ada dan apa perubanhan yang ingin dilakukan. Selain itu, faktor bajet juga perlu diambil kira agar proses berjalan lancar.
Jika bajet mengizinkan, boleh lah upah saja kontraktor. Tetapi buat anda yang mahu berjimat dan sukakan cabaran, boleh buat sendiri ubahsuai yang diingini.
Kali ini, melalui perkongsian di akaun facebooknya saudara Ahmad Aqari ada menerangkan satu persatu langkah yang dilakukan bagi proses makeover tandas.
HANYA GUNA CAT, INI CARA MAKEOVER BILIK AIR LAMA JADI BARU DENGAN BAJET RENDAH
Proses kali ini makan masa sedikit disebabkan ada rakan² yg request untuk kita record video semasa proses cat dilakukan. Video sudah pun di-upload di Youtube. Sila tekan link dibawah
LANGKAH-LANGKAHNYA :
Sebelum memulakan proses cat, make sure BERSIHKAN tandas sampai betul² KERING tiles yang nak dicat tu.
STEP 1 (Undercoat), sapukan Primer/Hycote 51WT (Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dgn kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan shj dan rata. Tunggu ianya betul² kering sebelum memulakan Step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8jam minima untuk keringkan.
**Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jgn buang masa, dalam tempoh 1jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku**
STEP 2 (Top Coat), sapukan Protective Coatings/EA4 Finish (campurkan dgn Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing². Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16jam untung keringkan.
**(Sama juga mcm step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1jam)**
Selepas complete 2 Step tersebut, tunggu sehingga betul² kering sebelum ianya boleh digunakan.
FRIENDLY REMINDER, make sure pakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.
Kepada mereka² yang tangan ada seni, nak lukis corak² dkt tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing².
Selamat mencuba.
Feel free to share. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Air beras, antara sisa dapur yang orang dulu-dulu TAK AKAN BUANG. Ia bukan sahaja bagus untuk memutih dan meregangkan kulit, malah banyak khasiatnya pada tanaman. Huda zainal berkongsi khasiat air basuhan beras yang siram pada tanaman di dalam facebook miliknya.
Zaman belum berjinak dengan pokok, air basuhan beras ni memang akan buang je. Namun semenjak dah berjinak dengan tanaman, air bilasan beras ni Huda akan guna untuk pokok-pokok.
Bilasan air beras yang berwarna putih disebabkan oleh kanji. Ia mampu menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk akar.
Ada juga mineral seperti nitrogen, potassium dan phosphorus dalam air beras. Semua tu bagus untuk tumbesaran pokok. Hah, ingat manusia je ke yang nak mineral. Pokok pun nak.
Satu lagi buat macam ni supaya kurangkan pembaziran air. #zerowaste.
Subur juga pokok-pokok ni, padahal tuan dia tak baja pun.
Zaman belum berjinak dengan pokok, air basuhan beras ni memang akan buang je. Namun semenjak dah berjinak dengan…
Masihkah anda ingat dan kenal dengan figura pereka hiasan dalaman terkenal, Dr. Eric Leong yang pernah muncul di kaca televisyen suatu ketika dahulu? Mesti anda ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai beliau.
Hasil tinjauan IMPIANA di laman maya mendapati pereka hiasan dalaman terkenal tanah air kini berkhidmat sebagai pembantu Profesor di sebuah institusi pengajian tinggi, New Era University College, Kuala Lumpur.
Meski tidak lagi kelihatan muncul di mana-mana saluran di kaca televisyen, ikon pereka hiasan dalaman ini tetap aktif dan sentiasa setia bersama para pengikut laman media sosialnya di Instagram, Facebook dan Clubhouse.
Selain itu, figura terkenal ini juga dilihat telah mengisi masa untuk pergi bercuti ke luar negara antaranya Greece, Paris, Filipina, China dan banyak lagi.
Dr. Eric Leong sebelum ini merupakan bekas hos rancangan Casa Impian yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria, sekitar 20 tahun yang lalu.
Casa Impian adalah sebuah rancangan mengetengahkan idea rekaan hiasan dalaman dan cara mengubahsuai rumah supaya tampak lebih cantik serta bergaya kepada para penonton.
Konklusinya, pereka hiasan dalam popular ini sebenarnya tidak menghilang, malah masih kekal aktif dalam bidang kerjaya yang diceburinya. Semoga Dr. Eric Leong terus berjaya dan diharapkan kembali muncul di kaca televisyen. Pasti ada yang rindu betul tak?
Foto: Instagram Dr. Eric Leong
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.