Berita

Sudah 3 Bulan Tak Bayar Sewa Rumah, Penyewa Hujah Agama Dengan Tuan Rumah

Share

Baru-baru ini, tular di laman media sosial apabila seorang individu meluahkan rasa kesal berhubung tindakan penyewa rumah di kediamannya yang sudah tiga bulan tidak membayar sewa. 

Tambahan pula, menerusi perkongsian pemilik rumah tersebut turut memaparkan beberapa keping foto tangkap layar bersama penyewa berkenaan yang dilihat telah menggunakan ayat-ayat berunsur keagamaan bagi menegakkan hak sebagai penyewa rumah. 

Lantas, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dan reaksi pelbagai daripada orang ramai. 

Dalam pada itu, pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi akaun media sosial Facebook miliknya ada memberikan pendapat berhubung perkara tersebut. 

Selain menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh penyewa berkenaan adalah sangat tidak wajar, pakar kewangan itu menasihati kepada semua pemilik rumah untuk semak semula surat perjanjian antara penyewa dan pemilik kediaman. 

Jika jelas penyewa telah melanggar perjanjian, pemilik rumah disarankan untuk memberi notis kepada penyewa untuk keluar daripada kediaman tersebut dengan segera. 

HUJAH AGAMA TAK BAYAR SEWA?

1. Tuan rumah juga ada hak sebagai tuan rumah. Jangan persoalkan hak orang lain.

2. Jangan guna agama untuk justifikasi kesalahan kita. Tak bayar sewa juga menzalimi tuan rumah.

3. Semak perjanjian kediaman, jika jelas langgar perjanjian. Bagi notis minta keluar sahaja.

Tin kalau kuat bunyi biasanya tin kosong saja nie. Pandai cakap belum tentu bijak laksana.

Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Nak Jimat Bil Elektrik Penggunaan Aircond, Boleh “Setting” Dekat Alat Kawalan Jauh Je

Published by
Impiana