Span cucian pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya, selagi tidak lunyai selagi itulah kita akan menggunakanya. Tahukah anda sebenarnya betapa kotornya span cucian itu setelah banyak kali digunakan. Kita sering gunakan ia untuk membersihkan kotoran pada pinggan, namun walaupun dari mata kasar kita lihat span dan sabun dapat bersihkan kotoran pada pinggan mangkuk tetapi kuman akan terlekat pada span. Menurut kajian dari Jerman, kuman yang ada pada span telah digunakan seminggu boleh mencapai hampir 5 trillion jumlah kuman.
Jadi bagaimana untuk mengekalkan kebersihan span anda?
- Anda hanya perlu rendamkan span anda kedalam air panas selepas digunakan.
- Perah pastikan span anda betul-betul kering setelah digunakan.
- Gunakan sabun pencuci pinggan yang mempunyai pati lemon.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ikut 5 Tip Ini Kalau Nak Rumah Bebas Bunyi Bising
Rumah, selain daripada menjadi tempat berteduh ketika hujan serta terik mentari, ianya juga turut menjadi tempat kita menghindari serta membebaskan diri daripada segala kekusutan yang melanda baik di pejabat atau rutin seharian di luar rumah. Kediaman yang kita miliki sepatutnya tenang dan mendamaikan.
Jika kediaman anda terletak di kawasan kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar, anda bertuah, posting kali ini adalah guideline kepada mereka yang menetap di tengah ibu kota yang mungkin di malam hari masih lagi terganggu dengan bunyi bising.
Manfaat Penggunaan Permaidani
Kebanyakan lantai di rumah, disaluti dengan jubin marmar. And boleh bayangkan bagaimana kusutnya kita rasa bila barang terjatuh di atas lantai jubin. Bising sudah pasti, yang tidur lena pasti terbangun. Untuk ini, anda dinasihati untuk menghamparkan karpet yang sesuai dengan tema hiasan dalaman rumah. Karpet berupaya untuk menyerap bunyi bising dan juga berupaya untuk menampung barang yang terjatuh daripada pecah.
Dekorasi kedap bunyi
Langsir dan tirai bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap dekorasi kediaman, malahan ianya amat bermanfaat dalam mengekang bunyi bising dari luar rumah terutamanya jika dinding kediaman anda tidak mampu menjadi barrier menghalang bunyi bising dari luar, anda masih boleh mendengar dengan jelas bunyi kesesakan jalan raya di luar. Cadangan mantap untuk anda adalah, gunakan langsir dari material berkualiti dan tebal. Selain daripada menggunakan langsir serta tirai, anda juga boleh menggantung lukisan kanvas yang boleh menyerap bunyi bising, paling penting pastikan kediaman anda tidak terlalu kosong dengan perabot.
Gabungan keselesaan dan praktikaliti
Tahukah anda susun atur strategik sofa serta rak buku di kediaman mampu berperanan sebagai silencer yang amat efektif. Tip ini amat praktikal untuk diterapkan di kediaman yang bersambung dengan jiran seperti semi-D dan apartment yang mana jika dinding anda bersambung dengan jiran, kita sering terdengar bunyi ketukan di dinding sebelah. Untuk mengekang isu ini, anda boleh sandarkan sofa berkusyen serta boltkan rak buku di dinding yang bersambung. Selepas itu, susunkan dengan teratur seberapa banyak buku yang ada dalam simpanan anda dan voila, anda tidak perlu lagi merungut bunyi bising dari kediaman sebelah.
Bahagikan ruang
Tip ini pula amat berguna untuk anda yang mendiami rumah jenis studio dan townhouse berikutan susunan ruangnya yang berbentuk memanjang dan mempunyai banyak ruang kosong. Tanpa susunan yang betul, suara anda akan bergema segenap ruang kediaman. Anda perlu membahagikan kediaman anda mengikut beberapa seksyen. Penggunaan partition serta pasu bunga sebagai pengasing antara ruang amat sesuai untuk diaplikasikan. Tumbuhan tersebut bukan sahaja mampu bertindak sebagai pemisah antara seksyen bahkan berupaya membekalkan anda udara segar.
Guna perkakas rumah yang cekap bunyi serta tenaga
- Tidak dinafikan teknologi terkini sedikit mahal berbanding perkakas lama yang kita gunakan sekian lama. Tidak salah untuk berbelanja lebih dalam usaha memastikan tiada pencemaran bunyi dari kediaman kita sehingga menganggu ketenteraman jiran tetangga. Bayangkan jika anda mula menggunakan perkakas serta alat elektrik di kediaman yang cekap tenaga serta bunyi, pasti kediaman lain pun akan turut serta mengikut jejak langkah positif yang anda terapkan di rumah anda sendiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Risiko Rumah Sub-Sale, Proses Jual Beli Belum Selesai Tapi Dah Dapat Kunci Dulu
Seorang Peguam Hartanah, Tuan Salkukhairi Abd Sukor memberi perkongsian tentang kesan buruk yang akan menimpa pembeli hartanah secara Subsale apabila memasuki rumah yang dibeli tanpa memeriksa dahulu adakah sudah selesai secara sempurna segala urusan SNP (Sell and Purchase Agreement).
Ia berikutan terdapat beberapa pembeli yang memberikan alasan seperti:
- Owner rumah sewa nak balik rumah yang mereka sewa;
- Tiada tempat lain untuk tinggal;
- Beranggapan sudah bayar deposit kepada penjual, jadi sepatutnya sudah ada hak terhadap rumah tersebut,
- Mahu renovate rumah tersebut terlebih dahulu sebelum berpindah
Realitinya, segala urusan jual beli rumah subsale, milikan kosong sesebuah rumah hanya akan diserahkan oleh penjual kepada pembeli setelah pindah milik didaftarkan daripada nama penjual kepada nama pembeli. Proses ini berlaku selepas pihak pembeli menjelaskan keseluruhan baki harga jual beli kepada penjual, sama ada melalui pembiayaan bank atau secara tunai.
Selalunya ia dinyatakan secara jelas di dalam SNP yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
Oleh itu, tindakan pembeli meminta kunci untuk mendiami rumah tersebut lebih awal adalah bertentangan dengan peruntukan dalam SNP serta menjurus kepada kesan buruk seperti:
1) Jika berlaku sebarang masalah dalam urusan jual beli rumah tersebut yang menyebabkan SNP terpaksa dibatalkan, maka pembeli hendaklah menyerahkan kembali rumah tersebut kepada penjual.
2) Jika pembeli dah buat renovation terhadap rumah, tiba-tiba SNP terpaksa dibatalkan dan rumah tersebut terpaksa dikembalikan kepada penjual, segala renovation pada rumah
tersebut jadi hak tuan rumah sepenuhnya. Tak semena-mena tuan rumah yang untung akibat sifat teruja dan tidak sabar pembeli. Kena aware anda juga tak boleh tuntut sebarang ganti rugi terhadap penjual atas segala kos renovation yang telah dikeluarkan kerana ianya atas risiko anda sendiri.
3) Jika penjual mati sebelum urusan jual beli rumah tersebut selesai, rumah tersebut akan dianggap sebagai harta pusaka simati dan waris-warisnya berhak menuntut rumah tersebut sebagai harta pusaka.
4) Selain itu, tanpa pengetahuan pembeli, rumah tersebut berada dalam proses lelongan oleh pihak bank. Sekiranya anda telah mendiaminya dan dapat tahu yang sebenarnya rumah tersebut telah dilelong, sudah pasti anda terpaksa menyerahkan rumah tersebut kepada pembeli yang berjaya dalam lelongan tersebut.
Jadi elakkan minta kunci lebih awal daripada penjual sebelum urusan jual beli rumah tersebut sempurna.
Sebaiknya, rancang terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah rumah. Pastikan sekurang-kurangya dalam tempoh 3 hingga 6 bulan urusan jual beli rumah tersebut, anda mempunyai tempat tinggal yang sepatutnya, bukannya sign sahaja SNP terus mengharapkan untuk memasuki rumah tersebut dengan serta merta.
Terima kasih,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Trik Mudah Susun Atur Meja Makan ‘Open House’
Suasana Aidilfitri masih lagi terasa jadi tidak hairanlah jika ramai antara kita yang sedang merancang untuk mengadakan open house. Setelah puas beraya bersama sanak saudara di kampung, kini tiba masa untuk kita meraikannya dengan menjamu jiran tetangga serta teman-teman dikota.
Sudah tentunya ruang makan akan menjadi tumpuan utama ketika rumah terbuka kerana disitu juga merupakan tempat tuan rumah menyajikan juadah Syawal. Jadi, untuk memastikan tetamu selesa dan gembira, kita perlulah membuat persediaan yang rapi. Penataan meja makan haruslah dilakukan dengan teliti dan bersesuaian dengan makanan yang dihidang.
Selain pinggan mangkuk, jangan lupa sediakan alas meja, pasu bunga, pemegang lilin dan pelbagai lagi aksesori meja makan untuk menaikkan mood dan menambahkan keindahan ruang makan rumah anda.
Dibawah ada saya kongsikan beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menghias meja makan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri ini :
- Gunakan set pinggan mangkuk yang ringkas tapi menarik. Elakkan alatan kaca yang sumbing dan pinggan mangkuk plastik yang retak atau bocor. Perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada tetamu dan memberikan imej buruk kepada tuan rumah.
- Untuk lebih mudah dan cepat, anda boleh juga gunakan pinggan dan cawan pakai buang yang biasanya dibuat daripada kertas atau plastik. Selepas digunakan boleh terus buang, tidak perlu anda nak basuh dan keringkan. Tapi seeloknya sediakan lah pinggan kertas yang berkualiti dan tidak mudah koyak kerana takut tetamu tidak selesa ketika menjamu makanan.
- Jangan lupa sediakan tisu dan air basuh tangan disatu sudut yang mudah untuk tetamu nampak agar mereka tidak tercari cari dan minta pada tuan rumah. Maklumlah, mungkin kita busy tambah lauk atau bancuh air yang dah habis sampai tidak menang tangan nak melayan semuanya. Jadi benda kecil beginilah kita perlu peka agar momentum kita tidak terganggu.
- Alas meja juga merupakan salah satu aspek penting untuk menghias meja makan. Pastikan ianya sentiasa kemas, bersih dan digosok sebelum diletakkan atas meja. Tapi kalau sudah namanya rumah terbuka, pasti akan ada berlaku perkara yang tidak diigini. Tambahan pula kita tidak akan dapat mengawal tetamu yang ramai serta kanak kanak kecil yang lincah. Jadi sebagai alternatif mudah, lapikkan alas plastik diatas alas meja anda yang cantik itu agar mudah untuk dibersihkan.
- Akhir sekali, accessorize! Letakkan lilin wangi dan pasu bunga yang dihiasi bunga segar. Selain menarik, ia juga akan menjadikan ruang makan sentiasa berbau wangi dan segar.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI