Sudah di baja, siram, gembur dan sebagainya tapi pokok tetap tidak berbunga. Mesti ramai yang hadapi masalah ini. Sebenarnya, penjagaan dan pembajaan sahaja tidak mencukupi. Anda perlu memberi makanan tambahan lain. Macam manusia, selain makan makanan berkhasiat, perlu juga ambil vitamin.
Begitu juga tanaman, ia memerlukan booster selain baja. Di pasaran terdapat pelbagai jenis booster yang dijual sama ada kimia atau pun organik. Harga booster yang dah siap di pasaran pun boleh tahan mahal juga. Apa kata kita ikut resepi Plant booster dari puan Normala Saad yang hanya menggunkan bahan atau sisa buangan dapur.
Bahan-bahan:
satu bahagian Kulit telur
satu bahagian Kulit pisang
satu bahagian Kulit bawang
Air untuk merebus (jumlah air bergantung kepada anda. Sebainya air dapat tenggelamkan semua bahan. Tapi kalau terlebih, tak menajdi masalah. Cuma kualiti bosster jadi sedikit cair sahaja.)
Cara-cara:
Rebus ketiga-tiga bahan selama setengah jam. Biarkan air rebusan sehingga sejuk sepenuhnya. Setelah sejuk, kisar dan tapis. Airnya terus di siram pada permukaan medium tanaman pokok. Hampas sisa yang dikisar boleh di tanam terus pada pangkal pokok yang besr seperti pokok buah.
Kandungan yang terdapat di dalam sup ini berperanan merawat tumbuhan, tanah seterusnya merangsang tanaman menyerap nutrisi dan baja untuk pembesaran. Oleh itu simpan kulit telur, bawang dan pisang. Buat sup! Tiga kulit ini amat berkhasiat dijadikan plant booster. Bebas kimia lagi. Saya memilih kaedah yang paling mudah dan tidak melalui proses pemeraman.
Kulit telur ada kalsium. magnesium fosforus, iron sulfur. Boleh neutralkan asid dan meningkatkan kualiti tanah dan pembentukkan akar. Pisang kaya kalium / potasium, fosfor penting untuk mengalakkan bunga dan pembuahan. Manakala kulit bawang pula merangsang pengeluaran hormon, pucuk dan tunas baru. Cara lain penyediaan. Kulit telur & pisang di bakar, tumbuk kasar dan blender sampai halus. Boleh disimpan lama untuk bahan tabur.
Bunga rose saya mendadak subur dengan sup di atas. Sepatutnya saya ambil gambar sebelum dan selepas penggunaan baru boleh lihat dengan jelas hasilnya. Tapi terlupa dan tidak sangka ia begitu cepat bertindak dan berkesan.
sumber: http://malasaad.blogspot.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI