Tidak dinafikan, ada segelintir pasangan suami isteri yang berkongsi kata laluan atau kod nombor PIN ATM akaun bank masing-masing antara satu sama lain setelah sekian lama mendirikan rumah tangga bersama.
Mungkin dilihat jarang-jarang terjadi di sekeliling rakan-rakan atau keluarga terdekat anda, namun situasi sedemikian sememangnya berlaku di sekeliling masyarakat kita.
Bagi anda yang sudah berkahwin dan baru sahaja selepas kematian suami, mungkin situasi seperti ini sangat berkait rapat dengan diri anda khususnya bagi mereka yang sememangnya mengetahui kod nombor PIN ATM akaun bank kepunyaan arwah suami.
Maka, perkara ini sudah semestinya menjadi persoalan kepada balu adakah mereka dibenarkan untuk mengeluarkan duit arwah suami dan digunakan oleh si isteri?
Menerusi satu perkongsian seorang individu di laman media sosial Twitter, ada memberikan penerangan berhubung perkara tersebut kepada orang ramai.
“Suami saya meninggal dunia..Saya tahu no pin ATM arwah.. Boleh ke saya nak keluarkan sikit duit dari akaun suami saya? Untuk kes macam ni dibenarkan atau tidak?,” tulisnya.
Jelas pemilik akaun yang bernama Zaidi Nordin ini, ada beberapa perkara yang perlu untuk para isteri tahu khususnya bab pengurusan dan pembahagian harta selepas kematian suami.
Antara beberapa perkara yang para isteri perlu tahu adalah seperti berikut;
Jika LEBIH daripada nilai RM 10,000, perintah atau surat daripada pihak berauthoriti diperlukan. Perintah atau surat ini dinamakan “Surat Kuasa”. Ingat, jangan sesekali keluarkan duit si mati melalui ATM atau ‘online transfer’. Semua ni akan direkodkan.
Berbalik kepada situasi pertama ni, waris kena pergi ke setiap bank (kalau boleh) untuk double confirm arwah ada tak memiliki akaun bank kat situ.
Lepas tu waris kena pergi ke Pejabat Tanah untuk minta surat kuasa untuk keluarkan duit dari akaun arwah. Tapi pejabat tanah akan ambil masa beberapa bulan utk proses.
Lepas surat kuasa dikeluarkan, waris kena datang collect balik di pejabat tanah & submit dekat bank tersebut. Bank akan proses dan barulah duit arwah akan direleasekan ke Amanah Raya.
Amanah Raya akan buat pengiraan dan kenal pasti semua hutang2 si mati termasuk tunggakan cukai LHDN (Jika Ada).
Jika sudah selesai atau tiada tunggakkan cukai LHDN, dan hutang-hutang arwah lain seperti loan kereta, loan rumah, kad kredit, personal loan & sebagainya. Barulah lebihan dari wang tersebut akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid.
Ada segelintir pasangan keluarkan sebahagian duit sebelum akaun si mati dibekukan sama spt soalan di awal thread. Untuk kes begini, kalau waris si mati yang lain (yang layak dapat bahagian faraid) tahu pasal ni, mereka ada hak untuk tuntut bahagian dorang dalam jumlah duit yang dah dikeluarkan tadi.
Kita kena faham, jika ada salah satu dari harta kita yang difaraid telah terguna pakai sebelum perbicaraan & ada tuntutan dari waris faraid lain,selagi itulah harta tersebut & harta2 arwah yang lain akan dibekukan..Masalah pembahagian harta mengikut faraid takkan selesai.
Pasal bergaduh bab harta ni orang dah tau kan… tapi sekarang ni kalau tak gaduh pon nak cairkan harta ni pun lama… antara sebab:
Solusinya dengan mengambil pelan hibah yang ada manfaat wang pengurusan harta pusaka
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Mengapa Golongan Umur Lebih 25 Tahun Tidak Digalakkan Membuat Pinjaman Rumah Untuk Tempoh 30 Tahun?