Sudah menjadi lumrah bagi golongan suami mencuba sedaya upaya untuk memenuhi setiap yang dihajati para isteri. Seperti yang telah dikongsikan saudari Esm Shafizawati di laman Facebook, ruang stor bawah tangga yang pada asalnya tempat menyimpan barangan lama di kediamannya telah berjaya diubahsuai menjadi pantri terbuka, hasil sentuhan suami sendiri. Sudut ini telah lama diidamkan oleh Shafizawati dan dalam tempoh 4 hari sahaja, pantri terbuka ini telah siap. Setiap proses dilakukan sendiri oleh Shafiza dan suami menjadikan pantri ini lebih istimewa.
My Dream Pantry
“Alhamdulillah, tercapai impian nak memiliki pantry terbuka. Terima kasih suamiku bertungkus lumus siapkan pantry ni.
Bukan apa, ada pantry ni senang kita nak mengemas. Nak cari barang masak pon mudah. Tak lah punggah sana sini.
Dan paling penting, stok makanan kita tak sempat expired, sebab kalau simpan dalam kabinet kadang kita lupa dan selalunya terbeli lagi walau dah ada.
Kalau nak tambah stok pon senang sebab mana yang menyusut tu kita nampak. Jadi pembaziran atau lambakan stok dapat dielakkan.
Asalnya tempat ni stor bawah tangga, bila jadi pantry nampak luas pulak dia”