Berita

Sudah Bosan Berbuka Di Rumah? Ini 3 Tempat Menarik Boleh Dijadikan Sebagai Pilihan!

Share

Apabila sudah seminggu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, pastinya ada segelintir di kalangan anda yang sudah mula berasa bosan dan jemu untuk berbuka puasa di rumah. Bukan itu sahaja, kadang-kala kita juga sudah muak dengan juadah menu makanan yang dibeli di bazar Ramadan khususnya. 

Jadi, bagi anda yang ingin mencari tempat atau lokasi untuk berbuka puasa yang menarik, mari IMPIANA kongsi dan cadangkan kepada anda tiga lokasi yang menarik boleh dijadikan sebagai pilihan. 

  • QUAN’S BAZAR SELERA

Foto: Instagram @fourpointskualalumpurchinatown

Quan’s Bazar Selera ini telah diperkenalkan oleh hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur yang terletak berdekatan sekitar Chinatown di ibu kota. 

Apa yang menariknya mengenai lokasi ini, Quan’s Bazar Selera menyediakan santapan bufet juadah makanan dengan keunikan tradisi Chinatown itu sendiri kolaborasi bersama tukang masak terkenal, Cef Naem Ramli. 

Foto: Instagram @fourpointskualalumpurchinatown

Untuk maklumat anda, santapan bufet Quan’s Bazar Selera ini telah bermula pada 23 Mac lalu sehingga 21 April depan dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. 

Anda boleh menikmati juadah makanan di sini dengan harga serendah RM148+ untuk dewasa, manakala warga emas dan kanak-kanak umur 6 hingga 12 tahun mendapat diskaun harga potongan sebanyak 50%. Untuk umur 6 tahun dan ke bawah, adalah percuma. 

Untuk info lanjut atau tempahan, sila layari laman sesawang www.quanskitchenkl.com atau hubungi di talian menerusi aplikasi WhatsApp, +60125073327. 

  • FEAST OF 7 WONDERS

Foto: Instagram @sheratonimperialkl

Santapan bufet Feast Of 7 Wonders yang telah diperkenal oleh Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ini pula menyediakan pelbagai jenis menu juadah makanan dari 7 wilayah negara dari seluruh dunia. Bersiap sedia untuk nikmati perjalanan menyusuri seluruh dunia dengan hidangan berbuka puasa yang mengasyikkan.

Apa yang menariknya di sini, antara menu juadah makanan yang disajikan di sini adalah seperti ayam perap berempah Arab dari Syria, pilihan pasta segar dari Itali, Bakso Daging Angus Klasik yang dibuat dengan bebola daging dari Indonesia, Kulfi Falooda sebagai pencuci mulut utama dari India dan macam-macam lagi. Menarik bukan? 

Santapan bufet Feast Of 7 Wonders ini menawarkan harga serendah RM197 bagi dewasa manakala kanak-kanak, RM97 untuk setiap seotang 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila e-mel kepada essence.kulsi@sheraton.com atau hubungi di talian +603-27179933 dan +6012-3379980. 

  • CITARASA ANAK KAMPUNG

Citarasa Anak Kampung yang diperkenalkan oleh The Westin Kuala Lumpur Hotel ini juga sangat menarik kerana sepanjang bulan Ramadan ini akan menyediakan sajian bertemakan  masakan kampung dari serata negeri di Malaysia antaranya sajian daripada negeri Selangor, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain.

Jika anda berbuka puasa di santapan bufet Citarasa Anak Kampung oleh The Westin Kuala Lumpur Hotel ini, anda berpeluang untuk menikmati menu juadah yang ada di serata negeri di Malaysia yang sememangnya melazatkan.

Antara sajian menu yang menyelerakan terdapat di sini Sup Kambing Merah Berempah, Kerabu Perut Bunga Kantan, Daging Dendeng Berlado, Sotong Sumbat dan macam-macam lagi.

Bagi anda yang ingin menikmati santapan bufet Citarasa Anak Kampung, anda boleh  segera singgah ke The Westin Kuala Lumpur Hotel untuk berbuka puasa bermula 24 Mac sehingga 19 April depan dengan membuat tempahan serendah harga RM208 untuk dewasa dan RM104 bagi kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh hubungi di talian +603-27738495 atau menerusi aplikasi WhatsApp di nombor +6012-3051715. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan secara dalam talian di laman sesawang www.thewestinkleshop.com.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: Berkonsepkan Tradisi Melayu, Rasai Pengalaman Suasana Kampung Di Restoran White N Black Kampong Heritage, Kuala Lumpur

 

Published by
Nazar Rafiqhi