Ketika perintah sekatan pergerakkan dilakukan, kerajaan turut memerintah semua industri dan premis perniagaan yang tidak berkepentingan tutup. Hal ini menyebabkan ramai pengusaha terjejas dan yang paling terasa adalah pekerja.
Ada yang juga kehilangan kerja akibat wabak pembunuh ini. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyediakan skim bantuan gaji bagi pekerja yang terjejas sebanyak RM 600/sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan. Program Pengekalan Pekerjaan atau dikenali sebagai Employment Retention Programme (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
SYARAT-SYARAT
Secara asasnya bantuan ini akan disalurkan kepada majikan berdaftar yang kemudiannya akan disalurkan kepada para pekerja yang terkesan.
Tujuan program Employment Retention Program atau ERP adalah untuk membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka