Tidak dinafikan, ada segelintir pasangan suami isteri yang berkongsi kata laluan atau kod nombor PIN ATM akaun bank masing-masing antara satu sama lain setelah sekian lama mendirikan rumah tangga bersama.
Mungkin dilihat jarang-jarang terjadi di sekeliling rakan-rakan atau keluarga terdekat anda, namun situasi sedemikian sememangnya berlaku di sekeliling masyarakat kita.
Bagi anda yang sudah berkahwin dan baru sahaja selepas kematian suami, mungkin situasi seperti ini sangat berkait rapat dengan diri anda khususnya bagi mereka yang sememangnya mengetahui kod nombor PIN ATM akaun bank kepunyaan arwah suami.
Maka, perkara ini sudah semestinya menjadi persoalan kepada balu adakah mereka dibenarkan untuk mengeluarkan duit arwah suami dan digunakan oleh si isteri?
Foto sumber: Sabah Post
Menerusi satu perkongsian seorang individu di laman media sosial Twitter, ada memberikan penerangan berhubung perkara tersebut kepada orang ramai.
Ads
“Suami saya meninggal dunia..Saya tahu no pin ATM arwah.. Boleh ke saya nak keluarkan sikit duit dari akaun suami saya? Untuk kes macam ni dibenarkan atau tidak?,” tulisnya.
Jelas pemilik akaun yang bernama Zaidi Nordin ini, ada beberapa perkara yang perlu untuk para isteri tahu khususnya bab pengurusan dan pembahagian harta selepas kematian suami.
Antara beberapa perkara yang para isteri perlu tahu adalah seperti berikut;
1) Wang simpanan dalam akaun melebihi RM10,000.
Jika LEBIH daripada nilai RM 10,000, perintah atau surat daripada pihak berauthoriti diperlukan. Perintah atau surat ini dinamakan “Surat Kuasa”. Ingat, jangan sesekali keluarkan duit si mati melalui ATM atau ‘online transfer’. Semua ni akan direkodkan.
Berbalik kepada situasi pertama ni, waris kena pergi ke setiap bank (kalau boleh) untuk double confirm arwah ada tak memiliki akaun bank kat situ.
Ads
Lepas tu waris kena pergi ke Pejabat Tanah untuk minta surat kuasa untuk keluarkan duit dari akaun arwah. Tapi pejabat tanah akan ambil masa beberapa bulan utk proses.
Lepas surat kuasa dikeluarkan, waris kena datang collect balik di pejabat tanah & submit dekat bank tersebut. Bank akan proses dan barulah duit arwah akan direleasekan ke Amanah Raya.
Amanah Raya akan buat pengiraan dan kenal pasti semua hutang2 si mati termasuk tunggakan cukai LHDN (Jika Ada).
Jika sudah selesai atau tiada tunggakkan cukai LHDN, dan hutang-hutang arwah lain seperti loan kereta, loan rumah, kad kredit, personal loan & sebagainya. Barulah lebihan dari wang tersebut akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid.
2) Wang simpanan dalam akaun kurang RM10,000.
Ada segelintir pasangan keluarkan sebahagian duit sebelum akaun si mati dibekukan sama spt soalan di awal thread. Untuk kes begini, kalau waris si mati yang lain (yang layak dapat bahagian faraid) tahu pasal ni, mereka ada hak untuk tuntut bahagian dorang dalam jumlah duit yang dah dikeluarkan tadi.
Ads
Kita kena faham, jika ada salah satu dari harta kita yang difaraid telah terguna pakai sebelum perbicaraan & ada tuntutan dari waris faraid lain,selagi itulah harta tersebut & harta2 arwah yang lain akan dibekukan..Masalah pembahagian harta mengikut faraid takkan selesai.
Pasal bergaduh bab harta ni orang dah tau kan… tapi sekarang ni kalau tak gaduh pon nak cairkan harta ni pun lama… antara sebab:
Andaikan ada 10 waris bekerja kena ambil cuti untuk ke pejabat berkaitan utk settlekan harta pusaka. Berapa hari je yg semua waris sanggup ambil cuti setiap tahun? Perbicaraan tetap akan berjalan sehingga semua waris hadir & tiada perbalahan pendapat mengenai portion faraid.
Tukar nama kene bayar stamp duty. Waris takde duit nak bayar stamp duty. Stamp duty tak murah.. bergantung pada harga asset.
Waris dah ada kerja dan asset sendiri jadi asset harta pusaka tu dibiarkan sahaja – walhal benda ni kalau taknak pon boleh la jual dan manfaatkan org lain. Atau duit penjualan boleh disedekahkan atas nama si mati.
Solusinya dengan mengambil pelan hibah yang ada manfaat wang pengurusan harta pusaka
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Untuk memiliki ruang dapur yang cantik dan bersih sebenarnya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Anda hanya perlu rajin untuk mengemas dapur anda, namun permasalahan tiada ruang penstoran atau kabinet dapur menyukarkan aktiviti mengemas dapur. Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat sendiri kabinet dapur anda.
Shuhaimi Zulkefli telah menghasilkan sebuah kabinet dapur yang istimewa buat isteri tersayang. Shuhaimi tidak menggunakan barang yang mahal tetapi hanya menggunakan rak buku sedia ada dan akhir diubah menjadi kabinet dapur. Ruang dapur pasti akan kelihatan kemas dengan kabinet ini. Jom kita hasilkan, sangat mudah dan menjimatkan.
Almari pakaian sentiasa kemas dan rapi, ada cara dan ‘tertib’ yang kita kena buat. Almari pakaian adalah salah satu keperluan utama dalam sesebuah kediaman. Memilikinya mudah, tetapi untuk menjaganya amat susah terutamanya golongan berkerjaya.
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan.
Berikut cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun:
GUNAKAN PENYANGKUT PAKAIAN YANG SAMA
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
PASTIKAN SEMUA PAKAIAN DIGANTUNG MENGHADAP ARAH YANG SAMA
Demi memastikan almarikelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT KOD WARNA
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
SUSUN BAJU DENGAN RAPI
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
Kredit foto: Pexels
CIPTA SATU SUDUT UNTUK CAPAI DAN GERAK
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
TERKENAL dengan kelantangan ketika mengkritik, siapa yang tidak kenal pengarah dan produser terkenal Michael Ang.
Michael Ang menitipkan nasihat buat para anak muda di negara ini untuk bijak merancang mengenai kehidupan dan masa hadapan mereka. Menurut sudut pandang Michael, seseorang itu seharusnya sudah pun mempunyai sebuah rumah sendiri selewat-lewatnya pada usia 28 tahun.
Disamping itu juga, Michael turut merasakan para anak muda harus bijak membuat simpanan dan mempunyai kenderaan sendiri.
“Nasihat kepada anak-anak muda Malaysia, please plan for your life. Before 28 tahun mesti rumah. Tak kisahlah kalau flat je pun (aku pun duduk flat je).
“Sedikit wang saving dan kenderaan sendiri (kereta atau motosikal okay je). Berhutang tu make sure boleh bayar balik monthly,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Tikam itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Michael turut menambah, sekiranya pada usia tersebut para anak muda ini masih lagi tidak memiliki aset-aset tersebut, mereka seharusnya memikirkan kembali tujuan asal kehidupan mereka.
Katanya lagi, para anak muda ini juga seharusnya bijak untuk membezakan diantara keperluan dan kehendak.
“Kalau yang baca dan dah lebih 28 tahun dan tiada seperti yang di atas, baik korang fikirkan hidup korang. And do something about it.
“Tak payahlah habiskan duit beli benda untuk tunjuk dekat orang yang kau ada kelas dan mampu,” ujarnya lagi.
Jelas Michael lagi, teguran tersebut atas dasar perihatin untuk peringatan bersama.
“Kepada anak-anak muda yang hari-hati kat social media post pakai Christian Dior, Louie Vuitton, Gucci, Iphone13 max pro, bawak BMW or imported cars dan big bikes TAPI masih duduk dengan mak bapak dan kena tanggung atau pun sewa bilik aje sebenarnya! Sedar la ya!
“IKEA tengah sales tu. Sila pergi beli cermin! Nasihat aje bukan mengata ya!,” kongsinya lagi.
Sehingga kini posting berkenaan telah pun meraih lebih 53,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.
Rata-rata netizen dan rakan artis turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Michael selain turut berharap agar teguran tersebut dapat memberi kesedaran kepada banyak pihak terutamanya anak muda.
IMPIANA: Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Micheal Ang ni!
Artikel ini diambil dan diolah dari Media Hiburan.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.