Subur Tanaman KUNYIT Kebun Tepi Rumah, 5 Bulan Tanam Tuai Hasil 17kg! Nak tanam pokok kunyit perlu tahu tip dan penjagaan yang betul, barulah hasilnya subur merimbun dan menjadi. Walaupun hanya tanam di tepi laman rumah, namun boleh tuai hasil yang banyak. Malah boleh dijadikan pendapatan sampingan pula.
Perkongsian tanaman pokok kunyit subur yang dikongsikan oleh Awan Awan ini boleh dijadikan panduan bagi yang berminat untuk tanam sendiri di laman rumah.
Kali nih saya kongsikan hasil tanaman kunyit di kebun tepi rumah.Sekejap jer masa berlalu dah dapat hasilnya. Agak berbaloi jugak lah. Alhamdulillah mula tanam bulan 5 yang lepas. 5 bulan berlalu dapat 17kg kunyit.
Saya tanam suka-suka je buat isi masa-masa lapang waktu-waktu petang. Tau-tau berhasil banyaknya.
Tip Penjagaan Pokok Kunyit
Tanah tempat saya asalnya keras/liat, saya buat batas buat campuran bahan dari tandan sawit bakar. Bagi saya tanah berpasir lagi ok. Contoh macam tepi-tepi sungai berpasir, cantik kalau tanam kunyit.
2. Tanah berpasir memang sesuai untuk cepat berisi, macam ubi dan kunyit sesuai sangat.
3. Kunyit elok tanam tempat terbuka, direct matahari. Siram 2kali sehari pagi dan petang. Perhatikan tempat saya tanam, terbuka dan lapang.
Ads
4. Tak boleh pakai tanah organik 100 peratus, kena buat campuran dengan tanah bukit juga. Agak-agak 50%-50%.
5. Saya tanam pecahan anak dari induk. Contoh pecahan yang nak ditanam selepas diambil isi.
6. Saya buat batas, siram pagi dan petang. Baja 15,15,15 sebulan sekali untuk subur kan pokok. Buat batas sebelum tanam dengan campuran bahan lain fungsi untuk kekalkan tanah gembur. Macam saya pakai campuran tandan sawit bakar.
Ads
7. Bila induk pokok mula mati, pokok tua dan daun mengering dan tak keluar daun baru dan pucuk baru masa nih lah boleh tuai. Kalau tak tuai Anak-anak dia tetap tumbuh silih berganti, tapi isi iduk tu akan membusuk/buruk.
8. Harga isi kunyit jual kepada pemborong RM3 sekilo. Kalau musim raya daun pon boleh jual, harga melambung.
Siapa kata duduk rumah apartmen tak boleh berkebun. Walaupun balkoni dia sangat terhad, Gee Ja berjaya tanam pelbagai jenis sayuran di balkoni rumahnya yang terletak di tingkat 10.
Kali pertama nak berkongsi di sini. Kebun kecil di balkoni tingkat 10, untuk bekalan makan sendiri & stress relief.
Angin kuat, pasu tergolek tu biasa. Saya tak guna pasu yang berat nanti susah nak alih-alih.
Balkoni saya agak terlindung, hujan memang tak kena, cahaya matahari pun agak terhad. Kena gilir-gilir alih pasu supaya semua sayur dapat cahaya yang cukup.
Sangkaan awal saya kalau bertanam di tingkat tinggi ni kurang perosak. Sebenarnya tidak. Banyak serangan aphid, spider mite (ni paling susah nak lawan), mealy bug & fungus
Kawalan serangga perosak organik
Setakat ni guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan utk control. Tak berjaya sgt. Apa lagi ya yang boleh diguna? Saya tak nak guna racun.
Pokok hidup bukan hanya sekadar hiasan dalam rumah, tetapi mereka membawa banyak manfaat yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal.
Seperti perkongsian oleh Huda Zainal tentang pokok sesuai diletakkan dalam rumah sekaligus kurangkan tahap stress kita. Menarikkan?
Antara pokok yang sesuai ialah: Pothos
Lucky bamboo
Spider plant
English ivy
Monstera
Wandering jew
chinese evergreen
Flamingoblume
Snake plant
**
“Selain mampu membersihkan udara dalam rumah, menjadikan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah mampu mengurangkan tahap stress. Pokok hidup dalam rumah mampu mewujudkan rasa tenang dalam diri.
“Namun bagi yang tidak pernah membela pokok akan timbul kerisauan paling utama, takut pokok mati, terlupa siram ataupun kehadiran serangga dalam rumah.
“Bagi yang ingin menjinakkan diri dengan pokok hidup dalam rumah, teknik meletakkan pokok di dalam air adalah langkah pertama untuk bermula.
Meletakkan pokok yang mampu hidup dalam air sangat bagus untuk yang kesibukan kerana pokok yang diletakkan di dalam air tidak memerlukan penjagaan yang rapi berbanding yang ditanam dalam pasu bertanah.
“Banyak pokok yang mampu hidup tanpa tanah, hanya perlu direndam sahaja dalam balang berisi air.
IMPIANA : Dengan mewujudkan ruang yang hijau dan tenang di dalam rumah, kita dapat mengurangkan stress, meningkatkan kualiti udara, dan mencipta suasana yang lebih produktif dan harmoni. Jadi, tidak kira saiz rumah atau jenis pokok yang dipilih, setiap rumah pasti akan lebih indah dan sihat dengan kehadiran pokok hidup.
Bagi yang sedang mencari pokok-pokok yang sesuai untuk dijadikan ‘pagar privasi’ semulajadi kediaman serta menyerikan lagi landskap laman, boleh tanam 3 jenis pokok ini. Ia bukan sahaja mudah dijaga, hidup subur malah sesuai dengan iklim tropika.
1. Calathea Lutea
Pokok Calathea Lutea adalah sejenis pokok tropika yang sesuai dengan iklim panas dan lembap. Daun pokok ini yang besar dan berwarna hijau sangat sesuai dengan halaman yang berkonsepkan Bali atau Tropical Garden.
Tumbuh rimbun menghijau, Calathea Lutea yang ditanam rapat sangat sesuai dijadikan pokok pagar privasi untuk melindungi kawasan rumah.
2. Red Ginger (Alpinia Purpurata)
Red Ginger (alpinia purpurata), suka cuaca panas dan lembap untuk hidup subur. Rizom dan tangkainya mempunyai bau pedas yang kuat. Bunganya berwarna merah terang atau merah jambu. Ia mampu mencapai ketinggian sehingga 4 meter.
Pokok ini juga berfungsi sebagai ‘pagar’ untuk melindungi privasi rumah dan sering dijadikan penyeri landskap kediaman.
3. Heliconia
Heliconia merupakan sejenis tumbuhan kumpulan bunga (ornamental plants) dari keluarga Heliconiaceae yang cantik dan mendapat perhatian peminat landskap.
Heliconia antara pokok pagar yang sangat sesuai ditanam di laman untuk mencipta ruang privasi bagi pemilik kediaman.
Ia mudah ditanam dan dibiakkan walaupun di dalam tanah yang tidak berapa subur seperti gambut dan berpasir.
Malah mempunyai pelbagai jenis dan warna yang menarik sebagai penyeri landskap laman rumah.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.