Susu merupakan minuman yang membekalkan sumber khasiat kepada semua individu. Susu juga boleh diproses menjadi hasil tenusu. Bagaimanapun, susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.
Susu Tamat Tempoh Boleh Jadi BAJA, Tak Membazir & Tanaman Subur
Hmm, nak dibuang sahaja sayang pula. Apa kat kita siram je pada tanaman.
Tapi tahukah anda, susu juga antara sumber terbaik untuk membekalkan sumber kalsium untuk pertumbuhan tanaman. Selain itu juga, ia mengandunggi protin baik, vitamin B, glukos yang diperlukan oleh tanaman dan membantu mempertingkatkan daya tahan terhadap serangan penyakit.
Menurut Gardening Know How, susu kaya dengan kalsium, protein, vitamin dan gula yang dapat membantu menambah nutrisi serta membantu pertumbuhan tanaman yang lebih besar dan kuat.
Ads
Meskipun susu bukanlah sesuatu yang diperlukan oleh tanaman sepanjang waktu, ini adalah cara yang bagus untuk penggunaan semula yang biasanya akan terbuang sia-sia, ianya memberi manfaat kepada tanaman dan bumi.
Bukan hanya susu basi kita boleh gunakan, malah sebenarnya boleh juga menggunakan susu segar, susu evaporasi atau bahkan susu formula.
CARA PENGUNAAN
Pertama sekali larutkan terlebih dahulu susu dengan nisbah air dan susu yang sama banyak. Kemudian, masukkan campuran ke dalam botol semburan dan semburkan ke daun tanaman atau tuangkan sedikit di sekitar pangkal tanaman seperti menyiramnya.
Ads
RISIKO PENGUNAAN SUSU SEBAGAI BAJA
Kekurangan kalsium akan menjadikan tanaman yang tumbuh bukan sahaja membesar secara tidak normal, malah tidak upaya menentang ancaman penyakit. Namun, penggunaan susu sebagai baja untuk tanaman pun ada risiko. Antaranya:
1. Penggunaan yang terlalu banyak atau berlebihan akan menyebabkan bakteria di dalam tanah rosak. Disamping itu, medium tanaman akan menjadi busuk. Secara tidak langsung, ia akan menjejaskan pertumbuhan tanaman
2. Apabila susu tidak dihadap sebaiknya oleh tanaman dengan cepat, ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat pada permukaan tanah dan semut
Ads
3. Terdapat beberapa aduan yang mendedahkan, susu tepung yang digunakan untuk membaja tanaman menyebabkan akar pokok mereput dan rosak.
Oleh itu, jika memilih membaja tanaman dengan susu sebaiknya gunakan susu segar tanpa pengawit. Jumlahnya bergantung kepada saiz tanaman. Untuk pokok sayuran seperti tomato, cili dan terung yang telah matang, siramkan 1-2 sudu susu segar terus pada pangkal tanaman.
Kailan merupakan sayuran yang rendah kalori dan tinggi serat, malah merupakan pilihan yang baik untuk diet yang seimbang. Sayuran ini juga menjadi pilihan masyarakat Malaysia terutamanya dek rasanya yang sedap lagi-lagi bila dimasak dengan rencah ikan masin.
Boleh buat bertambah nasi dibuatnya. Jadi memang sesuai kalau nak ditanam di halaman rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.
Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!
Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini.
Tip kalau nak mula tanam kailan
1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.
4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
5. Siram 2 kali sehari pagi dan petang.
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua penjagaan kailan
Boleh siram dengan air basuhan beras
Guna baja tahi ayam
Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Tanaman walaupun sudah dibaja, disiram namum masih kelihatan tidak subur, malah ada yang mati. Salah satu faktor yang perlu diperhatikan semula ialah waktu penyiraman yang dilakukan.
Untuk memastikan tanaman tumbuh subur, penyiraman perlu dilakukan pada waktu yang sesuai. Malah, penting juga untuk mengetahui waktu yang tidak sesuai untuk menyiram tanaman bagi mengelakkan kesan buruk pada pokok.”
Selalu dengar orang pesan, tanaman perlu disiram 2 kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik untuk siram tanaman ini ?
6.00 – 8.00 pagi
Ini waktu terbaik siram. Siram sehingga air keluar dari bawah pasu.
5.00 – 6.00 petang
Boleh siram tapi jangan banyak sekadar lembap.
Elak siram tanaman pada 2 waktu ini
11.00 pagi – 3.00 petang
Ini adalah waktu matahari memuncak atau paling panas. Siraman yang dilakukan pada waktu ini hanya akan menyebabkan tanaman melecur dan kerosakan pada tisu dan sel tanaman.
6.00 petang- malam
Jangan siram terutama waktu malam. Ini adalah waktu pokok berehat. Proses tanaman akan terhenti pada malam hari, ini bermakna air yang disiram waktu ini tak dapat diserap dan di proses.
Lagipun siraman pada waktu ini juga mungkin menyebabkan tanah yg terlalu lembap akan mengundang kulat dalam tanah & merosakkan akar.
Jangan Buang Kulit Limau Mandarin, Banyak Fungsinya Bila Letak Pangkal Pokok. Buah limau mandarin banyak dijual di pasaraya, setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina. Kulit buah limau mandarin yang ada di rumah, jangan dibuang, banyak manfaatnya untuk tanaman di laman rumah.
Perkongsian pengalaman daripada Noriko Sukamoto ini boleh dijadikan panduan.
Musim raya cina ni kalau dapat limau mandarin kulitnya kita boleh letak dekat pangkal pokok.Ianya dapat menghalau kucing dari “yak” kat situ sebab kucing tak suka.Bau kulit juga berfungsi menghalau serangga.Kulit limau juga kaya dengan nitrogen,pottasium dan fosforus dapat suburkan tanah.
Info Ekstra!
Kulit buahan, seperti limau, cikui,betik,pisang,mangga, bawang serta sebagainya, boleh dijadikan baja kompos. Kulit dan buah bawang sangat sesuai untuk mengeluar bunga tumbuhan,apa yang penting komposkan terlebih dahulu kulit atau isi bawang tersebut.
Kalau takut akar tumbuhan bersemut,maka siram bahagian keliling sekaki jarak dari pohon tumbuhan dengan air laut atau air masin. Ingat siram air masin tadi,hanya sekali-sekala saja.
Biasanya tumbuhan buahan atau bunga yang dibawa akar terdapat semut kecil hitam dan merah, dan akan menyebabkan tumbuhan membantut dan berpenyakit.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba
IMPIANA: Jika ada berkebun di laman rumah, boleh letakkan kulit limau mandarin ini pada pangkal pokok. Banyak manfaatnya.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.