TADAH AIR Semaksimum Mungkin Lepaskan Serentak, Tip ‘Maintenance’ Sinki Elak Tersumbat!. Sinki memang selalu digunakan di dapur. Segala kotoran, lemak-lemak, minyak mudah melekat pada sinki menyebabkan ia mudah tersumbat. Namun sebelum sinki tersumbat, ada baiknya kita selenggara dulu sinki dengan betul, sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Jika sebelum ini, ramai yang menggunakan air panas, acid, soda bikabonat dan sebagai untuk memastikan sinki bebas kotoran dan alirannya lancar. Namun ia boleh meninggalkan kesan pada sinki.
Sebenarnya, sebagai langkah penjagaan agar aliran singki tetap lancar boleh cuba gunakan cara yang dikongsikan oleh Encik Kamal Hamid ini.
Menurut lelaki ini, tip ini diperolehi daripada Tukang Paip sendiri untuk elak sinki tersumbat.
Ade seorang plumber ni pernah bagi tips maintenance sinki untuk elak tersumbat.
Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semakimum mungkin, dah penuh, lepaskan serentak. Buat at least sebulan sekali.
Memang jadi! InsyaAllah memang sinki susah nak tersumbat!
Daya tolakan air yang kuat ni flush semua kotoran dalam saluran dan takde kesan kat sinki berbanding pakai acid or bikarbonat.
*Sedikit update, ni untuk maintenance supaya tak tersumbat, kalau dah tersumbat kene setelkan dulu kalau tak banjir woo.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Ini Caranya DIY Tukar Kepala Paip Sinki Dapur Patah
Artikel Menarik: DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!
Baca Lagi Di Sini: Dinding Rumah Retak, Ini Cara Tutup & Baikinya Sendiri
IMPIANA : Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah cuba cara yang dikongsikan ini. Memang mudah, barulah aliran sinki lancar dan boleh elak sinki tersumbat dari sebarang kotoran.
Sumber: Kamal Hamid
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.