Dalam diam, sudah satu setengah tahun kita berada dalam belenggu pandemik COVID-19. Bagi kebanyakan kita, duduk di rumah menjadi langkah terbaik kita untuk membantu membendung penularan virus. Ia juga bermakna, selama itulah kita merenung empat dinding yang sama, yang boleh memberi impak kepada kesihatan mental kita. Topik kesihatan mental kini kian mendapat perhatian dan kita sekarang lebih peka akan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas kesejahteraan kita secara menyeluruh. Ini juga menimbulkan persoalan, apakah yang boleh dilakukan untuk menyesuaikan ruang kediaman supaya kita dapat mengharungi fasa berkurung di rumah ini dengan lebih baik?
Kajian menunjukkan bahawa warna adalah faktor yang penting ketika mempertimbangkan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi kesihatan mental kita. Pada dasarnya, kita perlu memerhatikan bagaimana pelbagai warna boleh mempengaruhi keadaan minda – termasuklah emosi dan tingkah laku kita. Apabila berhadapan dengan pandemik sejagat yang berlarutan ini, perhatian perlu diberikan kepada kesihatan dan kesejahteraan. Ini digambarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), di mana salah satu fokusnya adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat sambil meningkatkan kesejahteraan pada semua peringkat umur (SDG 3) sebagai sebahagian daripada kerangka pembangunan lestarinya.
Kajian warna menunjukkan bahawa biru dan hijau boleh menghasilkan suasana yang menenangkan, jingga dan kuning sebagai perangsang selera, merah dan merah jambu sebagai pembangkit semangat dan tenaga dan ungu untuk meningkatkan kreativiti dan produktivitii. Namun, perasaan setiap orang terhadap warna adalah unik kerana ia biasanya berlandaskan pengalaman peribadi atau budayaii. Memandangkan warna mempunyai impak yang besar pada emosi, perasaan dan tingkah laku, maka ada baiknya kita menyelidik warna-warna yang boleh mempengaruhi kesihatan mental kita secara positif sepanjang tempoh PKP ini.
Dulux, jenama cat hiasan terkemuka dari AkzoNobel, menawarkan lebih daripada 2,000 pilihan warna. Kaleidoskop warna dan rona ini boleh membantu mengubah ruang kediaman untuk memenuhi keperluan peribadi setiap orang. Pelbagai produk juga menawarkan fungsi yang dipertingkatkan, seperti ciri antibakteria dan kalis noda dalam Dulux EasyCleanTM. Apabila disapukan dengan betul, satu lapisan perlindungan akan terbentuk yang menghalang pertumbuhan bakteria dan boleh menangkis noda secara berkesan. Kedua-dua ciri antibakteria dan kalis noda ini sangat berguna dalam kediaman yang mempunyai anak-anak kecil.
Ads
Apabila warna menjadi penting
Dalam soal pemilihan warna, memilih rona hijau bumi dan menggandingkannya dengan rona biru boleh memberikan suasana yang santai dan menyegarkan untuk minda dan tubuh. Kita lihat bilik tidur, contohnya. Di sinilah tempat untuk kita tidur dan mencergaskan kembali tubuh. Inilah ruang yang sepatutnya mewujudkan ketenangan untuk memboleh kita mendapat tidur yang lebih berkualiti. Contohnya, bilik tidur yang menggunakan nada warna biru redup yang menenangkan seperti Brooding Storm (87BG 27/077) yang digandingkan dengan warna hijau cerah seperti Grey Jeans (45GY 55/052) boleh mewujudkan suasana yang tenang dan damai untuk badan berehat selain mengurangkan tekanan dan kegelisahan.
Ads
Gambar 1: Bilik tidur yang tenang dicat dengan Brooding Storm (87BG 27/077) dan Grey Jeans (45GY 55/052)
Ruang lain di mana ramai daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga ialah bilik belajar atau pejabat di rumah. Inilah ruang di mana kita biasanya berada pada tahap paling produktif, maka penting untuk menjadikan ruang ini sebagai persekitaran yang merangsang kreativiti. Padanan ungu lembut dan warna-warna pudar atau keputihan seperti Timescape (70YR 50/086) sebagai latar dinding utama dan After the Rain (10YR 73/038) untuk siling adalah paling sesuai dalam mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan produktif di mana orang dewasa dan kanak-kanak boleh bekerja dan belajar. Keanggunan warna putih melengkapi ungu lembut dan memberikan ruang ini nilai estetika yang tidak lapuk dek zaman, di samping turut mendorong kreativiti dan produktiviti.
Foto 2: Ruang belajar yang menenangkan dicat dengan Timescape (70YR 50/086) dan After the Rain (10YR 73/038)
Ads
Sekarang mari kita beralih ke ruang tamu pula. Ia sepatutnya mempunyai persekitaran yang meriah dan menarik, kerana ruang tamu adalah tempat untuk kita bersosial dan menghabiskan banyak masa bersama. Menggunakan rona tanah seperti Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) Dulux, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) boleh mewujudkan suasana yang diinginkan.
Gambar 3: Ruang tamu yang terbuka di latari warna Brave Ground atau Wright Stone (10YY 30/106)
“Apapun warna yang anda putuskan, penting untuk diingatkan bahawa warna yang kita pilih sebagai latar dinding memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesejahteraan mental kita secara keseluruhan. Dan AkzoNobel berbesar hati membantu para pelanggan mencipta ruang kediaman yang sempurna untuk mereka,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Aestetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya AkzoNobel melancarkan Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) setiap tahun, untuk membolehkan pelanggan mengecat rumah mereka dengan warna yang relevan dan benar-benar menggambarkan suasananya,” tambahnya.
Malah, kajian warna berkenaan selari dengan pendekatan syarikat terhadap kelestarian. Dikenali sebagai ‘People. Planet. Paint.’ ia direka bagi memastikan produk AkzoNobel mempunyai impak yang positif. Ini termasuklah menjaga dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan manusia di mana sahaja, di samping menyediakan penyelesaian lestari melalui inovasi berterusan. Sementara itu, inisiatif global syarikat ‘Let’s Colour’, telah mengubah dan meningkatkan kehidupan masyarakat selama lebih daripada 10 tahun, menggunakan kuasa cat untuk menjadikan ruang kediaman lebih ceria, sesuai didiami dan menyenangkan.
Kasih sayang terhadap seekor kucing adalah perkara yang baik. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga mencintai kucing. Begitu juga dengan sepasang suami ini yang sayang akan seekor kucing betina yang mereka beli pada tahun 2012 tetapi hilang pada Mei 2021. Selepas itu, wanita yang berusia 35 tahun yang merupakan isteri itu, mulakan misi pencariannya untuk mencari kucingnya selama sebulan di kawasan perumahan mereka di Beranang, Hulu Langat di Selangor. Tapi malangnya, tidak berhasil. Ini mengakibatkan mereka sudah putus asa untuk membela kucing lagi. Walaubagaimanapun, satu keajaiban berlaku pada bulan Disember 2021, si suami itu terjumpa seekor anak kucing yang tanpa ibu sedang jalan. Pada saat itu lah, perasaan kasihan muncul untuk menjaga kucing tersebut. Jadi, kucing jantan yang mereka selamatkan itu pun, dibela dan diberi nama Aegi. Kucing sudah ada tetapi sangkar tidak ada untuk meletakkan kucing itu. Tiba-tiba, mereka sedar ada sebuah almari yang tidak digunakan dan berasa kesian untuk buang. Oleh itu, mereka bercadang untuk mengubah suai almari itu menjadi sebuah sangkar kucing.
Mengikut berita tersebut, sepasang suami isteri itu, mengambil kos sebanyak RM 150 untuk membeli bahan dan kelengkapan dan juga satu hari untuk menyiapkan sangkar kucing yang luas begitu. Mengikut apa yang dikatakan oleh mereka, mereka terasa mencabar dan tidak beranggapan ia akan jadi susah untuk mengubah suai almari tersebut menjadi sebuah sangkar kucing. Tambahan lagi, mereka juga mengatakan bahagian tengah almari tersebut, mempunyai kayu yang agak keras dan tebal. Apabila sudah siap mengubah suai, mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka sebab sangkar kucing yang mereka bina itu sangat luas dengan keluasan yang 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar.
Secara kesimpulannya, jika kita sayang terhadap seekor kucing, apa saja kita boleh buat untuk menjaganya. Seperti mana sepasang suami isteri ini, dengan membekalkan bahan-bahan tambahan yang kos rendah, mereka mampu untuk membina sangkar kucing yang lawa itu dari sebuah almari.
Sotong, kalau liat memang potong selera. Liat bermakna sotong anda terlebih masak. Berikut 5 tip masak sotong yang WAJIB anda praktik untuk pastikan sotong yang dimasak sempurna pada tekak.
1. MASAK TAK BOLEH LEBIH 5 MINIT
Nak menyambal, menggoreng, menumis, jangan biarkan ia dimasak lebih dari 5 minit untuk sotong bersaiz kecil hingga sedarhana. Untuk lebih mudah, apabila sotong bertukar warna atau mula bergulung, ia menunjukkan sotong anda telah sempurna dimasak
2. MASAK DENGAN API BESAR
Apabila sotong sedia dimasukkan dalam masakkan, besar kan api dan masak dalam tempoh 2-3 minit sahaja.
3. BASUH DENGAN PERAHAN LIMAU
Perah limau selesai mencuci bukan sahaja berupaya menyingkarkan bau hanyir pada sotong, Ia juga memastikan sotong anda lembut. Tambahan, ia juga antara teknik untuk menyimpan sotong agar tahan lama
4. RENDAM SOTONG DALAM SUSU
Teknik ini digunakan oleh orang Prancis secara tradisional. Menurut mereka, asid laktik dalam susu dapat melembutkan sotong. Perap sotong dalam susu sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dimasak atau sebaiknya semalaman
5. DI CELUR SEBELUM MASAK
Chef masakkan thai ramai menggunkan teknik celur sebelum amsak untuk menghasilkan sotong yang lembut. Caranya, celur sotong yang telah dibersihkan ke dalam air yang panas 1-2 minit kemudian di basuh dengan air sejuk. Hanyir sotong tak menjejaskan masakkan dan ia menjadi lembut
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga bersama sudah pastinya akan menghadapi transisi perubahan fasa hidup masing-masing.
Bukan itu sahaja, setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin juga bakal mengalas tanggungjawab besar untuk melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Namun begitu, apabila berbicara soal tanggungjawab antara pasangan suami isteri dalam menguruskan rumah tangga, ia sering menjadi satu isu topik yang hangat di kalangan masyarakat sekeliling.
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di saluran TV3 sebelum ini, telah membincangkan serta mengupaskan isu tersebut bersama tetamu jemputan iaitu Perunding Motivasi, Encik Amin Idris.
Ketika sesi perbincangan bersama hos rancangan program bual bicara berkenaan, Encik Amin telah menjelaskan perkara tersebut bersama para penonton.
Jelasnya, ada terdapat beberapa sudut perpektif yang berbeza mengenai soal tanggungjawab pasangan suami dalam menguruskan kerja rumah.
“Isu ini kita kena lihat dari tiga sudut dimensi yang berbeza. Pertama, dari sudut budaya, adab dan masyrakat, kedua pula dari sudut undang-undang dan yang ketiga adalah dari segi agama.
“Sebelum kita nak sentuh tentang tanggungjawab isteri ni, kita kena sentuh dahulu bab mengenai tanggungjawab seorang suami. Untuk maklumat semua, suami ni ada tiga benda kewajipan yang dia kena buat iaitu ‘Makan’, ‘Malbas’ dan ‘Mataab’.
“Istilah ‘Makan’ ni bukan seperti tingkah laku makan itu tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isteri, mana ‘Malbas’ pula tanggungjawab menyediakan pakaian dan ‘Mataab’ menyediakan makanan.
“Sebab itu haram hukumnya seorang suami guna duit isteri untuk bayar bil eletrik, haram ambil duit isteri untuk bayar duit kereta. Itulah dia kewajipan seorang suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Encik Amir Idris berkata manakala dari sudut agama pula, kesemua para ulamak mengatakan pendapat bahawa golongan para isteri ini tidak wajib untuk menjalankan tanggungjawab mengemas rumah.
“Dalam bab agama, semua majoriti para ulamak dan juga empat mazhab mengatakan isteri tidak wajib menguruskan kerja rumah. Namun demikian, perbincangan itu agak sukar untuk ditentukan kerana terdapat berbeza pandangan antara mazhab,” katanya lagi.
Ingin ikuti perbincangan lanjut mengenai topik ini? Sila tonton video penuh pada pautan di bawah:
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.