SUARA DARI LAUT DALAM KE PERSISIRAN PANTAI…

Ilham itu tidak mengira budaya atau lokasi. Mungkin dahulu kehidupan seorang nelayan dilihat tidaklah begitu mewah. Namun ia merupakan satu budaya dan kerjaya yang dihormati kini sama seperti seorang pelayar. Bercakap soal laut juga, setiap lokasi di dunia, pasti ada budaya seni bina atau seni hias di persisiran pantainya. Dari negara kita, ke serata Asia Tenggara, di Jepun,  Australia, Amerika Syarikat seperti Florida, Hawaii, Alaska,  kepulauan Caribbean dan Eropah. Masing-masing punya gaya tersendiri dalam seni bina dan seni hias ala budaya nelayannya.

SUARA DARI LAUT DALAM KE PERSISIRAN PANTAI…

Ads

Pereka mengambil budaya ini sebagai satu ilham yang boleh dikomersilkan. Selalunya ilham yang dipanggil Nautika ini banyak bermain dengan barangan rustik dan kayu. Bagaikan kediaman nelayan yang ringkas, bahagian siling dibiarkan tinggi mengikut kecerunan bumbung. Malah rona putih dipilih sebagai warna rasmi antarabangsa yang melambangkan samudera atau nautikal. Pun begitu ada juga yang lebih selesa menggunakan rona pastel atau vintaj yang lebih berkarakter. Aksesori kapal dan corak lazim bagi kelasi iaitu belang-belang biru dihidupkan kembali pada kemasan lembut seperti pada langsir utama atau sofa. Ia bukan sahaja tampil bergaya tetapi tidak jemu dipandang.

SUARA DARI LAUT DALAM KE PERSISIRAN PANTAI…

Biar pun berbeza dari segi geografinya, namun apa yang pasti, banyak kelengkapan memancing juga mereka jadikan aksesori atau perabot di dalam kediaman masing-masing. Bagaikan ada suara yang sama membisikkan 1001 ilham gaya kediaman di persisiran pantai. Rasa bangga terhadap budaya nelayan dan merasakan diri mereka dekat dengan laut yang telah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka ini. Menyabung nyawa, membelah samudera bergelut dengan ikan perkasa demi menyambut hidup. Ombak sudah seperti suara yang berbisik di telinga mereka.

Ads

SUARA DARI LAUT DALAM KE PERSISIRAN PANTAI…

Daripada pendayung, ke pukat,  ke balang kaca pelapung, ke batu karang di tengah laut segalanya dijadikan ilham menghias ruang. Malah jika ditinjau perabotnya juga ringkas . Ada kayu asli, rumpai air dipilin dan beberapa material semula jadi. Biar kini batu karang di haramkan, pereka cuma mencari elemn lain yang mempunyai cerita kehidupan nelayan di tengah laut. Adakala ia nampak lusuh dan lama tetapi jika bijak di suai padankan, ia tetap menarik perhatian ramai. Malah jika diilhat beberapa kediaman di pinggir pantai  Amerika, mempunyai laluan atas bumbung kediaman bagi sang isteri meninjau adakah bot suami mereka sudah sampai di dermaga. Berjaya merentas samudera dan ombak yang mengganas. Biru dan putih dijadikan satu symbol warna mesti guna untuk menunjukkan elemen nautika ini. Ia merupakan simbol perkapalan, samudera dan alam seorang nelayan.

Ads

SUARA DARI LAUT DALAM KE PERSISIRAN PANTAI…

Mudah dan murah je . Apa yang anda perlu lakukan adalah kenakan ruang kediaman anda dengan rona putih asli. Tidak salah jika balas dengan rona biru gelap sedikit seperti corak belang-belang pada sofa atau langsir. Malah hiasan dari dasar laut banyak membantu termasuk arca-arca seperti bot nelayan, rumah lampu, komponen bot dan aksesori-aksesori memukat termasuk jala dan sebagainya. Semua boleh dijadikan aksesori jika bijak menyesuai padan dengan elemen yang lain. Anda yang masih tercari-cari ilham untuk kamar anak lelaki atau rumah si bujang mungkin boleh mencubanya. Simple-simple je di IMPIANA.

SUARA DARI LAUT DALAM KE PERSISIRAN PANTAI…

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI