Sebelum membina rumah idaman, sudah tentu anda akan membuat perancangan yang rapi dan teliti kerana sebuah kediaman merupakan pelaburan jangka panjang dan boleh mempengaruhi kehidupan seharian dimasa hadapan. Jadi sebelum memulakan proses pembinaan atau pembelian, pertimbangkan posisi dan orientasi setiap ruang agar anda tidak menyesal dikemudian hari.
KEDUDUKAN RUMAH
Sememangnya tiada dalil atau hadith yang menyatakan arah mana sesebuah rumah harus didirikan tetapi sebagai seorang muslim, kediaman kita haruslah dapat memenuhi setiap keperluan penghuninya yang beragama Islam. Ini termasuklah keperluan melakukan ibadat solat fardhu mahupun solat sunat jadi sebaiknya rumah diletakkan pada posisi yang mengadap kiblat. Hal ini bertujuan untuk memudahkan penghuni dan tetamu beribadah tanpa perlu berasa ragu-ragu atau tercari-cari arah kiblat yang betul.
Selain arah kiblat, sebuah rumah yang memenuhi ciri islamik ialah rumah yang mengadap cahaya matahari dan arah mata angin. Selain mendapat pencahayaan semulajadi dan melancarkan peredaran udara kedalam rumah, hal ini juga dapat membantu menjimatkan tenaga dengan penggunaan yang lebih efisyen.
Ads
KEDUDUKAN BILIK TIDUR
Kamar tidur merupakan ruang privasi buat individu dan juga merupakan salah satu tempat yang penting di dalam sesebuah kediaman. Bilik tidur juga mempunyai aturan yang digalakkan menurut Islam. Contohnya, katil mestilah diletakkan dalam posisi dimana kepala akan mengadap kiblat dan kaki pada arah bertentangan. Hindari dari meletakkan katil dimana kaki akan mengadap ke arah kiblat ketika tidur sebagai tanda menghormati. Selain itu, kita juga digalakkam tidung mengiring ke kanan, mengikut sunnah Rasullullah SAW.
KEDUDUKAN BILIK AIR
Bilik air dalam rumah seorang muslim juga mempunyai aturan yang telah ditetapkan sebagai panduan memandangkan ruang ini dianggap kotor kerana tempat terkumpulnya najis. Jadi, bilik air atau tandas tidak elok dibina mengadap kiblat, mahupun membelakangi arah tersebut. Walaupun begitu, ia tidaklah menjadi satu dosa jika tandas yang telah sedia ada memang mengadap kiblat. Cuma, lebih baik jika dapat dielak.
Ads
KEDUDUKAN DAPUR
Dalam Islam, dapur adalah sebuah ruang yang amat penting untuk diberi perhatian kerana melalui dapurlah seorang muslim dan keluarganya menyediakan makanan dan berkumpul bersama untuk menikmati hidangan tersebut. Sebuah dapur yang dibina dengan aturan yang sistematik dan efisyen adalah dapur yang amat digalakkan dalam agama Islam. Perletakan ruang dapur juga perlu di titik beratkan agar tidak diletakkan pada bahagian yang boleh mendedahkan aurat penghuninya. Seeloknya pisahkan dapur dengan ruang utama yang lain dan letakkannya pada bahagian belakang kediaman.
Ads
KEDUDUKAN RUANG SOLAT
Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakkan rumah muslim akan ada disediakan bilik atau ruang untuk melakukan ibadah yang khusus. Tidak kiralah saiznya besar atau kecil, ruang ini perlulah dibina mengadap kiblat, yakni pada posisis dimana ia memudahkan pemilik menunaikan solat sesuai dengan fungsi utama ruang ini. Sentiasa menitikberatkan kebersihan dan kesucian ruang ini kerana ia merupakan tempat untuk kita merasa lebih dekat dengan Tuhan.
KEDUDUKAN DALAM KEJIRANAN
Sesebuah rumah muslim dilarang menghalang atau menutupi sumber cahaya dan udara lancar yang diperlukan oleh jirannya. Kawasan perumahan yang baik seharusnya dibina dengan kedudukan teratur yang tidak akan menyulitkan pergerakan jiran disekitarnya. Kesimpulannya, rumah kita tidak sepatutnya mendatangkan sebarang mudarat atau keburukan buat mereka yang tinggal disekitarnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sekarang ini kalau kita lihat, tengah musim hujan dan ribut. Bila sudah musim-musim hujan ini, kilat dan guruh sering ada. Haa mula lah ada sesetengah rumah blackout atau tiba-tiba tiada ada elektrik. Tetapi adakah anda tahu, rumah kita bila tiba-tiba blackout, bukan sahaja disebabkan guruh atau kilat yang kuat? Ia boleh jadi puncanya datang dari perkara lain. Hari ini, saya akan memberitahu anda, apakah sebab-sebab rumah atau bangunan tiba-tiba terjadinya blackout.
ADA BARANGAN ELEKTRONIK YANG SUDAH ROSAK
Barang-barang elektronik yang rosak itu, boleh jadi ketuhar, cerek elektrik, extension atau benda benda yang lain. Jika kita masih gunakan barangan yang rosak itu walaupun hakikatnya sudah tahu ia rosak, maka sebab itu ia boleh terus trip satu rumah dan menyebabkan blackout.
SERANGGA ATAU BINATANG YANG MENGANGGU PADA WIRING DAN PEPASANGAN ELEKTRIK
Selalunya binatang atau serangga yang dimaksudkan ini adalah semut, tikus atau anai-anai. Paling bahaya apabila ada wayang yang sudah terkeluar dan ia boleh mengakibatkan kebakaran jika ia terkena pada air.
KOTAK SUIS UTAMA(DB) DAH ROSAK
Selalunya kes sebigini berlaku, bila rumah yang kita menetap itu sudah lama dan kotak suis utama tersebut sudah lebih dari 10 tahun. Bila ia sudah lama, ia akan kerap rosak dan menyebabkan rumah jadi blackout. Seperti manusia juga, bila yang sudah berusia, akan selalu sakit.
Jadi, itulah dia sebab-sebab yang lain yang boleh mengakibat rumah tiba-tiba blackout selain daripada kilat dan petir. Cuma saya berharap, anda semua berhati-hati selepas ini berkenaan dengan elektrik dan elektronik ini.
Kipas siling atau kipas berdiri sering menjadi tempat habuk berkumpul, terutama jika digunakan setiap hari.
Bila bilah kipas penuh habuk, ia bukan sahaja mengganggu prestasi kipas tetapi juga mencemarkan udara dalam rumah. Namun, ada cara mudah untuk memastikan kipas kekal bersih walaupun tidak dicuci selama tiga bulan!
Kipas
Berikut adalah beberapa tip berguna yang boleh anda cuba untuk elak habuk melekat pada bilah kipas:
Bahan-bahan:
1) Pelembut fabrik
2) Cuka makan
3) Botol penyembur
Ramuan yang diperlukan untuk membuat campuran.
Langkah-langkah:
1) Bersihkan jaring dan bilah kipas seperti biasa.
2) Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam satu bekas. Nisbah campuran adalah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3) Kacau sebati dan seterusnya masukkan ke dalam botol penyembur supaya lebih senang digunakan.
4) Kemudian sembur campuran sehingga rata pada bilah dan jaring kipas, biarkan selama lima minit.
5) Akhir sekali, lap semula dengan menggunakan kain lembap.
Kini habuk sukar untuk melekat pada bilah kipas dalam masa singkat, ulang langkah ini setiap dua hingga tiga bulan sekali.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
IMPIANA : Kena cuba tip ni, barulah habuk susah nak melekat di kipas.
Guna Baja Ni, Limau Kasturi Tanam Dalam Pasu Berbuah Lebat Sepanjang Tahun. Ramai yang tak punya tanah, tapi minat berkebun memilih teknik tanaman berpasu. Tapi, ramai yang cakap kalau tanam pokok dalam pasu lebih-lebih lagi darijenis berbuah memang kedekut hasilnya. Betul ke? sebenarnya bukan tanaman berpasu kedekut buah, tetapi teknik atau cara tanam dan penyelengaraanya yang tak sesuai.
Cuba pokok limau kasturi Muspirah Samat yang di tanam dalam pasu. dengar kata bebuah sepanjang tahun sampai nak patah-patah dahannya menampung. Apa rahsianya?
Salam perkenalan untuk kawan-kawan. Tak rugi tanam limau kasturi. Berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ye. Makin berisi makin menunduk.
Banyak dah petik buat makan, basuh ikan, gugur overipe pun ade. Ni dia keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur. Oleh sebab ramai tanya pasal baja yakult ni saya share ye
Senang je nak buat baja lebatkan buah ni. Saya gunakan 1 botol Yakult dan 2 biji telur. Peram seminggu. dah siap seminggu, bancuh air dengan baja yakult tadi 5:1 (5 bahagian air, 1 bahagian baja yakult). Jadikan ia sebagai semburan di awal pagi dan lewat petang.
Cara saya jaga pokok ikut sempat. Kadang baja sebulan sekali, siram air beras atau air basuhan ikan. Sembur baja yakult. itu sahaja. Yang lain saya berserah pada Allah rezekikan. Ulat makan daun dan kelopak bunga saya anggap sedekah untuk ulat-ulat tu
Lagi satu, boleh cuba cuka kayu. Cuba campur sekali dengan baja yakult masa nak sembur. Kawan-kawan yang dah cuba dan menjadi, kongsi-kongsikan ilmu ni ye. Agar semua menerima manfaatnya
Nak beli cuka kayu gred AAA yang ramai orang gunakan, boleh lihat kat link ni https://invol.co/cl8ew64 murah je. Tak sampai RM 10 pun
Guna Baja Ni, Limau Kasturi Tanam Dalam Pasu Berbuah Lebat Sepanjang Tahun
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.