Laman

Tak Nak Ikan Hiasan Mati Dalam Kolam Baru? Ikut 5 Langkah Ini Elak Anda Rugi

Share

Bila dah bina kolam bukan mudah kita nak sesuaikan ikan dalam rumah baru ini. Ini disebabkan ikan perlu sesuaikan fizikalnya dengan suasana pH kolam, kualiti air dan pelbagai elemen lagi. Jadi jika anda ingin membela ikan hiasan seperti koi, lakukan dulu lima langkah ini untuk mengelakkan ikan mati setelah beberapa hari tinggal dalam kolam. Elakkan anda menanggung kerugian wang ringgit jika ikan mati.

 

1. Setelah kolam yang dibina siap sepenuhnya, takung air untuk beberapa ketika sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sebelum sebarang hidupan akuatik diperkenalkan. Ini bertujuan untuk mengimbangi dan menstabilkan keadaan persekitaran kolam yang baru dibina.

2. Kebiasaannya, ikan yang dibeli dari kedai akan diletakkan dalam plastik dengan isian padat oksigen. Rendam plastik yang berisi ikan tersebut di dalam air kolam dan biarkan ia beberapa ketika sebelum ikan baru diperkenalkan di dalam kolam. Secara perlahan-lahan, suhu di dalam plastik berisi ikan akan selari di dalam kolam. Ia salah satu cara untuk mengelakkan dari ikan yang baru dibeli terkejut dan mengakibatkan kematian

3. 10% air kolam perlu diganti setiap minggu untuk mengurangkan kadar penyelenggaraan yang dilakukan. Selain itu ia dapat menjamin kesegaran dan aras air sentiasa dalam keadaan ideal.

4. Bagi mereka yang mementingkan kualiti ikan di dalam kolam, pastikan kandungan pH, ammonia dan nitrat di dalam kolam bersesuaian dengan keperluan ikan. Kandungan nutrien dalam air akan mempengaruhi ciri-ciri fizikal ikan dan biologi proses yang berlaku. Setiap ikan mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu, dapatkan nasihat dari pakar ketika anda membeli ikan.

5. Sebaiknya, anda tidak digalakkan menggunakan terus air dari tap water untuk mengisi semula kolam kerana ia mengandungi tahap nutrien yang terlalu tinggi terutamanya nitrat. Jika perlu, pastikan air ditakung terlebih dahulu semalaman sebelum ia digunakan di dalam kolam. Ia bertujuan memastikan kandungan nutrien berlebihan yang terdapat di dalam air yang terawat mendap.

Published by
Impiana