Dekorasi

Susunan LANGSIR EYELET Jadi Kemas Sekata, Triknya Guna Cawan Plastik!

Share

Langsir yang sepadan dengan warna tema dinding dan kemas terpasang akan menghasilkan perasaan yang seronok apabila berada di kediaman. Lagi-lagi dibulan perayaan ini.

Susunan langsir yang tidak sekata  terutamanya untuk yang jenis eyelet pasti buat pemilik kediaman tidak keruan. Kadang kita tertanya-tanya macam mana rumah orang lain susunan sama, sekata saja.

Rupanya ada cara yang sangat mudah untuk dapatkan kesan susunan langsir sebegini. Kita tak fikir pulak!

Cuma guna cawan plastik saja. Trik ini dikongsi oleh Lia Johari

Trik susunan langsir eyelet jadi sekata

Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna plastik cup.

Guna cawan plastik

1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.

2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.

 

Hasilnya…Sama sekata!

*Info tambahan : Boleh juga guna tissue roll.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Liya Johari

Published by
Nana