Memilih warna permaidani yang sesuai dengan ruang memang sangat penting. Sekiranya pilihan warna yang salah ia mampu mencacatkan pemandangan ruang tamu anda. Ikuti tip ini untuk memilih warna permaidani yang sesuai.
+ Untuk ruang kediaman yang minimalis anda boleh memilih permaidani dengan warna menarik tetapi tidak perlu terlalu banyak motif.
+ Pilih satu warna permaidani sahaja untuk menghadirkan kesan ruangan yang sudah terasa penuh atau banyak perabot. Namun untuk ruang yang lapang dan kelihatan kosong, anda boleh memilih permaidani dengan kombinasi warna yang bersesuaian.
Ads
+Pilih warna permaidani yang sesuai dengan fungsi ruang. Seperti ruang bilik tidur anda boleh memilih warna yang lembut dan mampu memberikan keselesaan.
+ Untuk ruang tamu, pilih warna permaidani yang mampu membangkitkan suasana ruang. Anda boleh membandingkan warna permaidani dengan reka bentuk sofa, jika sofa bermotif anda boleh memilih permaidani jenis polos dan sebaliknya jika sofa anda tidak bercorak.
Ads
Ads
+ Untuk menampilkan kesan yang teduh pada ruangan anda boleh memilih warna neutral dengan tekstur yang halus dari bulu-bulu permaidani.
+ Pilih warna yang mampu mencerahkan dan menyerlahkan suasana sebuah ruangan. Misalnya, warna hijau, emas, ungu ataupun warna hitam dan putih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Okay. Ini semua orang tahu, tapi sengaja saja mahu ingatkan. Suis apa pun, lepas guna terus tutup. Termasuklah charger telefon. Jangan tarik saja telefon dari pengecas sahaja tanpa menutup suisnya. Lampu, kipas, televisyen dan lain-lain pun termasuk juga.
TUKAR MENTOL
Gunakan lampu LED untuk lebih penjimatan elektrik. Lampu LED bukan sahaja menggunakan kurang tenaga elektrik, malahan tidak memerlukan masa untuk warm up sebelum menyala. Lampu LED juga lebih tahan lama berbanding lampu biasa.
CAHAYA SEMULA JADI
Pada waktu siang, kalau boleh banyakkan guna cahaya matahari berbanding cahaya lampu. Buka tingkap dan selak langsir supaya cahaya matahari dapat menerangi kediaman anda tanpa bantuan lampu.
GOSOK BAJU DALAM KUANTITI BANYAK
Seterika anda memerlukan banyak tenaga elektrik untuk panas. Jika anda buat hari-hari dalam jumlah yang sedikit, jumlah tenaga yang anda perlukan berlipat ganda berbanding jika anda seterika pakaian dengan banyak dalam satu masa sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terima kasih dunia digital! Hari ini bukan hanya baju dan makanan, tetapi kelengkapan rumah pun boleh beli online. Kalau tak cuba rugi, sebab beli kelengkapan rumah secara online boleh jadi tindakan paling bijak abad ini. Ini antara 8 sebabnya.
1. Beli pukul 3 pagi, why not!
Anda boleh membeli pada bila-bila masa terluang sama ada siang atau malam, atau pukul tiga empat pagi sekali pun selagi ada kelapangan. Pembelian tidak terhad pada waktu operasi gedung kelengkapan rumah.
2. Happy shopping
Bagi kebanyakkan orang, shoppinglah saat yang membahagiakan. Bayangkan beli kelengkapan rumah tanpa stress. Sambil buat kerja rumah atau duduk-duduk di waktu santai. Maklumat pun semua ada online. Misalnya di IKEA Online Store, perabot lengkap dengan ukuran, contoh saiz, malah ada idea dekorasi. Boleh buat kita berangan-angan dulu tanpa stres dan kemudian beli!
3. Boleh visualize lebih baik
Nak gambarkan di mana kedudukan kelengkapan rumah pun tak payah pening-pening kepala, apatah lagi bila nak membayangkan keluasan ruang yang sebenar. Menerusi sistem online, hanya gerakan smartphone anda ke bahagian ruang kosong rumah. Walah, anda akan nampak macam mana keadaan ruang rumah dengan perabot yang diinginkan. Become your own ID.
4. Satu klik, settle semua
Ya memang benar membeli belah keseorangan sangat membosankan. Tetapi dengan hanya satu klik ini anda tidak lagi rasa keseorangan ketika membeli belah! Malah segalanya dapat di uruskan dengan cara yang cukup mudah dan sekejap sahaja! Fuhhhh!
5. Jangan panik, barangan dijaga rapi
Kalau selama ni anda kerap memikirkan tentang kondisi barangan ketika membawanya pulang, tetapi banyak servis sekarang ni, macam IKEA Online Store, buat anda tidak perlu risau kerana barangan akan diuruskan dengan baik oleh mereka yang pakar.
6. Biar anak tentukan apa dia nak
Membeli kelengkapan rumah dengan anak menyeronokkan, apatah lagi bila mereka yang boleh pilih perabot sendiri. Tunjukkan pilihan yang ada, dan rasai momen beli dan dekor bilik bersama.
7. Lokasi bukan penghalang
Kadang-kadang kita teringin sangat sesuatu kelengkapan rumah tu, tapi jauh pula nak dapatkan. IKEA Online Store membolehkan kita beli perabot meski dimana pun kita berada dan boleh set untuk anda dapat ikut masa yang ditetapkan.
8. No cash, no hal lah!
Boleh elak momen awkward kalau tiba-tiba duit tunai tak cukup. IKEA Online Store mempunyai pilihan untuk kita bayar menggunakan akaun debit atau kad kredit. Jadi bolehlah kita rancang perbelanjaan dan shopping ikut keperluan dan kemampuan tanpa orang tahu.
Kita cuba kelainan, jom beli kelengkapan rumah online. IKEA Online Store kini dibuka. Mengapa perlu bersusah payah jika ada cara yang paling mudah bukan? Untuk maklumat lebih lanjut layari IKEA.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak raya ni, Juadah yang paling dinanti-nantikan adalah ketupat, rendang dan lemang. Tapi, ada lagi satu juadah yang turut memeriahkan petang raya iaitu sup tulang. Al maklumlah, hari membantai. Ramai ambil peluang untuk mendapatkan tulang lembu segar sebagai juadah berbuka di petang raya.
Kebiasaanya, perkara kritikal yang akan dihadapi setelah menjamu selera sup tulang adalah untuk mencuci pinggan mangkuk digunakan. Kebiasaanya, pinggan mangkuk yang digunakan tidak akan dicampur dengan yang lain kerana khuatir lemak-lemak yang tersisa melekat atau berjangkit pada yang lain. Lemak tu, kalau sabun berkali-kali pun tetap tak akan bersih. Nak cucian berkesan, kena lah pakai air panas. Betul tak?
Sebenarnya, ada sabun yang boleh menanggalkan semua jenis minyak dan kotoran degil yang melekat tak kira lah pada pinggan mangku, malah periuk belanga dan lantai yang berbau hanyir. Sabun cucian tu memang tak ada jual di pasaran. Anda perlu hasilkannya dengan menggunakan 3 bahan dari dapur.
Bahan-bahan:
4 cawan baking soda
1 cawan garam
2 cawan air perahan limau
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga rata
2. Sediakan air di dalam besen kecil dan masukkan sesudu pati sabun tadi
3. Larutkan sabun dan masukkan pinggan. Cuci dan bilas seperti biasa
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.