Susun atur dapur adalah elemen penting dalam menghasilkan suasana ruang masak yang kemas dan menyenangkan.
Namun begitu ia juga tidak harus mengabaikan aspek kesesuaian kedudukan alat elektrik. Ini kerana ada alat elektrik yang tidak sesuai diletakkan berdekatan atau bersebelahan kerana faktor pengudaraan dan penghasilan tenaga panas. Sebagai contoh, microwave, ketuhar, dryer dan peti sejuk.
Perkara ini dijelaskan oleh Azizul Azli Ahmad, pensyarah, penulis dan penceramah yang selalu berkongsi tip tentang hartanah.
Dapur dalam foto di bawah ini memang kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan saja perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya.
Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Foto di atas adalah tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini.
Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (Mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (peti sejuk).
Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga.
Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
1. Dapur yang baik jadikan kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke dapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.
7. Pilihlah skema warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle di dapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja. Dry kitchen bukan budaya kita. Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, di sana kasih sayang bermula.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Baca : Jimatkan Bil Elektrik Dengan Cara Susun Atur Peralatan Di Dapur
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.