Pasti ada yang pernah mengalami masalah api dapur gas tiba-tiba tak menyala. Dah cuba berkali-kali pun masih tak menjadi. Terpaksalah beli pemetik api dan hidupkan secara manual. Lecehnya! Pemetik api pun kadang-kadang hilang tak tahu letak dimana. Habis hilang mood nak memasak.
Tapi tahukah anda sebenarnya masalah ini simple je. Tapi mungkin masih ramai yang tak tahu yang kemungkinan api dapur tida menyala adalah disebabkan bateri yang sudahhabis. YA, dapur gas juga menggunakan bateri! Anda hanya perlu gantikan bateri yang baru sahaja untuk dapur berfungsi seperti sedia kala.
Buat yang telah lama ada masalah ini dan menggunakan pemetik api, boleh ikuti perkongsian Tuan Zulkefley Abu Bakar dibawah ;
Dapur ni kadang-kadang kita tak perasan ada bateri kat bawah untuk pemetik apinya.
Bila datang masalah pemetik api tak berfungsi terus dalam kepala nak beli baru.
Boleh cuba tukar baterinya dulu kalau pemetik api tak berfungsi.
Senang je, cari penutup bateri buka dan tukar yang baru.lama dah ni tak jenguk bawah dapur
Tak perlu dah gunakan pemetik api ni lagi. Selamat mencuba!
Kredit : Zulkefley Abu Bakar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Rak Gantung Untuk Letak Herba Guna Barang Kedai RM 2.10 Je
Apabila memliki saiz dapur yang mikro, sudah pasti pengurusan bijak perlu dilakukan. Yang menjadi keutamaan bagi dapur bersaiz kecil ini adalah ruang penyimpanan yang mencukupi. Selain penggunaan rak terbuka dan kabinet dapur, dinding yang tersedia turut perlu dimanfaatkan.
Dinding, ruang penyimpanan yang sesuai adalah jenis rak. Namun, rak dinding yang disediakan tidak boleh terlalu besar. Nanti dapur kelihatan lebih sempit. Seperti yang dilakukan oleh Fara Amirullah, rak rempah terbuka yang dibina sendiri sangat mudah dan paling penting murah. Hanya dengan menggunakan barang-barang dari kedai bajet. Dengan hanya modal RM 80.70, puan Fara berjaya menyediakan rak terbuka untuk 24 botol rempah
Artikel berkaitan:
Hanya Belajar Dari Youtube Lelaki Ini Berjaya Bina Kabinet Dapur Bermodalkan RM 900
Guna Rak Buku RM 14.90 Untuk Bina Kabinet Dapur Cantik Dan Kemas Macam Ni
Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan. Jadi tak payah lah. Lebih baik simpan duit tu buat untuk rumah sendiri nanti.
Dinding dapur jenis kemasan jubin. Nak tebuk sayang. Jadi saya gunakan wall hook sebagai tempat sangkut rak herba
Bahan-bahan:
24 Botol plastik (RM 0.80/setiap satu)
4 buah rak (RM 9.50/setiap satu)
8 biji wall hook (satu peket 2 biji/RM 5.57)
Stiker pelekat label herba
Cara-cara:
1. Ukur kedudukan rak terlebih dahulu dan tandakan point untuk diletakkan wall hook
2. Panaskan wall hokk hati-hati jangan sampai terkena tangan
3. Lekatkan pelekat label herba pada botol dan masukkan herba
4. Setelah siap isi herba mengikut lebel botol, susun pada rak. SIAP
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kitaran Terbaik Untuk Biji Benih Sayur, Lepas Ni Tak Payah Lagi Beli Sayur
Bercucuk tanam adalah salah satu aktiviti yang baik untuk kita mula lakukan. Tidak kira anda mempunyai laman yang luas atau tidak. Pelbagai teknik kita boleh bercucuk tanam. Dari biji benih yang kita semai bila membuahkan hasil pastinya mengembirakan.
Sedar atau tidak tindakan menyimpan biji benih dapat mengurangkan banyak kos untuk edible garden bagi jangka masa panjang. Cara ini juga dapat membantu anda untuk mengekalkan tanaman yang hidup subur di edible garden anda.
Tahukah anda nurseri bukanlah satu-satunya tempat yang anda boleh dapatkan biji benih tumbuhan kegemaran anda. Anda boleh membeli secara dalam talian. Kini, banyak laman web yang menjual biji benih yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan herba.
Tidak sukar untuk mendapatkan biji benih daripada sayur-sayuran, herba dan bunga. Namun, pertama sekali anda haruslah mengetahui kitaran hidup sesuatu tumbuhan itu.
- Annual. Tanaman seperti tomato, terung, peria, kekacang, jagung dan timun menghasilkan biji benih dalam jangka masa satu musim penanaman. Ini membuatkan ia menjadi tanaman yang ideal untuk dituai bagi mendapatkan biji benihnya. Maksudnya anda boleh mengambil biji benih sayuran ini selepas anda membeli di pasaran. Masaknya sayurnya sahaja tapi biji benih simpan untuk ditanam.
- Biennial. Tanaman jenis ini tidak menghasilkan biji benih pada tahun pertama. Ia akan sempurna pusingan tanaman dalam dua musim penanaman. Oleh itu, anda hanya boleh mendapatkan biji benih pada tahun kedua kerana waktu ini ia semakin membesar dan berbunga menghasilkan biji benih. Contoh tanaman ialah kubis, lobak, bawang besar dan bunga kubis. Bagi tanaman jenis ini kesabaran tinggi harus ada kerana memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghasilkan biji benih. Biasanya tanaman jenis ini sedikit sukar untuk dibiakkan selepas ditanam. Selepas dua tiga kali percubaan anda akan berjaya!
- Perennial. Merupakan tanaman yang tumbuh dari tahun ke tahun. Tanaman ini memerlukan masa sehingga beberapa tahun untuk matang dan menghasilkan biji benih. Antaranya termasuklah kelapa, durian, koko dan sebagainya. Selain didapati menerusi biji benih, ia juga boleh dibiakkan melalui keratan batang.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Tanam Lobak Putih Agar Cepat Tumbuh Dengan Hasil Umbisi Yang Gemuk
Siapa yang suka makan lobak putih ni? Tahukan khasiat lobak putih ni banyak sangat. Apabila bercakap pasal lobak, pasti terbayangkan lobak merah, betul tak? Namun hakikatnya, lobak putih juga tidak kurang hebatnya.
Bagi yang nak cuba tanam, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau dikenali juga sebagai Cikgu Kebun berkongsi panduan penanaman serta tip untuk dapatkan umbisi yang besar.
Tip tanam lobak putih (white raddish) supaya cepat tumbuh dan umbisi besar
Tanam lobak putih ni memang syok sebab tanaman ini jenis nampak batang lobak keluar dari tanah bila dah matang. Paling best masa nak tuai, cabut dan pegang lobak tarik keluar dari tanah. Syok yaamat.
CK nak ajar macam mana nak tanam lobak putih, cara CK simple tapi hasilnya mantap.
1. Sediakan tong air
Cari tong air 200L belah 2, kalau tengok tong biru ni CK tak lubangkan. Sebab nak baja dan air 100% lobak ini ambil. Tapi jangan letak di tempat terbuka atau panas mesti letak bawah bumbung/ green house atau awning rumah.
ADVERTISEMENT
2. Buat campuran tanah
Bagi pokok jenis umbisi jangan guna tanah yang keras. Susah untuk lobak membesar. Boleh buat campuran macam ini; 2 baldi tanah sawit, 2 baldi tanah merah, 2 baldi sabut, 1 baldi sekam bakar, 1 baldi sekam mentah dan 500g baja wangi serbuk. Gaul semua campuran ini kemudian siram Soil treatment atau apa-apa Effective Microb (EM) untuk tanah.
3. Semai biji benih
Semai dulu biji benih lobak putih (boleh beli online) tapi jangan semai banyak. Sepokok satu lubang dalam tray semaian. Biji lobak putih jenis besar macam biji kangkung jadi cepat tumbuh. Kalau semai banyak macam CK, jenuh nak tanam. Kemudian pilih pokok yang betul-betul sihat untuk pindahkan.
4. Jarakkan sejengkal
Buat jarak sejengkal atau lebih setiap pokok, dan antara pokok. Sebabnya daun lobak putih tumbuh macam pokok sawi, lagi luas ruang lagi besar lobak kita akan dapat.
5. Siraman
Siraman kena ngam-ngam saja sebab CK tak lubangkan tong air sebelah bawah, jadi kalau air lebih nanti berenanglah lobak-lobak tu. Air siram basah saja, gunakan jari telunjuk cucuk dalam tanah. Kalau lembap tak perlu siram lagi.
6. Pembajaan
Cara pembajaan pula CK akan tabur baja wangi serbuk seminggu sekali dan siram dengan baja air LOF atau Single AB secara kerap tapi sikit-sikit. Lagi banyak kita buat pembajaan secara konsisten lagi besar lobak dan cepat hasil kita dapat. Disebabkan tempat tanam tiada lubang semua baja pokok dapat dengan banyak. Kesannya cepat pokok tumbuh membesar.
7. Kawalan serangga
Jangan lupa buat kawalan serangga seminggu sekali, secara semburan pada daun dan tanah. CK guna produk organik saja untuk buat kawalan ini.
8. Top up tanah
Bila nampak lobak putih mula keluar dari permukaan tanah, top up tanah. Tambah lagi banyak, lagi besar lobak akan dapat.
Insya Allah kalau buat yang CK ajar dalam 45-60 hari dah boleh tuai lobak putih. Bagus tanam atas bagi tinggi sikit macam buat rak, nanti nampak lobak putih ini menonjol atas tanah.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI