Tak Perlu Beli Produk Hilangkan Bau Hapak Sebab Guna Baking Soda Pon Boleh!

Share

Cara Hilangkan Bau Hapak Di Rumah

Ini merupakan tip untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan di kediaman anda. Tidak kisahlah di rumah mahu pun di pejabat, bau hapak yang kurang menyenangkan boleh menyebabkan anda kurang selesa. Jadi, anda perlu ketahui cara mudah untuk menghilangkan bau hapak dari kediaman anda.

  • Kenal Pasti Punca

Kenal pasti di bahagian mana yang paling terjejas dengan bau yang kurang menyenangkan ini. Adakah hanya di dapur? Ruang tamu? Atau pun seluruh rumah? Kemudian cuba siasat apakah penyebabnya kehadiran bau yang tidak menyenangkan itu. Mungkinkah disebabkan oleh saluran paip bocor atau dari asap masakan.

  • Elakkan Air Bertakung

Pastikan tiada paip bocor yang boleh menyebabkan air bertakung. Takungan air boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan jika dibiarkan dalam tempoh yang lama. Karpet lap kaki juga perlu dijemur sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk elakkannya daripada berbau hapak.

  • Pastikan Pengudaraan

Pastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali buka tingkap dan pintu untuk sistem aliran udara. Ini untuk memberikan aliran udara yang kurang menyenangkan itu keluar dari kawasan yang terjejas. Ia juga memberi ruang untuk udara segar masuk ke kawasan terbabit. Kadang-kadang bau hapak itu datangnya dari habuk yang terperangkap lama di dalam sesebuah bilik. Jangan lupa buka semua suis kipas di dalam bilik untuk menggalakkan pengudaraan.

  • Guna Lemon

Rebus lemon yang dipotong  bersama air. Guna air rebusan yang masih panas tersebut untuk menjadi bahan penyegar semulajadi. Setelah sejuk, masukkan air rebusan lemon ke dalam botol penyembur untuk digunakan sebagai penyegar ruang pada bila-bila masa.

  • Baking Soda

Letakkan semangkuk baking soda ke kawasan yang terdapat haruman kurang menyenangkan. Tinggalkan selama 24 jam untuk membiarkan ia menyerap bau tersebut. Kemudian guna penyegar udara untuk memberikan haruman yang menyegarkan.

  • Bersihkan Rumah

Jika sebelum ini anda menyapu atau vakum seminggu sekali, ubah rutin itu dengan membersihkan rumah setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Ia salah satu aktiviti yang juga mampu membakar kalori. Juga kerap kali mengelap barang hiasan dan mengemop lantai juga boleh mengelakkan dari habuk terkumpul yang boleh menyebabkan bau hapak.

 

 

 

 

Published by
Impiana