Terdapat pelbagai perspektif dalam penjagaan rumah dan ruang peribadi. Salah satu amalan yang kian menjadi tabiat rakyat Malaysia adalah suka menyimpan dan mengumpul barangan lama.
Meski ia mungkin kelihatan seperti perkara yang biasa dan normal, namun ia boleh menjadi satu masalah apabila barangan yang disimpan semakin banyak.
Individu yang memiliki sifat dan tabiat seperti ini berkemungkinan menghidapi simptom ‘Hoarding Disorder’. Jadi, adakah simptom ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan masalah penyakit mental?
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 telah menjemput pakar psikologi klinikal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Doktor Hilwa Abdullah @ Mohd Nor bagi membincangkan topik tersebut bersama penonton.
Jelasnya, simptom ‘Hoarding Disorder’ ini telah pun diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit mental mengikut kamus Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders, edisi kelima (DSM-5).
“Kalau kita tengok perkataan ‘Disorder’ itu sendiri sudah melihatkan ia adalah sesuatu kecelaruan dan kalau dalam bidang perubatan psikiatri ‘Disorder’ ini memang adalah penyakit mental.
“Jika ada yang menyimpan barang sampai menganggu penglihatan, jiran dan sebagainya jadi itu boleh dikategorikan sebagai penyakit mental.
“Tetapi dalam konteks perbincangan ‘Hoarding Disorder’ kita hari ini ia lebih kepada mereka yang suka mengumpul barang dan ada rasa sayang untuk buang.
“Sebenarnya, simptom ini baru sahaja diklasifikasikan sebagai penyakit mental mengikut kamus diagnosis penyakit mental yang terbaharu iaitu DSM-5 (Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorders Fifth Edition).
“Kalau kita lihat dalam kamus itu, ia memang adalah penyakit mental yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan mempunyai tahap yang berbeza,” katanya.
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Cara Bersihkan “Air Fryer” Ikut Petua Ibu Ini, Mudah Dan Lebih Efektif!