Tak Pasang Langsir, Guna Electrostatic Windows Film Mudah, Sembur Guna Air Sabun.
Kebiasaannya bagi rumah bertingkat seperti kondominium atau apartmen memang sukar untuk membersihkan kesan kotoran pada cermin luar tingkap. Ia menyebabkan tingkap menjadi comot dan ‘mencacatkan’ permandangan.
Bagi yang tidak mahu untuk menggunakan langsir di rumah kerana berhabuk atau renyah untuk dicuci, boleh cuba pasang Electrostatic Windows Film ini pada tingkap rumah supaya lebih privasi, seperti yang dilakukan oleh Jacky Choo ini.
“Saya tak nak pakai langsir dah, sebab malas cuci. Pakai electrostatic windows film. Sembur air sabun pada tingkap dan film kemudian tampal , gores guna expire kad credit untuk keluarkan buih.
Selain melindungi rumah daripada sinaran matahari ia juga dapat melindungi pandangan dari luar supaya lebih privasi. Malah cukup mudah dipasang dan ditanggalkan, hanya menggunakan air sabun tanpa ada kesan gam.
Boleh sahaja untuk melakukan pemasangan ‘tinted’ pada pintu dan tingkap kaca rumah anda sendiri tanpa perlu berbelanja besar mengupah khidmat pakar dan sebagainya.
Cara pemasangan juga sangat mudah kerana kini terdapat banyak kelengkapan pemasangan ‘tinted’ yang dijual di pasaran luar dan di dalam talian. Malah, bukan itu sahaja, kelengkapan yang disediakan juga sangat memudahkan dan anda boleh melakukannya sendiri di rumah.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mesti Baca: ‘Window Blinds’ Pengganti Langsir, 9 Jenis BIDAI Serikan Ruang!
Baca Lagi Di Sini: DIY Langsir Tutup Ruang Bawah Sinki, Jimat & Hasilnya Dapur Kemas!
Artikel Menarik: Pasang ‘Tinted’ Pada Pintu & Tingkap Kaca Rumah Sendiri Lebih Menjimatkan, Caranya Mudah Sahaja!
IMPIANA: Bagi yang tidak mahu untuk menggunakan langsir di rumah boleh cuba pasang Electrostatic Windows Film ini pada tingkap rumah supaya lebih privasi. Memang lebih mudah, Tak perlu guna gam pun, hanya sembur air sabun dan memang elok melekat.
Sumber: Jacky Choo
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI